Sunday, April 9, 2023

Insiden hari jumaat sabtu malam...

Terasa hati, sememangnya akan terasa hati bilamana selesai sahaja sempurnakan rakaat ke-12 dan belumpun bilal mencapai cordless mike untuk lantunkan 'salawat', si-beliau telah cecepat lipat sejadah yang dibentangkannya bangkit meninggalkan shaf. Aku yang mulanya bertindak sebagai satu obligasi memenuhkan shaf paling depan yang kedapatan dua ruang makmum yang dikosongkan selepas selesainya 8 rakaat terawikh, tidak tersangkakan oleh aku akan kejadian yang dialami ini. Makmum dishaf kedua yang rata ratanya lebih 'alim' berjubah tiada tanda tanda dan rasanya keberatan untuk bergerak segera memenuhkan ruangan kosong dishaf paling depan membuatkan aku bingkas memenuhinya.


Imam dalam tugasnya menyempurnakan 10 rakaat pertama sebelum imam kedua mengambilalih menyampaikan 20 rakaat terawikh telah segera bangkit memulai sembahyang terawikh. Malah bacaan Fatihah-nya hampir sudah kepenghujung lalu aku cecepatlah penuhi ruang yang dikosongkan tu dalam memastikan shaf sembahyang tidak terputus. 


Aku tergamam dan tidak pasti akan sebab musabab senior berjubah hitam dan amongst the 'mosque-goer' ini pada pemerhatian aku, bangkit meninggalkan shaf tergesa-gesa. Sentap jugalah hati ini. Adakah aku ada membuat salah. Atau dia tidak selesa akan aku yang bersebelahan dengannya. Busuk ke pakaian atau bauan yang aku kenakan. Musykil dan benak memikirkan. 


Aku lupakan seketika hal kejadian ini dan 'move on' bila selesai imam membacakan doa ringkas sebelum memulai rakaat ke-13/14 pula. Berbaki 8 rakaat sahaja lagi sebelum sembahyang witir. Dalam pada antara hirau dengan tidak hiraukan hal ini, aku terperasankan yang 'tuan haji' disebelah kiri aku awalnya kini berada bersebelahan dengan cikgu berahim yang setia sehingga akhir disebelah kanan aku. Dari ekor mata aku, warna dan corak sejadah yang dilipatnya disebelah aku tadi adalah sahih sama bilamana terpandangkan dirinya terselindung sikit dari pandangan dek sehatnya susuk tubuh cikgu berahim.


Akan aku ingat susuk tubuhnya yang kurusnya hampir seperti aku. Cumanya dia lebih seasoned dan sedikit senior dari aku. Rasanya dia tergolong orang yang bernasib baik yang kecukupan serba serbi. Terkilan memanglah aku terkilan sesangat. Tidak setaraf dan tidak sesuai untuk linger amongst mereka yang tidak sama bulu. Bukanlah dikatakan orang, birds of the same feather flocks together.


Aku kini mengerti...