23 MAY 2024, 17:01
Makin menyenja... 'bahaya' menjadi tua
Semalam aku ikuti kuliah Maghrib Malam Rabu bimbingan Ustaz Abdul Rahman yang memberi kuliah agama berpandukan 'Riyadus Salihin' karangan Imam Nawawi. Selalunya kehadiran aku sekadar mendengar kuliah Maghrib menunggui Isyak. Pernah berhasratkan untuk mendapat membeli kitab yang digunapakai oleh ustaz dan makmum khariah aku ini @ pelajar membawa buku tebal karangang Imam Nawawi. Aku juga pernah surf di shopee akan kitab hadis yang aku perkatakan ini dijual. Harga cuma RM65.00 sebuah. Ada juga yang berbeza harga dan berbeza warna kulit kitab yang diperagakan. Ada juga yang pakai jilid. Ada jilid 1, jilid 2 dan jilid 3 yang lebih detail mengulas akan setiap hadis yang diperkatakan. Bukan setakat terhenti disini sahaja malah aku ke Peringgit kunjungi kedai Salleh Mohammad yang khusus menjual peralatan haji serta buku agama. Lagi pening memilih. Takut tidak sama yang digunakan di Masjid Raudhatuljannah. So, aku tangguhkan dahulu buat sementara waktu.
Hajat hendak mendapatkan sebuah beberapa minggu sebelum kedatangan Ramadhan 1445H diluar 'radar' pembelian kerana sibuk menyiapkan diri berpuasa. Tapi, keinginan datang semula dan melonjak bila pada malam semalam, malam Rabu, malam dimana aku hadir mendengar kuliahnya. Beliau menyuruh membuka halaman '508' dan membacakan sepotong hadis. Dipermulaan kuliahnya dia mengingatkan agar sering dan senantiasa berzikir mengingatkanNya diwaktu pagi dan juga diwaktu petang. Mengajak juga makmum yang hadir mengikutnya membaca zikir yang 'ringan' tapi besar pahalanya. Perlu dilazimkan membaca sekurang kurangnya 100X selepas Subuh dan 100X lagi selepas Asar mengingatkan. Setelah mengajak mengulang mengikuti lafaz yang dipimpinnya sebanyak 2X, dia membuat huraian yang bermakna untuk semua yang hadir mendengar memahami lebih jelas dan seterusnya mempraktikkan dalam kehidupan.
Kulit bukunya...banyak versi |
In between dalam sejam kuliahnya itu, maka banyaklah zikir zikir yang dibaca dan diajak bersama membacanya agak ianya 'sinked' dalam pemikiran kita. Lain orang lain penerimaannya. Ada yang mudah faham. Ada yang sukar dan perlu mengulangbaca selalu. Aku lebih kearah golongan kedua iaitu perlu kerap mengulang membaca sehingga benar benar faham. Beruntunglah buat mereka yang 'briliant'. Sekali ajar, sekali maklumkan sahaja sudah faham. Aku untuk kekal attentive memang merasa amat sukar. Setakat duduk mendengar semata mana mungkin mampu untuk aku mengingat semua yang disampaikan. Memang aku sedikit 'old school' akan bab menuntut 'ilmu'. Banyak kali dan oleh 'ramai' arabic instructor di youtube menganjurkan agar kita membuat catatan dan sesuai unjuran perintah dari Allah swt, 'allamal bil qalam' dalam surah Al-Alaq.
Dalam kuliahnya pada minggu ini ada something yang amat deep telahannya. Dia menyatakan umur panjang semata tapi tidak memberi manfaat adalah sesuatu yang sia sia. Tidak mengetahui kenapa diri masih kekal hidup. Lebih mengharukan sudahlah hidup hayatnya panjang tapi menyusahkan orang lain. Biarpun ada anak yang mungkin boleh menjagai dirinya tapi apalah ertinya bila sendiri tidak mampu urusi keperluan diri. Segalanya perlu dibantu disebabkan tidak lagi kuat berdaya dan tentunya situation is going from bad to worst jika bertahun in bedridden. Dipenghujung huraiannya dia ungkapkan, Nauzubillah min zalik memohon semua yang ada fikirkan dalam dalam dan renungkanlah jauh jauh. Kat mana kedudukan 'semasa' kita.
Dalam tempohmasa terdekat ini, aku akan segera mendapatkan kitab 'Riyadus Salihin' nukilan Imam Nawawi yang digunapakai di masjid khariah aku. Tak perlulah hendak bertangguhkan lagi. At least, for the time being, dapatlah aku menatapi buku ini dan laksanakan apa yang patut dan perlu aku lakukan. Biarpun aku agak ketinggalan sedangkan mereka yang telah lagi lama mengikuti 'kuliah' ustaz Abdul Rahman ini dari awal halaman sehinggalah kini mungkin sudah jangkau setahun mahupun lebih, maklumat yang terkandung didalamnya bukanlah sudah 'basi' kerana segala hadis yang dibaca dihuraikannya adalah bermanfaat kepada semua kita.
Bagi yang kerap dan rajin membuka menelaah apatah lagi yang mengikuti pelbagai 'kuliah' hadis di banyak masjid berpandukan himpunan hadis yang dibukukan oleh 'perawi' ternama pastinya akan lebih kejap diingati. Aku yang bolehlah dianggap 'new-bie' biarpun dah melepasi 60 tahun tidak harus malu memulakan. Mencari ilmu adalah proses yang berterusan selagi hayat dikandung badan. Rasanya, banyak dah didengari akan ungkapan pasal mencari ilmu ini. Unjuran nabi saw misalnya dalam hadis, 'Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China'. Tidak janggal didengari. Aku sendiripun kerap mendengari cumanya aku tidaklah sampai berpeluang mengira jumlahnya akan ungkapan ini. Umumnya sudah banyak kali.
Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment