9/5/2024 08:28
Selepas balik dari menghantar Yaseer ke sekolahnya, aku macam biasalah segera meluru ke bilik. Sekitar 7:30 ke 7:45 mengikut keadaan trafik semasa namun tidak terkeluar dari jajaran masa ini akan sampai ke rumah. Mungkin 'semangat' dah mai dan aku perlu santuni dengan penuh tertib berhemah. Sambung akan pemahaman dan ulang tonton video yang berkaitan dengan 'arabic madina' yang aku ikuti sekian lama. Kekadang bila ingin dapatkan kelainan dan variasi, aku semasa kini turut ikuti konsep 'grammar' dan 'sarf' dari pengajar lain secara berselang seli. Additional 'tugasan' yang aku buat ini adalah semata mata mahukan momentum pembelajaran kendiri aku ini mantap berkeyakinan.
Tengah bersemangat dan sedang memulainya, orang rumah pula telah siap menyediakan sarapan. Anak 'Nyah'-nya yang baru pulang dari kerja shif malam perlu disediakan sarapan. Kalau tidak ada apa apa yang hendak dimakannya, monyoknya berhari harilah jadinya. So, without failed, seminggu kerja malam maka akupun terjebak sama. Bersarapan 'terlalu' awal. Kekadang aku 'skip' bila juadah yang disediakan untuk anak Nyah-nya itu tidak menepati selera aku. Waktu yang 'afdal' aku bersarapan adalah sekitar 10:00am. Sekali sekala 'lawa' orang rumah makan diluar. Tidak jauh manapun, cuma dalam 5 minutes distant dari rumah. Port makan yang regular dikunjungi menyediakan 'special' menu ikut 'tekak'.
Gangguan. Melorot sahaja aku keluar dari bilik dengan buku dibiarkan terbuka, cuma video sahaja yang aku 'pause' seketika. Bila dengau aje 'mee goreng mamak' home-cook dihidangkan orang rumah dengan memanggil menyuruh aku keluar dari bilik. Tidak lengah lagilah terus terkam. Antara favourite juadah sarapan pagi aku dan mana boleh dilepaskan. Selesai makan bersegeralah aku menyambung 'tugasan' yang selalu sangat tertangguh.
Tetiba ketika tengah layan video, kepala macam terasa berat sengal. Makin aku picit picit makin menjadi pula. Amat tidak menyelesakan. Melunjurkan kaki dibucu katil berehat. Masih tidak kurang sakitnya. Agakkan aku, mungkin rambut dah makin tebal tidak bergunting. Relaxs santai sahaja menunggui waktu sekitar 11:00 untuk ke kedai 'amoi'. Tukang gunting peribadi aku sejak aku bujang lagi. Pernah juga aku mencuba tempat lain namun aku lebih selesa bila dia yang memberi khidmat gunting rambut aku. Aku dah tetapkan hanya kedai dia sahajalah yang akan aku kunjungi selagi ada hayat.
Rasa berat kepala masih tidak berkurangan. Takut juga aku kalau kalau ada penyakit yang datang menghinggap. Kita lagilah tidak bekerja bergajian. Andai ditimpa penyakit yang 'kronik' pastinya memerlukan kos rawatan yang besar, mungkin lagi cepatlah aku 'melingkop'. Mohon dijauhkan. Duit simpanan bersara kWSP bukan banyak manapun. Buat sara diri keperluan makan pakai dan belanja dapor bolehlah bertahan untuk tempohmasa kurang 10 tahun kalau berdua sahaja. Tak geti geti 'standby' nak balik. Berlama lama atas dunia atau sekejapan adalah atas' ikhsan' dan takdir dariNya. Kita tidak mampu untuk mengetahui kesemuanya tapi rasanya perlu bermuhasabah diri dan renungi penuh keinsafan. Kudrat tenaga makin melemah, pancaindera turut menurun fungsi tugasan dan penyakit mudah mendatangi diri. Input yang dikumpul sepanjang kehidupan ini layak menyedarkan diri untuk ketahui kedudukan semasa 'life cycle' diri. Kalau tidak sedar dah ke penghujung, hanya Allah jualah Yang Maha Mengetahui.
Bila tiba masa hendak berpergian, aku mengenakan 'proper' pakaian selayaknya sebagai insan yang sudah berusia 60+. Tiadanya hendak stylo stylo lagi. Kata Malek Redzuanpun, 'cukup sampai disini...sayang. Relakan perpisahan ini...Walau berat dihati dan berat perasaan...Tempuh dengan ketabahan...'. Sampai waktu 'time' sembahyang, singgahlah dimasjid yang berdekatan. Takkanlah hal inipun hendak kena ingat selalu. Should be already come naturally dalam diri. Hendak membiasakan at initial stage memang 'perit'. Tapi bila sudah dibiasakan dan kerap 'hadir' tanpa gagal, hendak 'skip' tanpa sebab akan timbul rasa bersalah pula pada diri. Sudah mengetahui tapi seolah ingkar.
Elok sahaja masuk ke kedai gunting rambutnya, tiada seorang pelangganpun. Segeralah aku duduk dikerusi sambil 'amoi' yang sedang beborak santai dengan pembantu tukang gunting bingkas menghampiri. Aku beritahu dia yang kehadiran aku ke kedainya mahukan agar aku digunting pendek sambil maklumkan selalu sangat sakit kepala. Aku agakkan yang rambut aku tebal sangat agar dia faham maksud aku. bagi memudahkan gambaran rambut yang aku inginkan, beritahulah dia supaya mengunting 'macam' orang baru balik haji. Dia diam sahaja tidak berbunyi. Risau gak aku, dia faham atau tidak. Mungkin sikap professional dia untuk laksanakan terlebih dahulu tugasan sebelum akui mutu kemahiran yang dimilikinya.
Balikkan dalam balikkan |
Nah kau, tak perlu cukur, melapang... |
Tak lamapun untuk selesai berguntingan. Kepala aku bukannya besau sangat. Memang pantas jari jemarinya bertingkahan diantara gunting ditangan kanan dengan sikat ditangan kirinya. Pembantunya pula seorang left-handed, so kedudukan pegangan gunting dengan sikat 'terbalik' tentunya. Dia tanggalkan kain 'pelindung' yang membeliti leher aku dari terlekatnya keratan rambut pada pakaian aku. Kemudian mengambil sponge kuning bersegi empat tepat serupa bongkah 'jongkong' emas mengesat cebisan rambut yang melekap pada leher dan sekitar muka, kot kot masih ada lagilah. Bangkit bangunlah aku melihat ke cermin besar dihadapan sambil muka aku alihkan kekanan dan kekiri. Dia tercegat berdiri menantikan sesuatu, mungkin 'komen' hasil kerja yang disiapkan ikut penerangan aku tadi.
Aku beritahunya, it's quite okay dan seolah beri 'order' kat dia, supaya gunting seperti 'ini' bila aku datang berguntingan lagi dikedai dia. Dia senyum sambil anggukkan kepala seraya aku hulurkan RM10 sebagai 'harga' gunting semasa sekarang ini. Aku suka cara dia. Tidak banyak karenah tapi cekap dengan kerja yang dilakukan. Mungkin dia sudah tetapkan yang 'kerjaya' yang dia sudah mahir bertahun lamanya ini serta tidak putus putusnya pelanggan yang datang berguntingan membawa 'pendapatan' tanpa perlu bayar pengiklanan, mana mungkin hendak berhenti sekerat jalan. Seingat akulah dia sudah kerap sangat keluar negara melancung. Berbaloi kepada mereka yang cekal berusaha dan menjaga 'kualiti' perkhidmatan. Syabas aku ucapkan.
Phil Collins - Do You Remember
Sementara menunggui lampu traffik yang agak lama di persimpangan Duyong-Bukit Katil, aku memotret diri didalam kereta. Teringatkan peristiwa zaman bersekolah dengan hebatnya trend musik era 'Grammy Award' menjadi ikutan remaja ketika itu. sanggup aku mencukur rambut didahi kiri dan kanan semata mata hendak resemblance dengan Phils Collins. Top dia masa itu dan aku adalah yang agak fanatik kat dia. Memang betul ramai lagi artis seangkatannya yang aku suka tapi disebabkan hal ini cuma dialah yang 'top' the list. Orang lain peduli apa aku. Ini pilihan aku. Ketawa sendirian aku didalam kereta. Cakap dengan bebudak sekarangpun bukannya mereka mengerti apapun. Tiada feel langsung mungkin kerana diri tidak pernah berada dizaman 'gemilang' itu. Sekadar mendengar bolehlah. tidak akan sikitpun teruja macammana beria-ia kita bercerita. Only those yang sesama hadir pada zaman tersebut yang mengerti merasai menjiwai apa yang kita katakan padanya. For sure, berbaloi berborak dengan mereka yang seangkatan.
Memandangkan mamat ini amat aku minati, aku 'hadiah' kan satu lagi lagu diruangan coretan aku ini. Sekadar abadikan kenangan.
Phil Collin - I wish it would rain down
Namun sekarang ini, hanyalah menjadi kenang kenangan semata. Akan kekal dalam lipatan sejarah perjalanan kehidupan ku. Selingkar kenangan 'manis' yang akan aku ingati sesegar seolah baru sahaja berlalu.
No comments:
Post a Comment