Hendak menafikan kenyataan yang dibimbangi oleh golongan bawahan makin lama makin meresahkan. Aku tiada kuasa dan sekadar membayangkan yang kos sara hidup akan bertambah perit dimasa mendatang ini. Cakap cakap golongan sedia maklum perit ini dengan pelbagai karenah dari pihak kerajaan sendiri yang seperti tidak menyeluruh membantu meringankan bebanan kos sara hidup amat mengecewakan ramai pihak.
Makanan ruji dari RM2.60/kg...harga kawalan, kini... |
Segalanya bakal naik... |
Aku tidak pasti adakah penguasa kerajaan sekarang ini yang mengurus tadbir negara merupakan mereka yang competent akan tugasan yang telah diamanahkan kepada mereka. Adakah lantikan ke jawatan diberikan itu sekadar bermuslihat demi membalas jasa memenangkan kerajaan semasa. Andai itulah hakikatnya, kita tunggulah 'kehancuran' dan 'kerosakkan' yang akan dibuat oleh mereka yang tiada semangat untuk memajukan negara.
Sedih melihatkan keadaan yang seperti tiada apa apa yang bakal terjadi natijah dari mereka yang bukan ahlinya tapi bercakap beria-ia mengalahkan orang yang memang pakar dan terbaik serta tindakan berdasarkan maklumat lagi bertanggungjawab. Aku tidak pasti tatkala situasi makin memburuk, apakah 'pilihan' yang mereka ada dalam menangani setiap permasalahan. Takut takut mereka yang membuat onar ini malu sendirian dan sebagai jalan keluarnya menyalahkan pihak lain yang gagal menyalurkan maklumat penting. Crisis management-nya ke-laut.
Aku pula sebagai pekerja swasta yang telah akhiri kerjaya dibidang peruncitan dek kerana telahpun sampai 'persaraan mandatory' pada awal February lalu 2024 tentu sahaja akan bimbang yang teramat. Mampukah mengharungi disaatnya tidak bergajian lagi dan bergantung harap kepada 'simpanan' KWSP yang tidak seberapa. Kenaikan kos sara hidup hampir dalam segenap aspeks walaupun mungkin mampu menyerapnya seketika pasti akan terkesan untuk jangka panjangnya pula.
Sekarang ini mengharapkan anak untuk membantu menampong kehidupan apatah lagi untuk menumpang hidup dengan mereka adalah bukannya 'gerenti' yang perlu dipegang. In split-second sahaja segalanya boleh berubah. Tambahan pula, mohon dijauhkan, bilamana orang tua tiada berharta dan tiada apapun yang boleh dibanggakan maka makin mudahlah untuk mereka 'membuang' ibu bapa mereka sendiri. Telah banyak contoh untuk difikirkan dan mana yang mampu untuk mengkajinya tentu sahaja boleh buat dapatan yang bertanggungjawab dalam memberi maklumat kepada bakal bakal pesara yang mungkin berhadapan dengan situasi yang serupa.
Desakan hidup yang makin menghimpit dijadikan alasan untuk tidak menjagai dan melepaskan tanggungjawab sepenuhnya menjaga ke pusat penjagaan orang tua tanpa ada sedikitpun rasa bersalah. Memang malanglah buat ibu dan bapa yang berkorban masa dan tenaga membesarkan zuriat menjadi seorang 'manusia' tapi gagal memahami segala pengorbanan ibu-ayah.
Tanggungjawab mengurus-selia diserahkan kepada pihak NGO. Samada berbayar atau sukarela bergantung kepada keadaan yang bakal dihadapi. Sekarang ini seolah telah menjadi trend kepada golongan anak anak yang mungkin dimasa silamnya dahulu alami kesukaran kehidupan dan berdendam kepada orang tua mereka. Mudahnya menyalahkan mereka yang terkial kial bergelut dengan pelbagai masalah membesarkan anak anak. Sedikitpun tidak mahu memikirkan jasa kebaikan yang dicurahkan sehingga dewasa malah terus terusan mengesali dilahirkan didalam keluarga yang serba serbinya kekurangan.
Anak yang bersikap seperti ini seolah sudah mati akal fikirannya. Segalanya mahu disediakan secukup sepatutnya. Ada hati pula membandingkan dengan rakan sebaya yang kelihatan mewah bergaya. Masing masing ada corak perjalanan dan 'destiny' mereka sendiri. Bilamana diri tidak boleh menerima kekurangan dan mengimpikan sesuatu yang dimiliki oleh orang lain tanpa mahu bertindak sewajarnya adalah suatu keadaan yang amat mendukacitakan seorang ayah. Masih senang berpeluk tubuh dan mengharapkan yang orang lain pula menghulurkan bantuan untuk berubah.
Tiada added value pada diri. Apakah orang lain akan memandang tinggi. Jawabnya pastilah tidak. Lumrah dan hakikat yang perlu ditelan walaupun mungkin sukar dimengertikan adalah kita perlu pasti dan tunjukkan kelebihan kita berbanding dengan orang lain. Andai gagal, maka hiduplah diri sebagai seorang yang biasa biasa sahaja. Tiada semangat juang, tiada usaha memajukan diri dan senantiasa murung menyalahkan keadaan dan orang lain.
Pada keadaan semasa ini, aku perlu berhati hati dalam mengharungi kehidupan yang dipinjamkan sementara waktu ini. Akan aku pastikan yang aku akan mengambil langkah berjaga jaga agar diri tidak hanyut dalam pesta kegilaan menaikan harga hampir dalam semua hal.
Be prudent and always alert.
No comments:
Post a Comment