Saturday, August 8, 2026

Bersantai di verandah sambil merapu menulis

Bersantai di verandah sambil merapu menulis

Saturday, 8 August 2026 @ 11:47am

Memang macam sukar dipisahkan dari diri. Diketikanya, kudrat makin melemah dengan kesihatan yang terumbang ambing, pilihan yang aku ada makin terhad. Terhad untuk bergerak, terhad juga untuk memilih juga tidak boleh lakukan kerja yang berat berat apatah lagi yang bersifat 'extreme' .Jadinya, lebih kerap kena berehat. Paru paru kena kerja lebih keras mengepam dan lebih laju andai aku memaksa diri berkeras kepala batu mahu buat sesuatu yang diluar kemampuan 'tenaga' yang kian berkurang, maka padah menunggu.

Aktiviti harian lebih kepada duduk duduk membaca, berzikir berdoa dan kerapnya menukil kisah kisah yang aku lalui selama ini yang aku ingati sebagai kenangan 'kisah' masa lalu. Biarpun begitu, semangat tetap kental. Hadap selagi mana boleh hadap. 

Entahlah, selama mana perlu berkeadaan begini dan setabah apapun maka perlu harus berwaspada. Ingatan masa pertemuan on 30/07/2026 yang ketiga untuk tahun 2026 dengan doktor bagi mengetahui progress kebergantungan dengan menyedut Tiotropium/Olodaterol iaitu sebatian kimia sebanyak 2 puff setiap harian dengan setiap 'puff' mengandungi 2.5 microgram ber-brand-kan 'Spiolto Respimat' sekadar satu formaliti saja. Tiada perkembangan yang mengembirakan misalnya tak perlu ambil sedutan lagi ke kerana sudah pulih sepenuhnya. Atau ibaratnya menjatuhkan 'bomb shell tepat tepat on target, 'Pakcik dah bebas, tak perlukan rawatan lagi'.

Inhaler dengan chop dagangan ini ditentukan oleh doktor 'pakar' yang pakarlah sangat mengesyorkan keatas aku pada pertemuan awal tahun 2026 @ Friday 2 January. Pada perjumpaan berikutnya pula iaitu 01/04 or on April Fool day, sekali lagi aku being fool around.  Kena teruskan mengguna dak 'Spiolto' ni yang katanya sedikit sebanyak membantu menyeimbangkan atau menormalkan pernafasan. Ia-kan ajerr lah.

Entahlah. Ikutkan hati, mahu sahaja aku 'tinggal'kan terus alat bantuan pernafasan ni. Merimaskan. Bukannya apa. Kalau maklumkan kepada mereka yang tidak punyai 'masalah' cam yang aku hadap ni, sekadar makluman cuma dan angguk saja. Deritaan yang dialami bukannya dapat mereka rasai. Luaran sahaja 'seolah bersimpati' sedangkan mana dia tahu. Cakap banyakpun tak guna-lah. Bak kata Gaya Zakry, biarlah 'Derita Hati Ku Tanggung Sendiri'.

                                                    Biarlah si Gayah ni...dodoikan aku


Sampai bila dan sehingga bila perlu bergantung hanya masa-lah yang menentukan. Relaxs Zaini, tenang tenangkan hati tu. Kalau 'modal' besar, pergilah healing healing ke luar negara, sebagai contoh, ke Paris ker, atau Gold Coast atau nak lebih jauh lagi ke Balkan. 

Pandai-lah kau. Siot la... . Nak perli pun, patut patut la.

No comments: