Disaat ini aku tengah melayan berehat rehat di porch area rumah. Masih belum siap sepenuhnya akan ubahsuai dalam membuatkan 'minggu' pertama aku berbeza ketika masih bekerja. Aku perlukan suasana yang tenang lagi mendamaikan dalam memujuk hati yang agak tidak menentu. Biar sesukar manapun situasinya, aku harus move on dalam mengharungi sisa sisa usia.
Aku tidak mengharapkan orang lain membantu menentukan apa yang harus dan patut aku perbuat. Terpulanglah kepada empunya diri. Bukanlah hendak katakan yang aku lebih tahu akan diri sendiri berbanding dengan orang lain yang memandang zahir keadaan aku kini. Tafsiran seseorang adalah berpandukan akan apa yang dia mahu tahu dan telah maklum sebelumnya. Aku tiada kuasa menahan sesiapa jua yang ingin memperkatakan tentang diri ini. Adakalanya mungkin tepat tapi selalunya tersasar. Andaian demi andaian cuba dihubungkaitkan dalam memastikan telahan mereka itu bertepatan.
Apapun, pedulikan akan sembang 'kosong' berandaian mereka dilingkungan. Aku adalah aku. Aku perlu mengagahkan diri menghadapi setiap dugaan kehidupan ini penuh tabah lagi berani. Tidak perlu rasa gentar. Buruk baiknya masih tertunggak dibahu sendiri. Naturally, tentulah diusia yang hampir menuju saat kematian mana mungkin mahu berexperimen sesuka hati. Setiap tindak tanduk perlu mematuhi hukum yang telah diaturkan sesuai dengan peningkatan usia.
Mengapa aku berpendirian sedemikian. Ofcourse, pengalamanlah yang mencernakan tindakan selanjutnya. Keberhasilan setiap tindakan susulan adalah diluar bidang kuasa kita. Kita sekadar mengharapkan sesuatu yang baik terjadi. Andai sebaliknya pula yang terjadi, itulah ketetapan dariNya. Usaha yang kita lakukan perlulah berlandas. Jaya gagal adalah pemutus kata dariNya jua. No pertikaian harus dibangkitkan. Tapi tanyalah diri sendiri, apakah silap dalam bertindak yang telah dilakukan. Bermuhasabah.
Nampak mudah dan seolah cuba menyalahkan orang lain. Blaming on others. Tentu sekali hal ini tidak akan menyelesaikan masalah tapi makin merumitkan lagi situasi. Berdegil tidak menerima kenyataan bukanlah 'pilihan' yang terbaik. Ini akan lebih ketaranya menyerlahkan sisi buruk yang ada pada diri. Biar pedih dan biar sampai terluka, namun perlulah diri untuk segera bangkit persiapkan diri hadapi cabaran hari muka.
Kita tidak akan tahu apa yang akan kita terima dimasa menjelang nanti. Maka perlulah kita senantiasa berhati hati dan berawas akan segala kemungkinan yang bakal terjadi pada diri.
Moga moga aku mampu harungi setiap 'ujian' kehidupan ini sebaik yang mungkin.
No comments:
Post a Comment