14 AUGUST 2026, 10:03
Ijtimak kat Masjid Al-Azim
Dua minggu lalu ketika makmum selesai mengerjakan sembahyang sunat, pengerusi atau wakil pengerusi/jurucakap memberitahu hadirin akan perkumpulan orang islam berkampong di masjid negeri pada 14 August bermula Asar sehinggalah selesai bersurai selepas Zohor pada Ahad, 16/8 ni. Perhimpunan bertujuan menyemarakkan ukhwah umat islam seluruh Melaka dan juga Johor yang julung julung kalinya diadakan. Dimaklumkanlah kepada anak anak khariah untuk turut sertai program ini bagi menyemai dan membiasakan diri dalam suasana keislaman yang sebenar. Selebihnya memantapkan diri masing masing dalam menghadapi cabaran semasa yang mengganggu gugat syiar Islam di Malaysia.
Kini dan hari ini, di pagi Jumaat ni tentulah segala persiapan program telah hampir sempurna menunggui pelancaran pada Asar nanti. Kebetulan pada Isnin, 10/08 aku ada berurusan di Pejabat Pos Melaka dan singgah bersembahyang Zohor di Masjid Al-Azim. Kelihatanlah ramai petugas tengah mendirikan khemas besar disekitaran MAIM yang berdepan dengan masjid. Ada yang telah siap tersergam memenuhi jalan pintas antara masjid dengan bangunan MAIM menyampaikan ke persimpangan untuk ke Hospital via pintu belakang. Ada cuma bumbung khemah siap berpasang dan belum didirikan lagi. Sedikit tidak teratur terurus dikawasan berhampiran perkarangan masjid dengan besi tiang khemah serta kanvas berserakan di dataran masjid mungkin khemah utamanya. Rasanya petugas berehat seketika untuk sesama berjemaah Zohor.
Perkara baik ini telah diwar warkan, cuma menantikan 'hasil' nya, samada bersambut baik atau dipandang sepi sahaja. Berpandukan gahnya persiapan dan promosi disebarkan via media sosial buat masyarakat setempat, harapan penganjur program ini tentulah sambutan yang luarbiasa 'bakal' dihadirkan oleh masyarakat setempat. Sejauhmana berkesannya promosi dan sehebat mana sambutan yang diterima bakal diketahui pada petang nanti.
Aku berharap segala yang dirancang mencapai kejayaan.
No comments:
Post a Comment