Monday, January 30, 2023

Memikirkan hal

 30 JANUARY 2023, 12:40


Memikirkan hal


Entah macammana pagi ini, bila terpandangkan deretan kereta diperkarangan poliklinik kesihatan ayer keroh ketikanya berjalan menuju ke perkarangan bangunan, pantas sahaja aku menjengah menjenguk ke dashboard kereta. Normal lah kan. Kita melihat apa yang ingin dilihat dan diketahui. Hampir semuanya punyai android player. Pastinya kereta baru sudahpun tersedia terpasang dengan android player dan bagi kereta lama kebanyakkan ownernya telah beralih mengantikan cd radio kepada android player mengikut budget memasing. Difikiran masih pening dalam usaha memulihkan android 10" player kembali normal di kanchil aku.

Nampak okay jer...cuma no sound


Sejak beberapa hari kebelakangan ini tumpuan aku lebih terarah kepada permasalahan ketiadaan 'bunyi' dari android player di kancil mata petak aku. Aku telah mengarahkan anak aku yang berkelulusan elektrikal untuk memeriksa mana silapnya. Namun menurut katanya pada Sabtu(28/1/23) lalu ketikanya bercuti gagal menemui puncanya. Wiring tiada masalah. Dijangkakan yang set itu sendiri yang bermasalah. Naik benak pula hendak kenal-pasti puncanya. 

Malah isu yang menyelubungi Shamsol dengan PS yang menjadi bualan hangat netizen juga isu kekurangan telur dan ketiadaan minyak paket sejak tahun lalu lagi berlanjutan sampai sekarangpun tidak selesai selesainya sehinggakan komen sinis netizen menghujani berterusan terhadap Rafizi menteri ekonomi dalam seminggu dua ini aku sideline-kan saja. Even isu yang terbaru lagi panas pasal pemecatan KJ dan H2O pada Jumaat(27/1) dan nepotism perlantikan Izzah sebagai penasihat ekonomi kepada PM, aku anggapkan tidak lebih penting dari apa yang aku hadapi.


Perancangan yang dirangka penuh teliti sebelum ini dan amat berharapkan menuruti kemahuan tidak berlaku sepertimana yang dihajati. Ketikanya dahulu aku beralih memasang mengantikan cd player ke android adalah untuk 'please'-kan diri sendiri tatkala menghampiri ke penghujung kerjaya dibidang peruncitan setahun lamanya lagi. Kononnya untuk manjakan diri santai santai menuju persaraan. Bukan sekadar hendak upgradekan 'halwa' pendengaran malah banyak lagi dalam perancangan. Spring standard telah juga digantikan dengan spring sport selepas memasang android player. Lebih awal dari semua ini, pada 2020 dalam sesibuk dengan covid-19, aku telah memberi 'job' untuk spray warna asal ikut dalam geran kepada anak buah yang punyai bengkel kereta ketika datang berkunjungan raya. Kerap juga intai 'shopee' nengok nengok sarung kusyen yang menarik dan aksessori yang berkaitan selain mencari sports rim yang sesuai. Seolah segalanya terhenti seketika. Hajat tertangguhkan.



keadaan sebelum raya @ 2020


lepas spray balik @ 2020


Tidak sangka pula kehadiran ke poliklinik menemankan orang rumah membuat physioterapi-nya sepertimana yang dijadualkan pada pagi ini boleh meleret leret pula ke persoalan android aku yang gagal dikesan silapnya. Sukarnya mencari parkir ketika mendatangi hospital dan klinik kerajaan adalah fenomena biasa. Tiadanya kejutan dan memang kena hadap situasi sebegini. Makanya aku terpaksa melelau Alza keluar ke bahu jalan berdekatan dengan pintu masuk utama. Terpaksalah menapak berjalan. Dalam berjalana berseorangan, gatal pula menjenguk ke dashboard kereta yang diparkir disepanjang laluan menuju ke bangunan tersebut.


Rasanya semua kita sedia maklum yang permasalahan yang  sendiri hadapi adalah lebih utama untuk diatasi dari sibuk memikirkan persoalan permasalahan yang terpalit kepada orang lain. Begitupun, bukanlah tidak mahu mengikutinya, cumanya ditangguhkan seketika lebih lebih lagi hal yang menempiasi kehidupan samada secara langsung ataupun tidak langsung. Lambat laun perlu mengetahuinya juga. Mana mungkin terlepas pandang sedangkan ianya sedikit sebanyak mengganggu gugat keharmurnian kehidupan bermasyarakat. 


Bagi aku, isu ketiadaan 'bunyi' di android player perlu aku selesaikan secepat yang mungkin. Agak tidak selesa dalam pemanduan dan sedikit janggal kerana telah terbiasa diriuhkan dengan informasi via radio atau dihiburkan dengan lagu yang dipilih mengiringi kepergian ke tempat kerja dan perjalanan balik ke kediaman rasmi aku. Terasa kedapatan semacam suatu kekurangan dalam meniti hari dek terbiasa dengan kelaziman seharian.


Doakanlah agar dipermudahkan segala urusan, tiada kerumitan yang timbul dalam usaha menyelesaikan permasalahan ini dan berharapkan ketenangan yang bermanfaat menuju persaraan nantinya. 


Ameen, perkenankanlah Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Raheem.