Friday, August 2, 2024

Biasa dengar 'anak syurga', ada apa dengan 'ahli syurga'...viral lak

02 AUGUST 2024, 11:34


Biasa dengar 'anak syurga', ada apa dengan 'ahli syurga'...viral lak


Pagi Jumaat ini, aku datang singgah ke KKM ambil ubat lagi termasuklah untuk Sabtu dan Ahad. Kebiasaannya aku perlu 'telan' didepan mereka didalam bilik no. 4, tapi pada kali ini  memandangkan ramai pula patient yang ada didalam bilik dengan pelbagai sebab maka aku skip. Aku berhasrat untuk ambilnya didalam kenderaan yang diparkir di perkarangan letak kereta sahaja. Sekelipan sahaja berubah dan akan mengambilnya didalam bilik sahaja selepas selamat sampai dirumah. Bukannya apa, didalam kereta suasana mulai menghangat dan tambahan pula bila lepas telan ubat tu, kepala akan pula terasa pening pening takut memudaratkan ketika memandu pulang.


Done. Selesai aku telan ubat yang dijangkakan berlarutan selama 9 bulan. Ikut perkiraan sehinggalah berakhirnya Februari 2025. Rawatan lebih intensif menurut kata doktor yang merawat aku dan menjadi keperluan untuk setiap hari hadir ke KKM dan 'makan' obat didepan petugas kesihatan. Cakap banyapun tak guna maka haruslah aku ikutkan sahaja rentak mereka. Selagi mana untuk kebaikan diri aku tentulah aku harus patuhi aturan yang ditetapkan. Namun untuk kali ini semacam ada kelonggaran yang tidak disengajakan. Seolah dapat pelepasan. Cuma tinggal 'Najmi' sahaja yang kendali di bilik no. 4 dan mungkin boleh lebih kurang memandangkan dirinya cuma baru berusia awal 20-an, pangkat anak sahaja maka dia tidakpun membantah. Aku ucapkan terimakasih dan berlalu keluar dari bilik.


Ketika tengah leka layan fb di bangku menunggu didepan bilik no. 4 sedang membaca komen komen spontan netizen pasal digelar 'ahli syurga', nama aku dipanggil. Aku mendongak dan melihat arah datangnya suara memanggil. Rupanya dia, si Najmi tercegat dimuka pintu bilik no. 4. Bangkit longlailah aku menuju masuk. Baru hendak dapat idea penulisan, kacau pula 'mamat' ini. Ikutkan sahajalah kehendaknya.

Screenshot tatkala nama dipanggil...takot terlepas, akan dirujuk baca


Sesampai dirumah setelah selesai mengambil ubat terus aku capai dan buka tablet Samsung untuk menulis di Dairo Journal. Memang banyak isu yang diperkatakan didalam social media. Terpulanglah kepada isu apakah yang lebih menarik perhatian memasing. Bukanlah aku bermaksud yang aku ini bagus sesangat. Of course tentu tidaklah. Cumanya aku terpanggil untuk aku ulas beberapa sudut yang pada firasat aku patut aku ketengahkan. Bukanlah sebagai panduan untuk sesiapa tapi sebagai renungan buat diri yang semakin menghujung usia. Tidak bermaksud mahu berbalah tapi setakat berhujah dari sudut pandangan aku semata. 


Kalau kita renung secara serius bersama akan berita yang diketengahkan oleh pengendali media digital, ternyata banyaknya 'berita' yang tidak pernah terfikirkan oleh kita sebelum ini boleh sahaja sekejapan menjadi 'viral'. Misalnya sehari dua ni, kisah seorang doktor Melayu yang mana, rumahnya didatangi dan dipelawa masuk lelaki asing, bukan seorang tapi dua orang sekali gus oleh 2 'maid' yang digajikannya kedalam rumah ikut suka hati mereka. Tujuannya pula untuk buat 'maksiat' sepertimana yang dilaporkan sendiri oleh doktor muda tersebut. 2 orang lelaki 'Bangla' yang bertamu dirumahnya yang diajak oleh pembantu rumah warga Indon dan Pinay adalah sesuatu yang amat mengejutkan bukan dirinya sahaja malah sesiapapun yang waras fikiran. Bukti CCTV tidak mampu dinafikan oleh mereka yang terlibat. Tepuk dahi aku. Bila hal yang tidak senonoh boleh terjadi dan sekelipan sahaja diketahui khalayak ramai pastinya cepat menjadi polemik. Apa hendak jadi negara aku ini. Sampai bilakah perkara sebegini akan jadi tontonan ramai. Apakah tiada tindakan susulan oleh mereka yang terkait untuk membanteras. Urut dada aku menahan marah. Semua kita terpalit dan paling pasti sesuatu perlu dilakukan.


Tapi aku lebih berminat dan tertarik untuk perkatakan tentang kata-kata pelemah semangat berupa sindiran bilamana mahu berjinak jinak ke Masjid. Sekarang ini bukan boleh cakap tidak tentu. Cepat sahaja akan di viral untuk dinilai masyarakat. Semua dari kita, percaya ataupun tidak, pernah laluinya. Mungkin appoach yang diterima mungkin sedikit berbeza tapi pada dasarnya cuba bersifat 'downgrade' merendah rendahkan orang. Aku ambil sedikit masa membaca berita yang dilaporkan oleh 'M-star' hari ini. Apa sebenarnya yang mahu di-highlight kepada umum. Melalui tajuk berita yang agak 'catchy' tentunya dapat memancing bilangan reader untuk ketahui lebih lanjut.


Rujuk link...pergi-solat-di-masjid-pemuda-disindir-jemaah-ahli-syurga-...tapi tafsiran memasing mungkin berbeza.

Faham...faham...dan memangnya strategi pengendali portal berita dalam mendapatkan viewer tertinggi dikalangan pesaing. Aku bukanlah hendak menghukum sesiapa tapi cara pemakluman yang lebih kepada sepihak bakal menghadirkan pelbagai implikasi. Semua kita punyai interpretasi sendiri. Betul salah dan kecenderungan sepihak tentulah tidak dapat dielakkan. Rata ratanya komen dari netizen menyebelahi kepada pemuda yang upload kisahnya yang konon katanya 'dibuli' oleh orang masjid. Dah lah tu diselarnya sebagai orang terpaling 'ahli syurga'.


Apa yang pasti, pemuda yang dikata diperlekehkan ini berjaya mendapat follower yang ramai. Menyebelahi bersimpati atas apa yang berlaku memanglah begitu didambakan. Namun bilamana gagal mencerna dengan penuh adil ikut konteks peristiwa mungkin akan mendatangkan salah sangka dan 'stigma' ini mungkin akan kekal berpanjangan. Hendak berubah menjadi baik memang banyak cabaran. Kena kental dan tabah hadapi segalanya. Bila cepat patah hati mudah koyak dengan usikan dari 'mereka' yang mengenali tapi dianggap cemuhan oleh empunya diri, maka makin rumit jadinya.


Aku tidak berani mengatakan seorang hardcore 'masjid-goer' ini bermaksud yang bukan bukan. Rasa rasanya sipolan tu tidakpun jauh sangat berbezanya dari segi usia dengan aku. Agak pasti yang pendekatan berguraunya menyambut 'calon' baru yang bakal menjadi regular ke masjid telah disalahertikan. Normal bagi aku yang sebaya, kalaulah aku yang dimaksudkan. Bebudak sekarang, cara dan seni berborak agak berbeza dengan angkatan aku. Bilamana orang dari zaman yang berbeza dan tidak sama 'kepala', apa apa sahaja yang tidak 'gham' mudahnya disalah maksudkan. Tak pasal pasal, orang tua tu menjadi 'kutukan' para netizen. Moralnya, bila berbual dengan bebudak dan begitu jugalah bila bebudak hendak berborak santai dengan orang lama perlu ada ciri ciri yang harus dipatuhi. Cara dan approach mengusik berbeza. Benda yang dianggap normal oleh otai kekadang dikatakan keterlaluan dalam bergurau. Agaknya, sudah tiba masanya perlu ada etika dalam perhubungan dikalangan mereka yang tidak sama grup.


Selingkar kisah yang dipaparkan ini harap jadi pencetus agar kita semua lebih berhati hati berbicara. Mudah sangat untuk disalahertikan dan lebih tidak baiknya bila di-spin memburukkan orang lain demi mencari keuntungan yang sementara sifatnya. 


Kerut dahi memikir cacamarbanya dunia dewasa ini. Haru dibuatnya.




 

No comments: