Saturday, May 18, 2024

Kejutan Raya

11 MAY 2024, 21:41


Kejutan Raya


Aku tidak menjangkakan apatah lagi mengharapkan sesuatu dan dari sesiapapun jua sempena 'sambutan' raya pada tahun ini. Fokus adalah lebih terarah kepada persiapan ramadhan dan raya sebolehnya sama seperti tahun lalu atau lebih baik lagi dari apa yang telah selamanya aku persiapkan buat keluarga. Harapan dan apa yang hakikatnya berlaku adalah dua hal yang jarang benar menepati serapatnya. Ianya amat ketara pada tahun ini.

Something special inside it...I know


Tatkala  aku  jangkakan, kalau ikut perancangan, tahun ini harus meriah tapi malangnya suatu hal yang terlalu menyedihkan diri menimpa diri. Aku cuba melawan takdir yang menimpa, initially. Sebagai seorang Islam dan dugaan 'besar' ini haruslah aku terima penuh sabar biarpun bersedih yang teramat. Segala perancangan awal aku hilang begitu sahaja. Apa yang aku angankan agar menjadi kenangan 'manis' dalam perjalanan diri menuju akhir hayat rupanya seolah sedang bermimpi. 


Apapun aku harus move-on sebaik tibanya masa persaraan aku. Manakala impian dan harapan mengiringinya bertukar kepada sesuatu yang tidak terlintas difikiran. Memang memilukan.  


Tahun ini, sambutan Ramadhan dan persiapan Raya, biarpun tiada banyak yang berubah tapi ketara 'kesederhanaan' yang dipamirkan. Aku tidak bekerja lagi. Setiap hari sebermulanya 02/02/2024 bergerak begitu berlainan dari sebelumnya. Tiada terburu bergegas hendak ketempat kerja. Seusai bangun sedayanya aku cuba 'imitate' apa yang selalunya pesara 'kerajaan' lakukan sepertimana yang aku pernah lihat masa dikampong. Pola kehidupan seharian mereka sememangnya hampir sama biar berlainan tempat. Seolah 'universal' kelakuan gelagat buat mereka yang dipenghujung usia.


Tentunya akupun turut terpengaruh berkeadaan sebegini. Tiada janggalnya perlakuan yang tetiba berubah lepas bersara. Hari hari seterusnya, aku jalanilah sebagaimana seharusnya aku lakukan. Bercermat dalam berbelanja, bersegera mendatangi 'masjid' kedengaran azan dikumandangkan. Dalam masa yang sama aku lakukan apa yang ingin dan aku mahukan berangan sebelum menamati alam 'pekerjaan' makan gaji. Banyak yang aku 'longing'@sangat ingin hendak laku laksanakan. Antara sempat dengan tidaknya sahaja.


Antara minat aku dan kalau hendak dikatakan 'hobi' mungkin jugalah, adalah 'menulis' kisah peribadi. Semacam ada yang janggal andai seharipun tidak mencoret sesuatu. Hendak dikira terlalu 'obsess', tidaklah lagi sampai ke tahap itu tapi bunga bunganya dah nampak. Disamping itu juga aku turut pergiat dan perhebatkan lagi pembelajaran kendiri akan 'bahasa arab'. Memandangkan banyaknya masa tersedia, aku tidak lepaskan kesempatan untuk memastikan diri benar benar 'mantap' akan penguasaan bahasa arab al-quran agar pembacaan pemahaman al-quran aku ditahap yang 'sesuai' buat diri. Aku tidaklah anggap yang kedudukan aku dah 'advance level', berada ditahap intermediate pun sudah dikira satu pencapaian besar. Bila jarang berdampingan, dirasakan seolah masih diperingkat beginner. Terkial kial mengingatkan konsep dan kekadang yang paling asaspun boleh kelupaan.


