Friday, June 7, 2019

Syawal yang diraikan...

 05 JUNE 2019, 10:18


Syawal yang diraikan...


Selesai sudah sembahyang raya untuk tahun 1440H. 1hb 10 sudah hari ini. Those yang sudah familiar tentu tidak terkejut  dengan bulan 10 yang dinyatakan. Namun bagi yang sudah terbiasa dengan kalendar Masehi pastinya akan mengangkat kening kehairanan. Al-maklumlah tidak pernah tahu ataupun tidak pernah diberitahu atau mungkin juga baru cuba hendak mengingatkannya kembali.


Majoriti umat Islam di Malaysia ini telah terbiasa dengan penetapan pengumuman bulan puasa dan popular diungkapkan bulan Ramadhan dan juga ketikanya pengumuman Bulan Syawal. Secara tidak langsungnya dua bulan ini cukup popular dan kerap diucapkan serta kekerapan mengungkapnnya akan lebih tinggi bila tibanya kehadiran Ramadhan dan Syawal yang berturutan ini. Nampak ketara sesangat bilamana kalendar Masehi dijadikan asas dalam setiap aktiviti harian. Sehinggakan tarikh penepatan melihat anak bulan Ramadhan juga Syawal ditetapkan pada tarikh masehi dahulu dan barulah disebut bersamaan dengan 30 Sya'ban 14XXH. Secara halusnya kita sendirilah yang menjarakkan diri dari lingkungan suasana keislaman. Ada juga pihak yang 'alim' mahu membudayakan Kalender Hijrah ini tapi suara tidak cukup kuat untuk didengari oleh telinga penguasa negeri apatah lagi untuk dipatuhi sepenuhnya. Setakat kesedaran sahaja masih tidak mencukupi. Mungkin perlukan gelombang yang cukup besar untuk merubah segala-galanya kearah suasana yang condusive dalam melaksanakan aspirasi ini.


Aku sejak semalam lagi membuat revision akan solat sunat Aidulfitri, dari niatnya, tatacara solatnya, surah yang lazim dibacai imam dan perkara perkara yang berkaitan. Tentunya sembahyang yang setahun sekali dilakukan perlulah membuat persediaan walau telah pernah saban tahun didirikan. Dalam pada itu sebelum memulai sembahyang raya, telah dingatkan lagi akan tatacara pelaksanaan agar tiada yang akan menghadapi kesukaran. Tapi apa kekuatan kita. Entah macammana aku boleh jem lak. Selepas berniat, doa iftitah boleh kelupaan.


Banyak lagilah yang harus aku 'improve'. Exposing myself for good.