Thursday, August 29, 2024

Tanda Ingatan

Tanda ingatan

Semalam ada satu artikel yang melintasi di fyp dari pengendali media digital dan amat menarik rasanya untuk dibaca. Aku cuma sempat membaca poin penting dan scroll down ke hal lain. Anak mencacah nama ibu dilengan sebagai kenangan buat ibunya. Untuk lebih jelas memahamkan, aku tag balik 'cacah nama ibu' di google search sebelum aku meneruskan coretan.


laporan lanjutan setelah berlakunya kejadian pada Jumaat, 23/8/2024

Rujuk artikel cacah+nama+ibu bagi mendapatkan maklumat penuh.


                                                      Insiden gemparkan se-Malaya

Aku melemparkan pandangan keluar seketika diberandah pagi ini sambil cuba merenungi peristiwa yang menjadi kegemparan dan mendapat liputan serta merta. Menariknya terdapat video menunjukkan saat berlakunya kejadian itu. Jelas didepan mata dan seolah tidak percaya hal ini boleh berlaku.


Siapa sangka dan tiada seorangpun yang boleh menduga yang 'ajal'-nya adalah dilokasi kejadian. Memang kita sendiripun tidak mengetahui bila, dimana dan bagaimanakah kita akan dimatikan. Namun kita akui yang kematian pasti akan tiba harinya. Tiada cepat atau lewat biarpun sesaat jua. Ini adalah ketentuan dariNya.


Bukan aku hendak pertikaikan tapi cumanya amat berasa hairan akan kejadian yang berlaku ini. Kisah riwayat ibu dari negara India ini bernama Vijayaletchumy berusia 48 sepertimana dilaporkan mungkin telah berakhir 5 hari yang lalu. Aku pula yang resah semacam. Hidup lawannya mati. Ini semua orang sedia maklum. Malangnya skrip penghujung hayatnya tidak terlepas dari pemerhatian. Sepatut seharusnya lebih hiraukan perjalanan kehidupan diri sendiri. Belum tentu pengakhiran hidup kita sepertimana yang kita harapkan dan tidak mustahil 'asbab' kematian kita mungkin lagi dahsyat tidak tersangkakan. Ini tidak, asyik sangat membelek belek, menyelak dan menyingkap skrip kehidupan orang. Apa..., awak tiada kerja lain ke nak buat. 


Rasanya mungkin terlebih amat meminati pembacaan 'autobiography' sehingga terbawa bawa dalam menempuhi kehidupan sendiri. Skrip kehidupan yang didokumenkan oleh penulis itu sendiri biarpun ada tokok tambah penceritaan mengikut pandangan diri sendiri memadai untuk merasai kisah yang terjadi disepanjang timeline-nya. Angkara terlalu obsess, aku mudah sangat untuk ingin mengetahui detik detik yang melingkari kehidupan mangsa biarpun sekadar kisah picisan yang tiada sangkut paut sekalipun. Variasi kisah dan anekdot dari mereka yang mengenali mangsa adalah asam garam kehidupan dirinya.


Namun bila melihat wajah mangsa yang datangnya dari India ini serta penampilan anaknya, M. Surya, yang dilaporkan baru berusia 25 tahun seperti tidak harmoni. Aku amat 'particular' akan beberapa hal yang aku mahu ketahui. Tidak tahulah aku akan corak kehidupan di negara luar amnya serta yang di India khususnya. Bagi akulah biarlah 'reader' dapatkan informasi terkini akan pencarian mangsa dari sumber berita yang tepat lagi established. Aku cuma meluahkan kehairanan aku akan 'keberuntungan' mereka sekeluarga yang mampu melancong dan memilih Malaysia sebagai antara destinasi pilihan. Pelik penampakannya yang mana anaknya yang dikatakan berusia 25 tahun telah merantau melihat negara orang tapi kalau ikut pengalaman aku sendirilah dia mungkin di awal 30-an atau pertengahan 30-an. Muka satu satu macam orang 'teruk' bekerja.  Kalau begitu, tentulah penghidupan yang dijalani mereka adalah amat baik disana. Ekonomi keluarga kukuh sehinggakan mampu bersiar siar sampai ke luar negara. Bukan satu tempat sahaja tapi pelbagai negara disinggah dilawatinya. 