Juganya minat aku kepada 'lagu' sejak zaman bebudak lagi macam tidak boleh hendak pisahkan. Suka dengar lelagu 60-an, biarpun dilahirkan pada 1964, yang mendayu sedihnya berselindung disebalik petikan gitar berirama yang rancak. Begitu jugalah bila di era 80-an, hampir semua genre lagu aku layan. Dari Rock Kapak, Dangdut, Pop Ballad, RnB juga lagu 'rapper' dipertengahan 90-an ketikanya aku melangkah masuk 'gerbang' perkahwinan pula. Lagu baru lepas millinium kurang aku beri perhatian. Sudah tidak sama zaman 'remaja' lagi. Aku sudah beralih ke alam berumahtangga perlukan komitmen yang lebih. Masa untuk 'hu ha hu ha' dah berakhir. Keinginan untuk mempelajari satu instrumen musik sampai sekarang ini masih belum bermula apatah lagi tercapai. Sukanya aku mendengar 'bunyi' bass guitar dalam setiap lagu. Lagi menonjol bunyinya maka makin aku gemari lagu tersebut. Keinginan makin teruja bilamana aku perdengarkan kembali lagu tahun 80-an yang kuat 'element' bassnya. Funky and groovy music yang didengari seolah memaksa aku untuk turut terlibat sama. Akan aku 'beli' satu bass guitar nanti sebagai sebahagian aktiviti 'harian' aku as to parsing time till you die. Ha ha ha...


Tidak kusangkakan pada pagi raya kali ini, anak aku yang nombor dua menghulurkan 'sampul' angpow lepas bersalaman dipagi yang mulia. Terkejut aku dibuatnya. Ucapan terima kasih mengiringi dan harapkan yang dirinya tabah hadapi rintangan masa hadapan. Kebiasaan sampul raya, tapi dia gunakan 'angpow' packet pula. Alasannya, cuma ada itu sahaja sampul 'wang' yang disimpan. Siap bertulis takut tertukar dengan 'pemberian' untuk adik adiknya. Bersyukur aku atas pemberiannya itu. Aku tidak bersangka apa-apa, cuma ianya 'simbolik' kenangi jasa aku agaknya. Mungkin juga sudah tiba masanya untuk dia sebagai anak kedua membuktikan dirinya sudah sedia memikul tanggungjawab keluarga. 


Terasa diri sudah semakin tua menyampai kepenghujungnya. Aku tidak terus membuka sampulnya tapi menyimpannya di side-table didalam bilik. Berhasrat bercadang akan membukanya penuh debar pada penghujung 'syawal' nanti. Aku menghitung hari berdebar menunggu. Apa yang terselindung didalamnya. Adakah ianya berisi 'wang' and off course-lah duit raya. Berapa jumlahnya atau apakah yang berada didalamnya akan aku ketahui pada hari yang aku tetapkan iaitu hari ke 30 Syawal 1445H.


27 Syawal bersamaan hari Isnin 06 May 2024. Kira bodoh atau kira mudahnya hari terakhir Syawal tentulah pada Khamis 09 May 2024. So I'm waiting for the day to come-lah. 

27 Syawal on 06/5/24




Amacam boleh 1Syawal nie

2 Zulkaidah @ 10/5/24

Syawal 1445H, 29 hari je..


Malangnya pada pagi Khamis itu sebagai pembuktian, aku telah screenshot smartphone aku, muncullah 01 Syawal 1445H. Garu kepala aku seketika. Amacam boleh berpatah balik. Hilang akal ke hendak raya lagi. Kenapa begini jadinya. System 'crash' sampai dah naik biol. Kalau ikutkan kebiasaan, Malaysia ni jarang genap 30 hari berpuasa. Madang sahaja terkurang sehari. Terkurangpun bersebab. Kat Arab, orang tengok anak bulan Ramadhan betul betul pada petang 29 Syaaban selepas didakwanya anak bulan kelihatan jelas melihat . Tapi kita di Malaysia, tarikh melihat anak bulan Ramadhan telah ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Raja Raja adalah pada petang Ahad 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445H(ikut tarikh arab tahun sebelumnya) tapi jarang benar terlihatkan. Selisih masa antara Malaysia dengan Arab ni dalam 5 jam. Kalau 10 pagi, kita, mereka pula baru 5:00am. Bermaksud kita awal dari mereka. Kebiasaannya kalendar kita-lah yang akan kelam kabut berselisih 'satu' hari untuk Ramadhan dan juga Raya. Kalendar orang Nasrani apa ada kena mengena. Memang tidak berubah. Saban tahun memang perkara yang sama berlaku.

Rujuk...sebagai percambahan minda.

Muslims to look out for Ramadan crescent

https://www.arabnews.com/node/2473406/saudi-arabia


                                         Tan Sri Syed Daniel Syed Ahmad...umumkan puasa

  

                                                Raya kita...
                                     

Mungkinkah sampai bila bilapun akan begitu. Aku ada perhati aje...

No comments: