24 AUGUST 2026, 05:32 PM
Menu tengah hari cadangan 'TikTok'
Sejak dua menjak ni, aku more self-centered. Aku lebih berbicara, memikir dan rungsingkan pasal diri sendiri. Selain dari menyibukkan diri menghafali membiasakan diri akan bahasa arab dan membaca al-quran setiap pagi, aku juga kerap menerawang akan masa lalu yang tentunya kekal segar dalam ingatan dan langsung aku perturunkan di journal digital yang pelbagai aku create-kan. Alasannya, bila satu 'crush' atau terhilang, ada back-up di 'tempat' lain. Biasanya, ada salinan. In between, aku membaca buku genre autobiography dalam pemilikan aku di verandah.
Bila keletihan, intai youtube. Kalau tidak ada yang menarik, tutup tv lalu membongkang lepas makan tengahhari. Omputih kata...take a nap. Memikirkan lebih amat pasal orang lain, pasal masyarakat di lingkungan yang mana tidak mampu aku merubahnya, adalah lebih elok aku 'pleased' diri sendiri dalam kembara 'pulang' ke negeri asal. Memanglah kita tidak akan ketahui terarah ke kanan atau kekiri. Namun setiap apa yang kita laku laksanakan adalah 'bayangan' akan ke mana arah tuju kita. Masing masing boleh merasainya. Bebal sungguhlah dan amat malanglah diri tak tahu titik penghujung perjalanan seorang pengembara kat dunia ni.
Semalam lepas Asar, berehat sambil layan VTT @ video tiktok. Video pendek yang trending yang melintas kat aku punya 'fyp'. Kalau hendak lihat tentang sesuatu topik, just search dengan taip di column yang disediakan. Entah macam mana deretan video tentang menu lauk tengahhari mendominasi. Lepas satu...satu. Tergiur lak. Macamlah aku boleh makan semua. Dari banyak banyak lauk yang di-video-kan, aku tertarik akan 'tenggiri masak asam 'jawa' atau as orang 'alai' named it as Tenggiri masak chencuan'.
Kata Dak Ecah pun, macam dah kat tekak...Timbul lak idea hendak makan. Aku maklumkan kat orang rumah, esok hendak ke family store cari ikan tenggiri, for main lunch dish. Terasa macam dah kat 'tekak'. Sejurus selepas bersarapankan pisang nipah goreng yang dibeli di Tg Gading, Muar digerai jual duku RM20 for 4 kilo, menonong ke FS, tak sempat tunggu 'berak'. Kira kira 'sanggup' skip walau diri tidak berapa selesa. Selagi boleh tahan, aku tahanlah.
Setiba di FS, parking penuh. Senin pagi pun boleh penuh. Lama lepas tu baru perasan yang hari ini Melaka public holiday pasal 'TYT Birthday'. Patut ler. Bebudak sama lorat terlari lari dalam pasaraya cina hawau ni. Majoriti yang terpandangkan adalah kalangan orang kita. Orang melayu kiri kanan, berselisih trolipun orang kita. Realiti yang tidak mampu dinafikan. Agaknya, memang takdir orang kita ni lebih selesa jadi pembeli dari penjual.
Menonong ke table display ikan. Banyak lak tenggiri segar bugar 'fresh' diperagakan petugas Bangla yang digajikan. Macam dah dirancang rancangkan. Pilih yang sesuai Dan minta petugas bahagian cutting untuk siang dan potong sebesau telapak tangan. Balik nanti, lovely tidak perlu lagi hendak tanding tanding keratin beberapa bahagian lagi. Boleh 'direct' lakukan apa yang perlu dijadikan 'gulai' tengahhari ni.
Having said and done akan apa yang sepatutnya, akhirnya terhidanglah lauk cadangan TikTok diatas meja.
Jemput makan semua...jom lerr.

No comments:
Post a Comment