Aku menganggapkan yang mereka sekeluarga bukanlah calang calang orang. Orang ada ada ooo. Namun ajal maut bukanlah hak kita menentukan. Anaknya, juga kerabat yang turut serta melancong tentunya tidak menduga akan peristiwa 'tragis' boleh meranapkan keseronokan mereka bercuti ke luar negara. Manakala bagi simangsa, pada firasat aku, tidak pernah tersangkakan yang ajalnya akan berakhir di Malaysia dan lebih memilukan dihanyutkan oleh arus deras dalam kejadian 'sink-hole' di hadapan jalan Masjid India berhampiran Selangor Mansion.


Tapi aku tabik kepada 'Harian Metro' yang dare to be different dengan mengangkat elemen terkilan dalam laporan 'follow-up' mereka. Lapor mereka dalam keluaran Ogos 27 memuatkan akan hal tatu nama ibu tercinta oleh si M. Surya ketika bersendirian atau mungkin juga bersama 'couple' di Thailand. Penceritaan yang cuba menarik simpati pembaca akan ketidaksampaian 'hajat' menunjukkan 'tatu' di lengan kirinya punyai nilai berita yang bagus dalam hal kemanusiaan.


Aku tidak menyalahkan si M. Surya yang mengabadikan nama ibu tercintanya dilengan. Mungkin itulah cara mereka menunjukkan kasih dan sayang yang teramat kepada sang ibu. Berlainan dengan kita. Perbanyakkan usaha mengembirakan mereka ketika dihari tua dan sekiranya sudah meninggal maka harus pula kerap berdoa akan kelapangan di akhirat sana. Itu cara mereka maka biarkanlah begitu.


Pelaporan amat teliti dengan memaklumkan yang Mat Surya ini ada menghubungi ibunya sekitar 1:30 pagi pada hari kejadian iaitu pagi Jumaat lagi. Dikhabarkan yang ibunya itu tidak sabar sabar mahu melihat hasil kerja artis di Thailand sana tu membuat 'tatu' dilengan anak yang pastinya disayangi sepenuh hati. Dimaklumkan juga pada pagi yang sama mungkin selepas bangun dari tidur atau setelah bersarapan mungkin yang si-ibu ada membuat panggilan balas. Malangnya dia tidak 'angkat' atau jawab panggilan disebabkan bateri phone-nya 'kong'. Masa ni pulak smartphone buat hal. Maksudnya tiada kesempatan untuknya berhubungan dengan ibunya yang 'eager' benar mahu melihat 'tatu' namanya.


Mana hendak kita tahu, keterujaan sesama tetiba diragut oleh kejadian yang tidak sesiapapun inginkan. Namun ianya tetap terjadi. Begitulah ketetapan Allah swt. Kalau Ianya mahukan sesuatu untuk berlaku maka atas kehendak Iradatnya lah ianya akan berlaku. Kita yang masih bernyawa harus memikirkan 'kejadian' ini dengan penuh bertanggungjawab. Semoga hal yang berlaku ini menjadi ikhtibar buat semua kita agar insafi diri selagi hayat dikandung badan.


Setiap kejadian yang berlaku adalah untuk direnungi. Apa yang pasti kitalah hambaNya dan tidak patut membangga membongkak berjalan atas dunia ciptaanNya.


Mohon sesangat agar diri dijauhkan dari petaka yang menyedih memilukan seperti ini. Berdebar menunggu giliran untuk dipanggil pulang. Kita tidak mungkin tahu akan cara manakah yang telah dikhaskan untuk kita.

No comments: