24 April 2026, Friday @ 12:44pm
Membimbangkan
Selesai bersarapan di Puncak Bukit Katil bersama keluarga, aku melelau MBB ke hospital besar dapatkan 'Spiolto Respimat and Berodual N' brand untuk inhaler. Spiolto adalah kandungan Tiotropium/Olodaterol manakala Berodual N pula Ipratropium/Fenoterol. Both kena buat 2 puff. Yang si Spiolto kena tiap hari untuk 2 puff berkapasiti 2.5 microgram sekali sedut. Lain pula inhaler Berodual, juga 2 puff tapi bila 'perlu'. Tanda bila perlu tu, sepertimana makluman keterangan doktor, bilamana bertujai batuk. Maximum tidak boleh lebih dari 2 kali ulangan untuk sehari. Kalau tidak renyah bergerak dan kurang bebatuknya maka tidak perlu guna langsung.
Semasa masuk ke dalam MBB untuk hidup dan biarkan engine panas seketika. Aku menyelinap pandangan ke seluruh dalaman kereta. Android player bersize 10 inci yang casingnya patah, entah macammana Yusree buat, telah terlekap kejap di dashboard. Menurut kata Azrul, pekerja bengkel yang memasangnya ketika beli, Pakcik tak perlu bayar katanya. Aku ucapkanlah terimakasih kat boss cina dia dan juga dirinya sebelum beredar pergi ke Maybank sederet dengan King Hotel. Dah tutup pun dia, King Tak King, bila business tak perform maka tak gheti gheti nak tutup.
Terpandangkanlah aku akan keratan kertas serta slip transaksi bank di seat penumpang hadapan. Berdebar melihatnya sambil takut hendak ramalkan untuk masa terdekat ke hadapan. Segalanya berkemungkinan.
Apapun aku bersikap optimis. Bukan bermaksud aku 'gamble' dengan masa hadapan tapi ketentuan Allah swt mengatasi segalanya. Kita bergerak sedaya kita. Berserah bertawakal lepas ikhtiar yang terbaik ikut pertimbangan kita. Siapapun akan risau bimbang akan perkara yang bukan bukan terjadi. Selalunya yang buruk buruk lebih kedepan berbanding perkara yang baik. Normal dan lumrah kebiasaan kita.
Ujian yang ditimpakan keatas kita adalah sebagai satu proses menyingkirkan 'dosa' dari diri. Ada yang diuji dengan 'kemewahan' hidup dan pelbagai bentuknya. Begitu jugalah dengan kekurangan dalam bentuk fizikal. Mungkin penyakit kronik membawa kehujung hayat. Lebih tragis lagi melepek dikatil tak berdaya mengurus diri.
Apapun berserah dirilah kepada Yang Mahu Pemurah dan Maha Mengetahui agar dianugerahkan perkara yang baik dan diuji berkadaran dengan kemampuan diri. Tentunya Allah Maha Adil dan perancangan-Nya adalah amat sempurna.

No comments:
Post a Comment