Thursday, September 17, 2026

Tak tanya, tak cuba ... camner nak tahu

Tak tanya, tak cuba ... camner nak tahu

Thursday, 17 September 2026, 03:10pm

Sejak awal minggu lagi, banyak hal hendak aku perkatakan sebermulanya hari Isnin lagi yang menarik perhatian aku. Kisah singgah minum dan berbual dengan owner 'Janda Viral', pasal display table dari kayu bertukar baru ke stainless steel kat Econsave Batu Berendam dan hal bersarapan berdua di Infasha.

Namun bertangguh bertangguh sampai sudah menyampai hari Khamis dah hari ini, masih belum termula lagi. Aku berkarya bukan kerana dipaksa terpaksa tapi memang tabiat mencerita mendokumenkan setiap yang aku lalui dan kalau boleh...kalau boleh lah setiap hari, sekadar pleasing-kan own pleasure. At my age, being somebody memanglah jadi kebanggaan. Namun aku rela being 'low profile', tenang tenang jalani sisa sisa hidup yang masih berbaki.

Selepas mandi berpakaian, segera sedut dua puff 'spiolto', aku bergerak ke verandah lelepak kat kushion antik menantikan lovely siapkan sarapan. Sejak malam lagi, hajat hendak bercerita hal bersarapan jadi fokus utama. Bila tengah duduk duduk tu, lori angkut sampah southern waste memecah hening pagi sekitar 10:00am. Hening pagi eekk, walau dah nak ke tengahari... biar betul kau Ni. Alah...kasi 'tense' sikit jerr. Suasana tenang taman jadi bingit seketika. Aku yang baru hendak on-kan chromebook terpaku melihatkan pergerakkan lori seolah menonton perarakan 'kereta berhias'. Di belakang lori yang perlahan bergerak, pekerja angkut sampah berdiri sambil memegang besi untuk mereka bergayut sambil mata berpusing pusing melihat keadaan sekeliling. Terpatuk patuk hidungnya berkulit putih dengan sosok badan yang agak sasa gak. Mana perginya orang tempatan sampai pekerja angkut sampahpun dah di dominasi oleh pendatang Nepal ni. Ehh...omak ni, esieh belajar tinggi tinggi, buat malu kat orang jer, suruh den buat kerja ni. Habis tu...hendak kan anak orang, tak perlu berduit. Apo la kau ni...jang.

Tapi bila selesai bersarapankan nasi goreng 'putih', aku plan hendak pulangkan 2 kotak botol kaca air Long's Chan kat Rembia dan segera memulakan perjalanan kesana. Maka tertangguh lagi. Lelaulah sekali lovely sebagai peneman. Bila hendak mulai bergerak ke destinasi, aku berkira kira hendak top-up minyak kat stesen petronas bukit katil, on the way ke sana.

Dalam hati bertelingkah lak. Nak keluarkan cash atau buat pembelian di pump sahaja. Leceh nak jalan masuk ke dalam stesen. Lebih mudah kat pump sahaja. Malangnya, panduan tatacara penggunaan kad dipump ada terpampang tapi aku tidak pernah lagi gunakan. Takut terbuat silap. Teringat lak akan abang attentant senantiasa ber-cap dan ber-masker, kalau kerja la hari ni, minta dia tolong ajarkan aku. Berharap sangatlah yang ia bertugas pagi ni.

                                                    Nampak mudah...takut lak, nak mencoba


Bila menyampai kat stesen, terpandang terpongok dia dibangku di pump no. 6. Alhamdulillah, bertugas dia hari ini. Petak ditempat dia duduk tu tiada kenderaan lalu aku parkir berhampirannya. Selalunya, lepas matikan engine, menonong masuk ke dalam stesen buat bayaran terlebih dahulu. Tapi kali ini, meluru kearahnya spontan ucapkan salam. Segera pula dibalas ucapan aku tu. Aku mohonlah jasa baiknya untuk ajar tunjuki aku cara beli minyak di pump. Bangkit dari lepak kat bangku, sambil sebut 'boleh'...lalu dimintanya dari aku akan credit card. Aku balasi pula, guna debit. Okay, katanya. 

Dia sentuh kad kat 'logo' QR dan terteralah beberapa pilihan. Nak masuk RM10, RM20, RM30 atau RM50 dan beberapa pilihan tuangan lagi. Aku nyatakan for RM50. Cepat jarinya sentuh petak RM50. Next screen yang keluar, arahan masukkan phone no. . Aku cakap, pakai mesra kad. Dia capai dari tangan aku dan masukkan ke slot. Then baru dia masukkan pula IC aku. Katanya untuk harga subsidi. Okay...dah boleh tuang, dia mengarahkan aku. Perrgh, jadi boss kau ya...bang. Tanpa banyak bunyi, aku angkatlah nozzle masukkan ke tangki kereta. Selesai, berterimakasihlah aku kat dia. 

Dah terlanjur dia membantu, aku mintalah izinan untuk berselfie. Awalnya, dia berasa uneasy. Tapi memandangkan yang aku sering singgah tuang minyak disini, dalam terpaksa dia merelakan. Namun namanya, bila berkali ditanyai, tidak mahu didedahkan. Aku hormati 'privacy'-nya.


Tq...bang



Actually memang dan amat senang sungguh. Mulai berani hendak cubanya sendiri dilain kesempatan. Selama ini, takut takut mahu gunakan. Bila dah saksi tatacaranya dan sendiri lakukan, berkeyakinan mulai datangnya keberanian. Tak sabar rasanya mahu lakukan lagi.

Kebaikan yang spontan ketara aku 'perasan' adalah tidak perlu berlama lama didepan pump. Mungkin kita akan melengahkan atau bazirkan masa orang lain, kereta dibelakang yang menunggu ada urusan penting perlu disegerakan. Selesai isi minyak, kita dah boleh keluar dari petak. Berhajat hendak beli jajan kat dalam stesyen, parkirlah dikawasan yang disediakan. Tak menyusahkan orang lain tentunya.

Hendak tak hendak, kita kena venture akan perkara 'baru' di lingkungan. Pastinya demi kebaikan kesenangan bersama. Takut tak bertempat dan terlampau berhati hati pun banyak ruginya dari untung. Moralnya, senantiasalah berhati hati dalam setiap tindakan. Tambahan pula sekarang ni 'scammer' boleh terjadi bermacam cara. Berselindung menyamar sampai sukar dikenal dipastikan.

No comments: