Dilemma dalam menyokong membantu peniaga kecil kecilan
Kerap sangat aku mengalah dan bersabar dengan apa yang aku 'beli' dari orang kita yang berniaga tapi tidak menepati 'citarasa' dan standard associated to that product. Entah mengapa juga yang aku tidak pernah serik dari terus membantu 'membeli' walaupun pengalaman yang dilalui sebelum ini agak mengecewakan semacam 'serik' hendak membeli lagi.
Bukanlah aku pertikaikan 'semangat' niaga yang mungkin baru berputik dikalangan orang kita tapi bilamana barangan yang ditawarkan tidak semenggah mana pastinya berdebar takutnya 'indah khabar dari rupa'. Tidak terkecualilah juga dengan peniaga yang telah sekian lama berniaga tapi masih tidak pertingkatkan kualiti barangan jualan mereka. Aku tidak mahu perkatakan sebab musabab dari 'point-of-view' peniaga tapi aku cuma melihatnya dari perspektif aku sebagai pembeli.
Biarpun senantiasa tidak memuaskan hati namum aku tetap dan terus menyokong mereka selagi termampu. Kekadang semacam ada 'phobia' pula. Perkara ini bukan sekarang baru aku ketahui tapi sejak dahulu lagi. Seolah tiada usaha untuk pertingkat perbaiki mutu barangan jualan mereka. Tidak hiraukan langsung. Mungkin mereka berpandangan, rezeki aku sebanyak ni sahaja. Bertabahlah walaupun usaha yang dicurah tidak 'berbaloi' dengan hasil yang diperolehi.
Baru baru ini, Selasa 07/5/2024, ke pasar besar MBMB. Sering terpandangkan peniaga memperagakan barangan jualan di kiri dan kanan laluan didalam premise. Pelbagai makanan samada yang boleh terus dimakan atau yang perlu dimasak kemudiannya tersedia untuk dipilih. Makcik dan pakcik yang berniaga yang sebaya usia dengan aku, kekadang yang lebih muda menegur melawa menarik perhatian suruh berhenti seketika digerai jualan memasing. Macam macam ada. Kuih yang jarang dimakanpun turut dimaklumkan secara rambang agar ada yang tergerak hati untuk singgah membeli. Kuih bingka pulut, kuih bakar, kuih untuk bersarapan pagi lainnya sampaikan jering rebus pun ada tersedia untuk dipilih.
Tapai ubi ni...terbukti 'sedap' |
Ni betul niaga punya orang |
Macam aku cakapkan tadi, phobia dan sceptical. Aku begitu meragui akan kualiti barangan jualan mereka biarpun keinginan membantu niaga orang sebangsa aku, masih menebal dan utuh. Tidak sampai hati pula tapi 'mereka' yang berjualan boleh sampai hatinya menjual produk yang sub-standard, asal boleh sahaja. Mereka ini tidak rasakah dahulu, sedap tidaknya sebelum beria-ia memberitahu meyakinkan kepada pembeli. Membohongi adalah sikap yang tidak harus kita amalkan.
Cubalah ber-etika dalam berniaga. Percayalah, makin ramai yang akan menyokong membantu perniagaan anda. Kalangan yang datang berkunjung ketempat niaga adalah yang ditakdirkan. Mereka adalah dari pelbagai walk of life tapi punyai niat yang murni hendak membantu. Tidak mustahil dikalangan mereka ada yang berilmu lebih mengetahui dan 'warak' sahsiah diri dan tentunya akan mendoakan agar orang sebangsa yang berniaga ini terus maju perniagaannya. Diberkati dan dapat pahala sekiranya jujur beramanah berniaga.
Apa yang aku alami sendiri berdepan dengan permasalahan orang kita yang berniaga kecil kecilan bersifat 'sementara' atau moonlighting cuma yang pada unjuran aku boleh berdaya maju tapi buat sembarangan sahaja memberi 'image' buruk kepada mereka yang betul betul maju ceburinya sepenuh masa. Tidak dapat aku bayangkan betapa semakin sukarnya mereka yang mahu menjadikan 'perniagaan' sebagai sumber kewangan utama untuk memecah persepsi sedemikian terhadap mereka.
Moga ketabahan dan kecekalan dan mohonan doa kepada Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui sesuatu dan segalanya untuk mengurniakan 'rezeki' yang halalan taiyibah terhadapnya.
No comments:
Post a Comment