29 AUGUST 2026, 06:43 PM
Joey BPR...rebah
Dipetangnya hari yang kian meredup cenggini, aku makin resah sendirian. Hari ni aku lambat lak nak intai baca posting whatApps rakan sekolah. Hanya setelah selesai Asar tadi baru aku view. Ada 90 messages belum dibaca. Rupanya, ada info baru dimaklumkan.
Kebiasaannya, early morning, message yang dihantar berupa ucapan 'salam' solely initiated by Md Nor dan jawabnya yang berderet muncul berselang. Tapi untuk hari ini dikhabarkan juga akan sebahagian rakan sekolah update tentang pertemuan ziarah ke rumah Said Deraman yang terkena musibah. Bonding rakan sekolah still strong buat sekelompok yang akrab.
Tapi yang paling memberi kejutan adalah vokalis BPR iaitu, JOEY, rebah meninggal bila selesai dendangkan 2 lagu di pentas. Sesuatu yang luar jangka. Sihat boleh bergerak berjalan tiada sebarang 'tanda' namun boleh mengakhiri hayat sedemikian rupa. Tq kat Azman Sagap aka 'coco' yang buat breaking news seawal pagi gak. Follow suit dari rakan lain up-kan condolonces yang pelbagai but with universal similar message.
Banyak laporan di media digital memaklumkan hal ini. Rujuk...Joey BPR rebah... for details.
Terasa berapa dekat rapatnya antara hidup dan mati. Tiada yang membatasinya baik dari segi masa tibanya, dimana tempatnya dan cara apakah dimatikan. Memang tidak terjangkakan. Hadirnya sepertimana yang aku pernah ungkapkan, can be at anytime and at anywhere. Bersedia ataupun tidak oleh kita, tiadanya kompromi. Mana mungkin boleh merayu bertangguh ke sekian sekian masa.
Harus terima realiti ini. Kita tiada kuasa tapi Dia-lah Yang Amat Berkuasa. Dia jugalah yang Amat Mengetahui lagi Maha Merancang. Kita tidak akan pernah tahu akan apa yang akan terjadi dimasa mendatang. Jauh lagilah untuk menetapkan mengikut apa yang dimahukan.
No comments:
Post a Comment