Jangan suka bertangguh
Aku baru menghabiskan bacaan 'santai' motivasi dari penulis Sahrulazmi Sidek dalam bukunya bertajuk 'Yang Pelik Lagi Hairan' di bab ke-13, 'Di Depan Tetapi Bukan Menjadi Imam'. Dalam maksud tu. Membaca coretan yang dihasilkannya tentulah berdasarkan akan apa yang dia rasai dan alami. Pengalaman yang beliau miliki dan digarap sepertimana yang terzahirkan dalam bukunya tentulah dari pandangan sepihaknya.
Aku tiada sebab hendak pertikai dan menyoal selidik betul salahnya atau begitukah tindakan yang dilakukan orang sepertimana direkodkan. Aku hormati keupayaan penulis ini kerana 'berani' menyimpulkan apa yang dipandang direnunginya biarpun diri yang masih muda, dilahirkan pada 04 March 1976, dan banyak lagi tempuhan dugaan yang kena hadap disepanjang hayat hidupnya. Tajam penakulan dan berani pula mengajak pembacanya berfikir sejenak memahami pengertian kehidupan, memenuhi tuntutan serta peraturannya agar dipenghujung hayat nanti tidak menyesal.
Aku memang 'admire' kepada sesiapa sahaja yang mampu berbuat sesuatu kearah kebaikan bersama apatah lagi giat berusaha membangunkan ummah. Persoalan yang diajukannya walaupun sudah biasa didengari tapi cara dia mengangkatnya 'questioning' aku agak padu. Malu aku dibuatnya. Hadis Rasulullah berkenaan orang yang paling baik dikalangan kamu adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain. Olahan ayatnya itu benar benar tepat menusuk kepangkal hati.
Tak sangka aku dalam usia yang kian lanjut sekarang ini, terdapatnya 'ingatan' bernilai yang tersorok terpelosok tersimpan. Lama sudah aku beli buku 'Yang pelik lagi Hairan...hendak RM1 atau RM27?'. Buku yang aku beli ini pada tarikh 11/08/2008 semasa hadir berkursus, 'AEON COC Training Pt. 2' di Aeon Maluri menerawangkan minda aku ketika 'lunch break' di kedai buku dalam premise. Buku cetakan pertama 2008 dan dari penulis 'muda' berusia 32 tahun(dob-1976) bukan setakat menampar melempang malah kalau boleh dianalogy-kan ke tahap melampau , 'kena lanyak lunyai' akan aku. Subtle sungguh akan maksud tajuk bukunya itu. Impliedly merujuk kepada 'pahala' sembahyang berjemaah tu. Pandai dia mengolah cerita yang bersifat motivasi kepada pembaca.
Sebagai renungan buat diri dan dari pembacaan aku setakat yang aku 'kekal' ingat dalam konteks kisah yang ditimbulkannya adalah keadaan orang yang ingkar arahan dan perintah bilamana datangnya hari kiamat yang digelarkan kafir. Bukankah kecoh baru baru ini agar tidak 'mengkomersilkan' perkataan 'kafir' yang ditunaskan oleh seorang 'figura' tempatan yang mendapat 'centerstage'. Dalam surah al-naba'(78) dipenghujung ayat ke-40.
Sebolehnya agar diri ini mendapat khusnul-khatimah dan bukannya su'ul-khatimah mengakhiri 'ajal'.
Harapan aku agar ramailah yang mendapat manfaat dari hasil nukilannya ini.
No comments:
Post a Comment