Monday, 28 September 2026 @ 16:37pm
Hendak membohongpun...patut patut lerr
Siap aku set-up meja kat bilik, sebaik tibanya aku dari JB, aku pun duduk duduk la di gaming chair buruk aku ni sambil layan vtt. Paling trending buat aku lerr pasal pembayaran STR ke-4 buat tahun 2026. Diberita, dikhabar dan diviralkan di medsos or socmed akan payment paling awal adalah pada hari ini, iaitu bermula dari 28/09/2026 secara berperingkat. Malah 'kondifen' bagi pemilik akaun tiktok menyenaraikan bank dan masanya dikreditkan ke akaun penerima. Memasing bolehlah semak sendiri selepas itu, unjur mereka.
Meja gaming aku, sebagai ayah bertanggungjawab, aku swap dengan meja tulis yang aku beli di Lotus atau Mydin kat Taman Rini dulunya untuk kegunaan aku masa datang ziarah rumah sewa Ucop kat Taman Seri Bahagia, Tampoi. Aku mahu si Yaseer selesa 'belajar' menyambong sem ke-3-nya. Sabtu sampai, aku sendiri yang 'semangat' memasangnya semula serupa dengan apa yang aku lakukan hari ini.
Aku pelik dan amat hairan, kenapalah terlalu mudah orang sekarang ni menyebarkan berita tanpa usul periksa ke media sosial. Kalau benarlah bagai dikhabarkan, tentulah amat gembira buat mereka yang mengharap menantikan 'pembayaran' ini. Bagaimana pula kalau ianya sekadar hendak manipulasi orang yang 'klik' view page mereka. Mungkin bagi mereka yang begitu mengharapkan, dengan lihat page yang berlainan membicarakan hal yang sama, berita yang dibacanya adalah sahih dipercayai benar.
Sanggup ya, bebudak sekarang ni, permainkan harapan dan perasaan orang lain yang tiada kaitan saudarapun. Cumanya saudara sesama Islam. Aku rasa tentunya berbakul mereka yang buat 'onah' ni disumpahi.
Aku pulak yang tak leh 'brain' akan perangai orang sekarang ni. Asal boleh dan asal ada peluang saja nak perdajalkan orang. Ingat ya, kalau sengaja hendak nayakan orang, suatu hari nanti dan tanpa terduga, 'harapan' awak juga akan terima 'karma'.
Please lah. Jadilah warga yang berguna kepada masyarakat.


No comments:
Post a Comment