Dosa dihujung jari
24 APR 2026, Friday 08:00pm
Macam biasa, menginjaki tangga masjid, Bilal Din dah kumandangkan azan ke-dua. Kerap sangat bila laungan azan berkumandang dari Raudhatu Al-Jannah, barulah terhegeh hegeh hendak start kereta. Minggu lepas aku di Tampoi siap bawa baju 'raya' maroon yang belum dipakai sekadar 'acu' cuma ketika balik dari Masjid berterawikh. Ianya yang sampai lewat lepas maghrib bilamana 'Umairiah' dispatcher parcel JnT menyerahkannya. Pembelian dari tik tok oleh orang rumah buat aku, katanya biar sekeluarga mengenakan baju raya sedondon 'merah menyala'.
Malangnya masa di Tampoi tu, aku dan orang rumah di dalam bangunan Lotus dapatkan tilam single sedangkan waktu 'zohor' sudahpun masuk. Jumaat pagi tu, selesai sarapan, kurang lebih ke pukul 11:00am merayau keluar mencari tilam sekitar area berdekatan. Disebabkan tidak tahu 'port' mana yang hendak dituju, bertanya-lah di google akan lokasi terhampir yang ada berjualan tilam bujang. Cepat beli, cepat balik berjumaat di Masjid Jamek Nur Falah dalam Taman Sri Bahagia. Sekadar telahan sahaja jika tiada aral-lah. Kita rancang tak pasti sempat ataupun tidak.
Pencarian di-google syorkan aku ke Taman Molek. Kedai perabot yang teratas dicadangkan dalam jarak masa 11 minit sahaja. Bagi kita dari luar JB, kebergantungan kepada maklumat sebegini tentulah membantu walaupun tidak pernah jejakkan kaki ke sana. Anggapan aku, banyaklah pilihan yang boleh dibuat. Terus bergerak ikut alamat lokasi dan google maps navigate menuju destinasi. Sekarangkan serba canggih. Semuanya dihujung jari. Mudah membantu atasi permasalahan atau mendapatkan apa sahaja. Kisah mengenai tilam dan rentetan peristiwa yang melingkarinya mungkin akan diceritakan dicoretan lain.
Berbalik pasal Jumaat dikhariah aku ini, lama sudah aku tidak mengulas akan teks khutbah jumaat. Sejak awal tahun 2026, boleh kata dalam Januari lagi. Mungkin sibuk pasal kahwin mahwin anak perempuan tunggal diberi tumpuan penuh. Maka aktiviti menukil kisah melingkari diri agak terhad. Namun tajuk yang satu ini seolah 'memaksa' aku bertelagah perkatakan. Bukanlah bermaksud menafikan kerana tujuan utamanya tentulah mahu memaklum menyedarkan para makmum akan bahayanya hal fitnah memfitnah dalam kehidupan. Tapi sekadar mahu semua pihak akuinya bukan cuma sepihak sahaja. Dalam konteks yang ingin aku perkatakan tidak hanya menjurus kepada kalangan orang awam tapi seharusnya menjadi panduan kepada pihak kerajaan semasa yang berkuasa agar tidak sesuka sahaja salurkan kepada rakyat dan harus bertanggungjawab berita yang dimaklumkan itu sahih dan tepat. Tidak mengeliru mendatangkan keresahan bila ianya hanyalah persepsi dan andaian semata.
24/04/2026 - DOSA TANPA SEDAR DI HUJUNG JARI, telah dibacakan oleh semua masjid di Melaka pada hari ini. Reader boleh akses via portal Maim akan pdf khutbah ini. Bacalah dan telitilah penuh fokus agar menjadi panduan lalui hari hari mendatang kita nanti. Moga dengan pemahaman yang jelas pasti itu menjadi pendinding dari lakukan perbuatan yang cenderung kearah yang minta dijauhkan ini akibat terlepas pandang misalnya. Tapi kalaulah sudah diingatkan dan diketahui tapi masih juga mahu lakukan juga...maka sendirilah mahu ingat.
Rujuk...dosa tanpa sedar dihujung jari ...
Buat masjid raudhatu al-jannah, imam yusof zakaria yang bersuara 'keras' menengking nengking bila ambil peranan jadi khatib begitu 'tegas' menyampaikan. Rasanya tiada siapapun boleh tidak mendengar akan apa yang disampaikan. Cumanya, kitalah yang harus re-act accordingly.
Semua kita kena muhasabah. Saya 'ulang'. Semua sekali bukan sekadar yang disasarkan sahaja.
No comments:
Post a Comment