Sunday, September 27, 2026

Baru benar benar faham

Sunday, 27 September 2026 @ 10:02am

Baru benar benar faham

Awal pagi ini, bila aku kahak-kan lendir yang melekat, berkeping keping darah beku keluar dari mulut. Begitulah, bila aku paksa paksakan batuk dengan kuat, selalunya akan keluarlah kahak bercampur darah beku dari saluran mulut. Makanya, buat seketika ini, aku biarkan sahaja macam tiada masalah akan permasalahan aku ini. Symptoms apakah yang 'menyerang' akan aku tatkala ini. Perlu dapatkan penjelasan dan kepastian dari mereka yang pakar. Appointment aku yang akan datang adalah pada penghujung November nanti. Takutnya belum penghujung bulan 11, penhujung 'hayat' aku pulak yang tiba. Naya ni.


Baru kini aku benar benar mengerti akan makna lebih dalam setelah sendiri alami rasainya. Sebelum ini bila ada orang merintih simpati mengatakan dirinya amat sengsara, kita 'berlakon' seolah bersimpati turut rasainya menunjukkan 'emphaty', sedangkan tidak lagi alaminya sendiri. Malah dalam segala aspeks kehidupan, kita tidak akan tahu apatah lagi mengerti sungguh sungguh selagi belum rasainya sendiri.


Bila diri kekurangan berbanding orang lain, misal contohnya kodong kaki ditakdir kemalangan. Kita yang melaluinya tentulah tidak akan sama perasaan dengan mereka yang melihat secara zahir keadaan kita. Mungkin tanpa diucapkan takut tersinggung, berkomen dalam diri, kesian dia. Kalau didengari pula, takutnya 'sentap' tak tentu pasal. Orang yang terkena musibah dengan yang tidak, sensitifnya berbeza.


Setiap dari kita punyai jalanan hidup yang berbeza. Terpulanglah buat mereka dan aku sendiri untuk akui ataupun tidak. Namun malangnya, samada disedari ataupun tidak, kita sering pula berlumba mahu 'hal' yang sama terjadi pada diri. Tentulah perkara yang seems to be good menguntungkan jadi perhatian. Setiap kita punya ujian hidup yang berbeza. Katalah ditakdirkan terima 'anugerah/rezeki' anak yang sama bilangan misal 5 orang. So tiadanya rasa iri sesama.


Bagaimanapun jalanan hidup masih 'jauh' ke penamatnya. Permulaan yang sama tapi yang membezakan adalah pengakhiran. Yakinkah diri yang kita tidak akan ditimpa petaka/ujian dihari mendatang. Atau asyik bimbang rungsing akan ujian yang bertimpa hadir. Muslihat perencanaan Allah swt adalah diluar pengetahuan kita. Nobody knows. Ramal-lah, tak mungkin sama dengan apa yang kita inginkan. Setiap satu yang kita bakal dapat itu ada 'package'-nya tersendiri.


Sendirilah kena fikirkannya dalam dalam.

No comments: