04 AUGUST 2024, 13:43
Lebat hujan pagi minggu ini...
Sejak bangkit awal Suboh @ 5:00pagi, gerimis baru bermula. Agak kedinginan dengan sunyi sekitaran jelas terasa. Aku bangkit seperti biasa yang menjadi amalan harian aku sejak tidak bekerja lagi di awal Februari lalu. Namun kebiasaan ini telah aku paksakan kedalam diri lebih awal sebelum bersara sebenarnya. Bangkit awal telah jadi lumrah kepada umat Islam. Tinggal lagi dikalangan kita yang merasakan diri masih lama dan panjang lagi masa kehidupan didunia ini menganggapkan bangun diawal pagi bukan merupakan suatu kemestian. Bangun ikut suka. Bangkit pagi bersebab. Routine bangun awal pagi dek kerana hendak ketempat kerja atau ada keperluan lainnya. Jarang bangkit awal semata mata hendak bersegera ke Masjid berjemaah Suboh. Itu dulu...tanggapan sekarang sudah berbeza.
Teringat terkenangkan masa zaman muda diawal 90-an. Ditimpa hujan diwaktu keluar untuk bekerja bukanlah sesuatu yang dianggap membebankan. Keperluan untuk hadir tepat masa ke tempat kerja menjadi keutamaan. Sesuai dengan keadaannya, ketika aku cuma punyai motosikal sahaja untuk bergerak, baju hujan senantiasa tersedia untuk digunapakai. Bukanlah bermaksud hendak melawan takdir tapi 'persediaan' menyantuni takdir kehujanan perlu direncana sebaik seharusnya. Mengeluh bukanlah reaksi yang patut dipertunjukkan. Tetapi berikhtiar bagaimana 'elak' dari ditimpa bahaya bencana hujan. Rasanya semua kita pada sesuatu detik dalam kehidupan ini pernah dan harus mendepani suasana ini.
Siapa yang tidak pernah ditimpa hujan...bohonglahKetika baru hendak mulai penghidupan bekeluarga dengan serba serbi kekurangan dan dimasa yang sama kena hadapi pelbagai cabaran tentulah amat peritnya terasa. Aku tidak tahulah pasal orang lain. Mungkin ada persamaan atau jauh berbeza dan aku tidak peduli semua ini. Apa yang lebih perlu aku hadapi dan terpaksa cari jalan untuk perbaiki diri maka itulah yang akan aku lakukan. Ehsan dariNya dan mendengar keluh kesah serta permintaan hambaNya yang berjuang mencari 'rezeki' untuk keluarga tanpa jemu akhirnya 'paid-off'. Syukur dan bersyukurlah kepadaNya. Walau tidak seberapa tapi itulah dan sehingga kini, apa yang dinikmati dan dilalui adalah semata rezeki pemberian serta ehsan dariNya yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa keatas sesuatu dan keatas hamba hambaNya. Tidak berbaloi membandingkan dengan orang lain. Rezeki diantara kita tidak akan bersamaan. Semuanya bergantung kepada ehsan dariNya.
Kalaulah aku dahulunya perlu meredah lebatnya hujan untuk ketempat kerja, apa kurangnya dan apa bezanya mereka yang seusia aku untuk keluar bekerja. Cumanya mereka sekarang ini lebih bernasib baik dengan pelbagai kemudahan tersedia. Tahap ekonomi meningkat dengan rata ratanya dan masih awal 20-an sudah punyai kereta. Datang hujan ataupun tidak ketika keluar bekerja bukanlah satu isu besar. Tiada hal lah. Antara rajin dengan tidak sahaja. Kalau niatnya hendak menyara keluarga, percayalah Allah swt akan lindungi perjalanan pergi dan baliknya.
Kekadang kuyup juga bila sampai ke rumah tanpa memakai baju hujan. Biasanya untuk haluan balik dari tempat kerja, biarpun lebat hujan tetap diredah juga. Faktor keselamatan dikesampingkan. Tiadaklah aku cemburui kelebihan bebudak sekarang perolehi berbanding dengan diri aku yang bergelut membina keluarga. Bebudak bujang beruntung sekarang ini. Even kalau bekerja kilang sekalipun, income per month tidak lari dari RM1500.00. Belum lagi kerja lebih masa dan pelbagai insentif kewangan yang bakal diperolehi. Kalau dicampur semuanya tak larilah kalau sebulan boleh bawa pulang dalam RM2000.00 bersih. Duduk dengan keluarga pula.. Apa hendak runsingkan pasal sewa rumah dan belanja makan. Semuanya ditanggung keluarga.
