14 FEBRUARY 2024, 14:16
Kita tidak akan tahu bilakah kita akan dengan tidak semena mena ditanyai. Bukanlah bermaksud mahu meletakkan diri didalam situasi yang mengetahui segala sesuatu tapi andailah kita berada didalam keadaan yang tidak pernah terfikirkan bagaimana seharusnya kita perlu menanganinya.
Pengalaman tentulah menjadi asas untuk kita bertindak accordingly. Namun sekiranya it's total new, mahu miong dibuatnya. Tetiba seseorang datang menghampiri dan ingin mengetahui makna akan perkataan - نظيف...nazifun dan juga وسخ...wasihun - mahu terkejut dibuatnya. Dalam realiti kehidupan segalanya adalah berkemungkinan. Tentulah ianya boleh terjadi. Tiada yang mustahil sebenarnya.
Agak agak apa respond yang akan kita ambil. Diam membisu sambil geleng gelengkan kepala bermaksud tidak tahu. Ataupun akan bertanya balik kepada sipenanya akan muslihatnya. Sesiapapun akan berasa tergugat dengan pertanyaan yang entah dari mana muncul. Pastinya akan membuatkan orang yang ditanya itu tidak berapa selesa.
Okaylah, kalaulah dia mengetahui tentulah tiada masalah. Sekiranya orang yang ditanyai itu, baru seumur hidupnya didengarkan dengan ungkapan yang tentu sahaja asing dipendengaran pertama kalinya ini, kau rasa....pastinya dia agak keberatan untuk menjawab dan seolah diri dipermalukan sahaja.
Pengetahuan dan maklumat adalah bersifat dinamik. Samada kita mahu tahu dan perlu tahu dan mungkin digunapakai bukan pada masa mengetahuinya. Kekadang ilmu yang kita ada itu mungkin bertahun kemudiannya ianya dirasakan begitu membantu. Itupun kalaulah dia masih mengingati akan apa yang telah dipelajarinya dan bermanfaat ketika diperlukan.
Secara analogi mudah, budaya mengingati 'Valentine's Day' yang tidak begitu mesra lagi dengan orang Islam yang kita secara berjamaah telah menyedarkan rakan rakan yang dulunya terjebak dan agak fanatik meraikan. Even sampai sekarangpun. Teringat lagi aku ketika mana masih bekerja bergajian dengan Aeon. Membantah tidak mampu, tapi terpaksa juga membuat promosi yang berkaitan. Tiada sesiapapun diperingkat atasan yang berani menongkah arus.
Kita maklum, pelanggan yang berkunjungan ke premise aku bertugas adalah berbilang bangsa, walaupun majoritinya adalah Melayu. Disebabkan tugasan maka dalam terpaksa rela perlu lakukan apa yang boleh. Bukan setakat promosi 'Valentine's Day' sahaja, Black Friday, Christmas, CNY, Deepavali sampaikan Halloween pun terpaksa terbabit. Terang terang bercanggah.
Aku mengharapkan agar Allah swt mengampunkan salah silap aku selama ini.
No comments:
Post a Comment