Semalam, 08/02/2024, genaplah seminggu lamanya aku tidak ke Aeon. Tempat kerja paling lama dan terakhir. Persaraan mandatori pada usia ke-60 on 02/02/2024 memerlukan aku untuk hadir bertugas untuk terakhir kalinya pada 01/02/2024. Memang terasa agak janggal dalam usaha untuk menyesuaikan diri tidak bekerja kini.
Aku sedar bukan mudah untuk meninggalkan segala yang telah dilakukan puluhan tahun lamanya secara tiba tiba pula. Namun hakikatnya aku perlu realiti ini. Bukan sesuatu yang senang untuk lepaskan. Akibat kebiasaan dan tanpa didorong oleh sesiapa, naturally ianya mendatangi diri.
Perasan yang diri masih bekerja. Bangkit bangun mandi dan bersarapan seperti biasa. Tapi terhenti setakat itu sahaja. Memandang keluar rumah melihat kereta kancil yang kekal setia memberi khidmat menghantar dan membawa pulang tuannya kembali ke kediaman rasmi.
Kini aku telah ubahsuai porch area menjadi tempat aku bersantai-santai. Layan aktiviti penulisan sambil menunggu masuk waktu sembahyang. Rasanya inilah aktiviti semasa aku yang aku manfaat sebagai cara untuk aku 'parsing time' menunggu tibanya hari kematian.
Siapapun tidak mampu menjangkakan apa yang 'menunggui' diri dihadapan. Kita cuma berserah diri kepadaNya agar dipermudahkan akan segala urusan kita. Menyelidik menyelongkar hal yang bukan bidang kuasa kita hanyalah usaha yang tidak berbaloi. Dapatan yang mungkin mampu diperolehi hanyalah andaian andaian yang mungkin boleh terjadi dan mungkin juga jauh tersasar dari yang diimpikan
My appearance after a week...
.
Aku bukanlah mahu mendahului masa. Kita tidak perlu hiraukan. Kita harung sahaja akan apa yang 'muncul' dihadapan. Tidak perlu merunggut. Tiada masa merintih menangis kesedihan. Terbaiknya, lakukanlah dengan sepenuh keikhlasan dan dengan penuh bertanggungjawab. Selebihnya kita berserahlah kepadaNya jua agar diberikan kejayaan yang diinginkan.
Kekadang timbul juga rasa rungsing. Mampukah aku mengharungi 'ujian' dariNya. Betul, ujian yang ditimpakan bersesuaian dengan kemampuan diri. Allah Maha Mengetahui, Allah juga Maha Berkuasa.
Semoga aku mampu menyerap segala yang ditimpakan. Ya Allah, kau perkenankanlah hajat aku ini. Ameen.
No comments:
Post a Comment