Nikmat diperolehi oleh bebudak sekarang amat tidak terjangkakan. Memang bernasib baik sungguh mereka ini. Namun sikap buruk dan boleh memakan diri tanpa disedari perlahan lahan terpancar kepada umum. Kekentalan mudah rapuh. Bila ditegur dimarahi kerana kerja tidak capai standard, mulalah tarik muka dan buat musuh dengan 'ketua' dan sebar 'aura' negatif pada bebudak lain yang cekal bekerja atas pelbagai tujuan. Golongan Gen-Y ini seolah tidak cukup ketahanan diri segelintirnya terutama yang datang dari keluarga M-40. Dimanjakan dan dipantau dalam segala hal secara keterlaluan membuatkan mereka tidak boleh ditegur. Lebih parah lagi sanggup dilawannya pula seolah dia yang baru kenal 'dunia' sesuka hati meremehkan sahaja teguran arahan oleh ketua yang lebih senior.
Tidak beranilah untuk aku perihalkan perangai bebudak sekarang yang seolah tidak serius hendak bekerja. Mungkin, agaknya, setelah dimarahi keluarga terpaksalah juga keluar mencari kerja demi untuk sara kehidupan sendiri. Tentulah niat awalnya para ibu dan bapa agar dirinya cekal mencari pendapatan sendiri setelah menamati alam persekolahan. Rasanya orang tua sudah nampak 'kesukaran' yang perlu ditempuhi anak anak mereka jika hidup pun buat sambil lewa dan sampai bila harus bergantungan dengan keluarga. Sedangkan orang luar yang reramai memasuki negara, entah siapa yang ajak mereka bertandang, telah lebih dahulu merasai peritnya tiada kerja serta sukarnya mencari wang belanja kehidupan. Terpaksa sanggup menempuh apa sahaja dugaan dinegara yang asing buat mereka. Demi survival keluarga, mereka sanggup hadap.
Akupun punyai tanggapan serupa, tambahan pula kalau kelulusan dan kemahiran tidak seberapa dan tiada 'nilai' tambah, mana mungkin boleh menjawat jawatan yang baik. Kini lagi kecoh dengan kebanjiran pendatang asing berebut kerja di sektor 3D @ Dirty, Difficult and Dangerous. Celik celik mata sahaja hendakkan kerja yang 'bagus' tapi penampilan diri serta kelayakan tidak sebagus mana dan tidak sedar tidak pernah bekerja dan tiadapun pengalaman kerja. Mahu layan sementara waktu menunggu kerja 'pilihan' diterima, dengan bekerja sementara di mana mana tapi terpaksa berebut dengan pendatang yang lebih rela menerima gaji rendah dan bersedia bekerja lebih masa. Tentu sahaja majikan 'mata sepet' lebih menyukai golongan yang bekerja tidak berkira hari dan masa dengan gaji yang relatively rendah. Bersaing dengan orang lain dan lebih lebih lagi pendatang asing yang sememangnya 'dahaga' wang desakan ekonomi yang mencengkam dinegara asal memasing pun mudah koyak dan mengalah serta tidak upaya untuk 'counter', kebimbangan aku untuk 5 ke 10 tahun lagi terrhadap masyarakat terbayang amat mengerunkan.
Mungkinkah diketika itu bidalan lama menjadi nyata....ayam di kepuk mati kelaparan, itik di kolam mati kelemasan. Bukanlah menakutkan cuma mengingatkan bebudak sekarang ini untuk bingkas bangun bertindak sepatut dan seharusnya. Orang orang lama yang berjuang merintis membuka ruang untuk generasi baru bertindak dengan lebih tersusun terancang memartabatkan maruah bangsa. Kami sebagai otai berharap benar agar 'mereka' lebih berdaya saing memakmurkan negara buat keterjaminan hidup pewaris bangsa seterusnya. Kalau boleh selamanya. Nyahkan golongan pendatang dari negara 'nenek moyang' kita yang tidak henti henti mahu memporak perandakan kita 'anak beranak'.
Laungankan slogan 'Tanah Melayu untuk Orang Melayu' ke seluruh pelusuk negara. Biar mereka sedar diri yang negara ini bertuan lagi berdaulat.
No comments:
Post a Comment