Sunday, January 25, 2026

Dunhill Dizayar

 24 JANUARY 2026, 06:13 PM


Dunhill Dizayar


Hampir ke tengahari bersiap siap hendak ber-jumaat, aku terpandangkan sebotol minyak wangi yang ada di atas meja 'gerakan' aku ini. Semalam malam, lebih tepat lagi - hari khamis malam jumaat, aku diajaki oleh orang rumah untuk ikut sama ke Mydin membeli keperluan majlis anak nantinya. Berpergian dengan anak Nyah. Asalnya aku telah maklumkan pada sebelah petang ketikanya layan youtube tentang topik topik semasa. Rasanya, tengah ikuti channel Aidil & Team Demi Negara perkatakan pasal budak enam tahun dah kena masuk darjah satu.


Bila dah berterih terih diajak sebaik selesai baca Yasin, aku tetiba melorot terima ajakan. Bagi aku lebih kepada tidak mahu menghampakan dan tambahan pula anak yang merantau bekerja di Singapura ada balik. Tak sampai hati lak, sekadar menemankan mereka dua beranak ini. Ikut perancangannya, aku lebih suka di rumah lakukan apa yang aku hendak lakukan. Apa tuu... .Hendak memantapkan bahasa Arab aku ni yang rasanya makin 'benak' pula mahu mengingat memahaminya. I just have such a strange feeling, the more I'm pushing myself, seems getting harder and difficult to comprehend and understood in the right manner.


Malam kalau tiada hal yang penting, jarang benar untuk aku keluar kemana mana. Malah mana yang boleh dilakukan pada siang hari, aku prefer tunggu esok hari. Tidak selesa tambahan pula kalau cuaca sejuk sesangat mudah aku akan batuk batuk. Tentunya membuatkan orang lain rasa kurang senang dengan tingkah laku aku. Bukannya disengajakan tapi secara 'auto'-nya aku akan alami batuk sukar bernafas. Ooo...ada penyakit rupanya orang tua ni, mungkin itu telahan 'reader' yang fokus membaca nukilan aku ini.


Sebelum dia berangkat balik ke Johor pagi jumaat semalam, Ucop menyerahkan sebotol minyak wangi yang dibelinya di Mydin MITC. Entah bila dia mengambilnya akupun tidak perasan. Mungkin ketika mama-nya dapatkan friskies 'ikan kembung' packet untuk dak put dan dak tam, dia capai beberapa botol minyak wangi yang diperagakan bersebelahan dengan shelves menempatkan beranika brand makanan kucing. Dia mencium bauan minyak dihulur mamanya yang disimpan dalam beg 'inspektor aliza'-nya. Dari beberapa botol tu, satu diserahkan kepada aku, konon katanya baunya 'kuat' menyengat, tak sesuai buatnya maklumlah orang muda suka yang 'mild'. Orang tua elok sangat baru kena sepadan. Terima kasihlah aku ucapkan kat dia. Orang dah beri kenalah react accordingly. Tak gitu, sedara.


Tak rasa bersalah...


Apa yang aku mahu perkatakan di coretan ini bukanlah mengenai pemberian minyak wangi buat sembahyang tapi lebih kepada nama dan penyebutan brand yang diberi. Dahulu masa bekerja, disurau ada diletakkan beberapa botol minyak wangi di atas colour box. Ada beberapa brand di tudung botolnya. Calit di lengan atau dipakaian. Maka aroma yang dipilih tu mungkin dapat bantu menenangkan 'jiwa' tikanya menghadap Illahi. Antaranya yang ni-lah Dunhill Dizayar. Senang penyembutan and sounded like an english word. Tiada lenggok Melayunya dalam perkataan ini. Setahu aku dan aku percaya sesiapapun pernah terdengar kalaupun tidak pernah lafazkan iaitu 'desire'. Sah sah ianya adalah perkataan inggeris. Siapalah yang brilliant sangat mengkormesilkan jadi ejaan melayu pulak. Tiada langsung hendak mertabatkan bahasa ibunda. Terlalu mengagongkan bahasa 'asing'. Apakah tiada satupun perkataan melayu yang sesuai untuk diabadikan dalam produk jualan. Bagi aku-lah, antara mahu dengan tidak sahaja. 


Tergamak kau orang ya.

No comments: