Saturday, August 15, 2026

Dah jadi 'betina'... Do.

Dah jadi 'betina' ... Do

15/08/2026 17:56

Exactly, time macam ni, entah macammana sedang fokus ikuti video dari Us Syaugi Salleh pasal harfiah Surah Yasin semalam aku boleh melelong ke tempat lain pula. Agaknya memang tabiat aku yang mindanya asyik menerawang mengembara ke seluruh alam semesta. Tetiba sahaja aku boleh kaitkan dengan 'scene' Do, Re dan Mi tengah lepak lepak kat taman bunga pada sebelah malam. Spontan terjadi.

Ustaz ni beria- ia perjelaskan 'pattern' fe-el madi buat merujuk kepada pelaku yang melakukan sesuatu perbuatan. Memang aku akui caranya begitu mudah hendak memahaminya apatah lagi buat 'beginner' macam aku ni. Video yang aku tonton semalam tu telah banyak kali aku view, saja saja mahu refresh memory agar perkukuh kemas dalam kepala hotak. Boleh lak tetiba 'slip away' from my mind terbawa bawa dengan perkara lain. Memang agaknya aku ni orangnya yang sukar untuk fokus. Mereban reban tak tentu pasal. Tapi, bila tersedar dah jauh melalut, aku biasanya akan makin attentive. Tapi itulah, sukarnya untuk kekal pada satu jangkamasa yang lama. Meaning that perlu take a break intervally. Maybe-lah dah tua mungkin.

                                                            Take a break jap...

Diceritakan, mereka bertiga ni(Si Do, Re & Me) diperambat keluar dari kampung kerana 'scam' orang orang kampong dengan berjualan ubat sapuan kegatalan kulit macam 'econazine' cream iaitu sebagai antifungal, anti-flammatory agent or for fungal infections of the skin. Senang cakaplah ubat untuk rawatan kurap. Apa lagi, cabut lari lah bila 'lobang' sudah pecah kerana cedok air longkang/kumbahan belakang rumah dan siap dijenama serta dibotolkan. Tak jejak tanah-lah mereka lari dan akhirnya 'stranded' kat taman bunga.

Beginilah, macam macam hal yang kita memasing lakukan demi mencapai sasaran memasing. Komeng pergunakan kuncu kuncu dia dalam usahanya memikat Nora, girlfriend Lokman. Manakala geng Do Re Me ni pula desperate tak ada kerja tak ada duit, eehh panjang lak akal mereka cuba meniaga secara tidak beretika. Asal dapat duit aje. Namun segala efforts Komeng dan juga geng Do Re Me tidak dimakbul-kan.

Diharapkan usaha yang aku sedang lakukan sekarang ini dan sejak awal millinium lagi tidaklah menjadi sia-sia. Aku akan pergandakan lagi usaha kesungguhan mengapai impian. Insya-Allah....Ameen.

 

No comments: