Kalaulah...aku tahu
03/01/2026 16:24
Dalam kita meniti setiap detik, tidak siapapun tahu akan apa yang bakal pasti terjadi. Kita, atau mungkin aku seorang cuma yang mengandaikan apa yang diri hajati akan 'naturally' ianya going to happened. Malangnya ianya tidak selalu terjadi malah sering sahaja yang tidak terfikirkan pula berlaku atau yang berlaku itu tidak terjangkau dek fikiran. It's just happened and that's it. Tentulah tergamam dibuatnya.
Merenung memikirkan terlaluan tidak kemana hujungnya. Mungkin makin memeningkan diri serta menghadirkan rasa kurang selesa diburu kerungsingan berpanjangan tanpa bersebab. Hendak membiarkan ianya berlalu begitu sahajapun tidak boleh juga. Semungkinnya, mahu juga diketahui asal puncanya.
Hari Sabtu pertama tahun 2026, aku terima undangan dari 3 orang yang berlainan background. Pertama dari rakan sekolah sejak 1971 lagi sehinggalah ke tingkatan 5 dan menuruti haluan memasing selepas itu. Keduanya adalah rakan masjid yang cukup dikenali, cikgu Ibrahim yang sempat sesama ikuti kelas tuisyen GPMS untuk STPM dan dah berhaji-pun dia. Ketiganya pula, jiran setaman yang beberapa bulan yang lalu telahpun arwah biarpun tidak pernah bersua muka. Kad kahwin diletakkan dalam mail box aku, mungkin diwakilkan oleh isteri arwah kepada Kak Putih untuk edar ke setiap rumah dalam taman. Anak perempuan yang berkahwin ni pula sebaya sekelas dengan anak aku. Hendak skip salah satu macam rasa terkilan.
Pada mulanya, aku tiada merasakan apa apa. Aku memangnya 'ignorant' tapi mulai meniliti akan insiden yang aku tempuhi dalam memenuhi ketiga tiga undangan ini. Aku tiada perancangan yang jelas. Cuma hits the road. Dimulai dengan hadiri majlis kahwin dak yati di taman dalam 12:00 tengahhari. Lepas Zohor, ke iring bukit ke rumah cikgu ibrahim aqiqahkan cucunya dan terus ke majlis kahwinkan anak Saiful di Garden Wedding di hujung Jalan Tebing Tinggi dari roundabout.
Penerimaan sambutan terhadap diri antara ketiga tiga undangan ini begitu menekan perasaan. Aku tidak mengharapkan something yang 'special', cuma sekadar hargai kehadiran sudah memadai. Mungkin juga aku yang mudah terasa hati. Pihak yang menerima menyambut kunjungan tetamu mungkin tidak bermaksud sepertimana yang aku gegatal fikirkan dek perlu layani tetamu yang ramai hadir serentak. Aku cuba memujuk diri. Tapi seolahnya aku tidak boleh terima hakikat yang aku alami ini. Salahkah aku. Entah la.
Biarlah aku pendam segala insiden yang aku hadapi hari ini sebagai kenangan hidup yang tidak berapa ceriakan di permulaan tahun baru 2026. Ralat terkilan yang melekat semungkinnya mahu aku kikis dari hati agar tidak melukai membarah jika terus terusan diingat ingati.
Aku bergerak sendirian ke kampong tumpah darah ku sekadar mahu berziarah kakak tunggal aku dalam mengetahui situasi dirinya yang terkini. In a way mahu lupakan insiden yang dilalui ini.
Tiada sesiapapun yang boleh, cuma hanya diri sendirilah yang perlu kuat berkeyakinan untuk tabah harungi dugaan kehidupan.
No comments:
Post a Comment