Friday, February 18, 2022

Viral tentang dadah lagi

 17 FEBRUARY 2022, 12:27

Sejak berita mengenai seorang lagi warga emas diperlakukan oleh individu berpangkat anak, aku tidak lengah lagilah capai tablet yang ada menukilkan sesuatu. Catatan ini bukanlah sekadar mempersoalkan kewajaran pelaku menganiayai orang yang tidak setara kekuatan fizikal tapi lebih kepada kepincangan hidup didalam dunia yang telahpun memasuki zaman milinium. Nampak gayanya, mereka yang menjadi tumpuan se malaya via medium yang cepat menghidu akan kisah kisah penuh sensasi sebagai 'juadah' melaris mempopularkan platform penyiaran digital/maya/virtual memasing.

Dari satu segi, kepantasan maklumat beredar di alam maya membuatkan sekejapan sahaja kepada mereka yang mahu membaca dan mahu mengetahui kisah yang telahpun berlaku ini untuk memikir dan membuat penakulan sendiri. Ketepatan kesimpulannya pula tentulah bergantung kepada sejauhmanakah kemampuan diri menafsirkan peristiwa yang berlaku ini. Lain orang lain sudut pandangan. Apapun bagi aku sendirilah, tindakan aggresif berpangkat anak ke atas bapa, waima, bapa tiri sekalipun amat tidak wajar sama sekali.

Rujuk dan bacalah,pasal duit sanggup pukul memukul

Adalah tidak 'gentle' bagi seorang pemuda berusia 30 tahun berperangai sedemikian. Amat memalukan. Mana hendak letak maruah diri. Agak agak, ada sesiapa yang normal lagi waras pemikirannya mahu menjadikan dia menantu pilihan andai masih bujang. Betul, sesiapapun boleh berubah. Berubah menjadi baik. Tapi tentulah memang seriau buat pasangan ibu dan bapa mengambil risiko menerima lelaki yang sahsiah diri agak celaru dengan latarbelakangnya diketahui.

Mungkin aku bias dalam menilai. Tetapi hakikat yang harus dihadap dek gagal membuat keputusan yang betul akan membuatkan rasa kekesalan menghantui diri mungkin sehingga ke ahkir hayat.

Persoalannya kenapa pilihan hendak mengambil dadah membabitkan orang lain. Sendiri buat, sendirilah tanggung. Seronok mahu tapi kemampuan untuk berseronok tiada. Seharusnya dia disedarkan. Kalau bukan pihak keluarga yang mengambil langkah awal, bagaimana dengan masyarakat dilingkungan kehidupannya. Rasanya di Yan pasti ada segelintir insan yang prihatin dan boleh membantu. Kemana pula badan pengaman rasmi yang ada. Mana polis, mana badan pencegahan dadah dan pihak ngo yang sepatutnya memantau menyelia kehidupan bermasyarakat.

Hairan dan benak memikirkan.