06 AUGUST 2024, 21:24
Aku insan yang lemah
Jujur katalah, aku memang mudah terpengaruh, lebih lebih lagilah tentang apa yang aku minati. Tidak perlu bersusah payah dan berterih terih mencuba, kekadang aku sendiri yang pergi mencarinya. Orang orang yang dibidang pemasaran memang cukup suka dengan orang jenis macam aku ini. Mudah nau melorot sahaja membeli. Dapat dapat lagilah harga yang dicanangkan itu adalah lebih murah dari kebiasaannya.
Aku sejak seminggu lalu mulai intai intai barangan yang menjadi 'perhatian' aku di shoppe. Acer chromebook aku macam dah nak bermasalah. Makin lama screen makin mengecil. Dari timbulnya beberapa garisan halus selari melintang disebelah bawah, kemudian disebelah kanan bahagian bawah telah kelihatan kabur dan makin membesar seolah memberi isyarat yang hayatnya akan berakhir. Aku adalah meminta 'technician' dalam rumah untuk tolong check dan sekaligus repair apa yang patut sebelum ini. Tapi selesai menulis dan uploadkan karya aku di personal blog pada Sabtu malam Ahad tetiba dalam sekelipan sahaja 'total' blackout terjadi pada screen chromebook Acer aku tu. Mungkin rasanya battery dah low, bersangka baik sajalah, aku cecepat pergi 'charge'.
Keesokkan harinya iaitu Ahad, aku cubalah on-kan tapi tiada apa apa perubahan. Terus gelap gulita dan pastinya ianya 'in deep trouble'. Selesai bersarapan, akupun unjukkan kepada anak aku yang berkebolehan perbaiki gadget electronik untuk check apa yang patut. Dia tidak banyak cakap dan berjanji untuk periksa segala aspeks berkemungkinan. Dia sudah belajar bab multimedia akan pengoperasian dan baikpulih so biarlah dia buat troubleshot ikut caranya. Setelah diangkutnya masuk kebilik merangkap bilik repair perkakas barangan elektronik, aku pula dalam keadaan gelisah. Selalunya aku akan rotate penggunaan Samsung Tablet dengan Acer chromebook bersantai menulis from time to time di ruang porch. Kini aku cuma ada satu gadget peneman berkarya.
Kekerapan aku mengintai intai Shoppe mungkin telah dipantau remotely oleh pihak pengurusan Shoppe. Notification kerap 'pop-up' discreen smartphone aku. Seminggu dua kebelakang aku asyik tengok refurbished laptop dan foldable bluetooth keyboard. Harga yang diperhatikan ketika itu sekitar RM80 ke RM185. Foldable keyboard hampir sama kesemuanya tapi harga pula yang berbeza. Mahu juga aku memilikinya kalau harganya sesuai dengan budget aku, bersendirian bermonologue. Dalam pada aku melayan fb dan tik tok dengan scroll satu per satu, tetiba muncul pula 'notification' pasal benda Allah yang aku ingini ini. Gatal jer aku tekan notification bilamana harga yang di-highlight-kan tertera RM39.00 sahaja.
Terus masuk order |
Message dari Syafiq |
Notifikasi dari Shoppe |
Tanpa berfikir fikir lagi apatah lagi berfikir panjang, terus aku buat order. Itu jam juga. Aku buat pilihan pembayaran secara COD, maknanya bayar bila terima. Gedebak gedebuk, kos keseluruhan kena bayar adalah RM44.19. Tunggu budak delivery hantar depan rumah dan menurut pengendalinya paling lewat adalah pada 08/08. Ahad order, lewat lewat sampai pada Khamis. Maknanya dalam 4 hari sahaja sudah boleh guna. Wow, cepatnya.
Buat sementara waktu ini berkaryalah aku sejak Ahad guna Samsung Tablet 2016, model lama la. Kelemahannya 'due to wear and tear' pun ambil separuh hari untuk fully charged. Itu yang leceh tu. Apa kerja hendak tunggu begitu lama. Mungkin akan berganti kepada yang 'berkuasa' tinggi dan bateri boleh bertahan lebih dari 10 jam. Harap tercapai.
Pagi ini ketika tengah sarap 'lontong' yang dibeli oleh orang rumah di Duyong sambil layan phone, notification dari Shoppe muncul dan cecepatlah aku tekan yang memangnya tunggui aku untuk tekan notification yang diprogramkan untuk kekal beberapa second discreen sebelum menghilang. Dimaklumkanlah yang 'parcel' telah keluar untuk delivery pada hari ini. Okaylah tu...mungkin esok ataupun lusa akan sampai kepangkuan. Tapi tidak begitu. Sekitar menjelang Maghrib hari ini, aku menerima panggilan juga whatapps dari En. Shafiq yang sudah terrpacak didepan rumah. Segeralah aku suruh Yusree pergi bayarkan. Wow, tidak sangka aku. Dah sampai.
Segeralah aku bukan parcel dan tidak sabar sabar mahu saksikan adakah sama seperti yang diiklankan. Ternyata apa yang dikatakan dan apa yang rasakan adalah sama yang mereka 'claim' itu. Service dan cepat sampainya amat aku kagumi. Atau mungkinkah juga kurangnya pembelian di online sekarang disebabkan minat membeli berkurangan atau apa yang berlaku sebenarnya dalam masyarakat kita kini. Berjimat tentulah semua kita berusaha berikhtiar agar tidak terbeban sebelum datangnya hari gaji seterusnya. Aku pula main langgar sahaja. Orang sudah tidak bekerja dan gaya hidup kenalah sesuaikan selari dengan corak penghidupan orang yang tidak lagi bekerja makan gaji. Aku perlu sedar, kalau bukitpun bila ditarah hari hari akan rata juga akhirnya. Jangan bimbang, bro. Aku orangnya yang sedar diri. Prudent spending jadi 'slogan' dalam berbejanja aku.
So, bagi mendapatkan feel dan pengalaman sejurus selepas aku charge koleksi bluetooth keyboard terbaru bercirikan boleh lipat amat mengujakan diri, aku gunapakainya sekarang. Rasa kelaianan dan nampak macam bagus sahaja. Praktikal dan bila dilipat cuma sebesar fliphone Samsung lagaknya.
Asal tujuannya aku mengintai intai foldable keyboard ini adalah untuk aku gunakan dengan Samsung Tablet. Berangan hendak juga aku 'experience' penggunaannya diluar dari lokasi rumah. Niat utama adalah untuk aku berkarya di Perpustakaan Awam Melaka di Bukit Baru bila berkesempatan. Moga hajat aku ini akan tercapai.
Ni budaknya... |
Apapun terbaik lah 'mereka' yang agak professional dalam mengambil duit dari kocek golongan pembeli. Tambahan pula dengan kecanggihan sistem pengedaran dan cekapnya sistem pembayaran dan terhindar dari segala aspeks terutamanya 'scamming', membolehkan pembelian/penjualan dalam talian akan lebih terjamin serta berkembang pesat dan menguntungkan semua pihak. Harap harapnya harga janganlah dimanipulasi dengan pelbagai 'kos' tersembunyi yang jelasnya akan merencatkan ekonomi semua pihak.
Aku bagi 'double' tanda bagus dalam perkara ini...terbaik.
No comments:
Post a Comment