Tuesday, 13 August 2024 18:35
Dipetang Selasa ini lepas 'take a break' dari buat revision akan Al-Quran Arabic Language, aku layan seketika akan lagu lagu berbaur kemelayuan. Mendayu dengan patah kata yang dinyanyikan begitu menusuk hati. Aku tidak pasti mengapa. Aku memang mudah tersentuh hati. Mudah sangat terbuai dengan lagu 'genre' macam ini. Lagu kemelayuan begini memang jarang dikumandangkan oleh radio tempatan. Stesen Radio yang ada bersepah ini lebih kepada lelagu terkini yang pada pemerhatian aku entah apa apa. Ada tidak adapun, Stesen Radio Klasik adalah satu satunya yang kerap aku tune-in andailah aku dalam pemanduan. Itupun selective. Bilanya keudara program siarkan lagu 60an yang biasanya dari 2:00pm to 5:00pm if not mistaken-lah. Lebih dari itu, aku lebih mengemari mendengar lelagu yang aku download dalam koleksi tertentu ikut mood.
Mungkin jugalah faktor usia yang membuatkan aku positioned myself according to current situation. Aku harus insaf diri. Aku bukanlah muda lagi. Ingat lagi masa zaman sekolah dahulunya. Lagu 'rock kapak' jadi perhatian. Kena ikut peredaran masa. Rakan rakan sama lorat dengar lagu sebegini dengan pihak stesen radio lagi sibok berlomba lomba siarkan lagu genre rock yang jadi perhatian anak muda. Bukan tidak ada lagu lagu bukan kegemaran bebudak muda ketika itu, ada memang ada, tapi 'rating' lagi tinggi pada stesen radio yang layan kesukaan bebudak muda.
Meresah semacam pula dan penuh kesyaduan bila sekarang ini aku dengari lagu lagu senusantara. Memanglah lagu lagu sebegini tidak mendapat tempat konon katanya tidak ada nilai komersil. Maksud kata tidak ramai pengikutnya. Bagi akulah, sekarang inilah masanya, dengan teknologi yang ada tentulah amat mudah mendapatkan perhatian orang senusantara. Tidak perlu lagilah stesen radio yang banyak songgeh dan 'demand' tidak tentu pasal. Kini boleh bypass. Internet yang semakin berkembang pesat berkelajuan tinggi dan dengan pelbagai platform dan boleh di akses 24 jam maka makin ramailah pendengar. Cepat viral dan diviralkan oleh sesiapa sahaja. Lebih penting lagi setiap 'klik' bererti wang masok kepada content creator yang 'genius' memanipulasi minat dan kesukaan orang.
Madah Pusaka - Rojel KajolHendak dikatakan tergugat, memanglah ada kesannya. Orang sekarang ini terutamanya akulah jarang hendak aku ikuti siaran radio tanpa sebab. Ada ketika ketikanya sahaja dan bukannya untuk sebilangan waktu. Kalaulah pihak pengurusan radio tidak melihat kecenderungan orangramai yang telah beralih arah mengemari 'Tik Tok' yang lebih cepat menyalurkan informasi kepada 'general' public via smartphone memasing bermakna mereka in deep trouble. Malah dimana sahaja boleh diakses. Siap ber-video dan dengan komen selari yang bersambut berjemaah oleh pengguna apps tanpa banyak protocol. Provider video dapat banyak langganan dan spillovernya amat besar.
So, by right, aku kini lebih selesa akses medium fb and tik tok untuk maklumat terkini. Lebih pantas dan mampu memberi pencerahan akan sesuatu isu yang diperkatakan. Bukan seorang yang menyalurkan tapi ramai mengikut perspektif memasing. Tiada yang salah dan tiada yang benar. Bergantung kepada informasi yang dicerna oleh 'reader'. Tafsiran pula menjadi multi-dimensi. Maka makin bercelarulah dan rumit. Omputih kata 'getting complicated'.
Lakukanlah apa yang memasing minati. Tiada halangan and 'no harm done'. Banyak sudah lagu yang berirama 'nusantara' menjadi koleksi aku. Bukanlah aku orangnya yang terpaling penting dalam pertahankan seni lagu warisan kita. Namun keterlibatan aku merancak memperkembangkan via mengikuti video lagu genre nusantara oleh content creator adalah satu usaha kecil aku agar ianya berterusan dan kalau boleh sehingga bila bila.
Setakat dewasa ini, hanya inilah keterlibatan aku. Mungkin dimasa akan datang kalau diizinkan olehNya, mahu jugalah aku melawat menziarahi saudara sebangsa di kepulauan Melayu. Sekadar mengikuti melihat dan cuba merasai suasana kedamaian via youtube semacam tidak puas. Mungkin menjadi pemangkin untuk aku segera berkunjungan. Walaupun suasana yang dirakam digambarkan itu agak sedikit terkebelakang dari suasana yang kini aku alami dan lewati disini yakni di Melaka, keinginan untuk hadir dalam 'suasana' 20 ke 30 tahun yang pernah dilalui seolah 'back to the 60's' adalah suatu pengalaman yang tentunya mengujakan.
Melayu yang mendiami digugusan pulau yang berselerakan di kepulauan Riau semacam ada pertalian 'bangsa' dengan aku. Kesamaan bahasa pertuturan dan corak kehidupan serta makanan harian makin membuatkan aku ada 'strong bond' yang sukar difahami dimengertikan. Biarlah pihak yang berkenaan terutamanya para ilmuan melayu menyelidiki menghubungkait serta memperkukuhkan dengan pembuktian yang sahih tentang keakraban senusantara.
Sementara waktu ini, biarlah aku dan mereka yang sefahaman membuat apa sahaja memperteguhkan lagi pertalian sesama kita. Tentulah kekerapan lawatan ke destinasi yang 'menarik' disana menjadi pemula kepada kerjasama berpanjangan berjaringan dalam aspeks ekonomi dan dalam semua bidang yang lain pula. Biarlah sesama kita pertingkatkan lagi maruah Melayu sebagai bangsa yang dominan peneraju seantaro nusantara.
Ini wilayah kita. Kenapa kita perlu malu mengakuinya. Bangkit bergerak dan bertindak dengan cemerlang dalam segala lapangan kehidupan. Janganlah kita saling bertelagah bermusuhan sepertimana 'kesilapan' yang orang terdahulu lakukan. Kita sudah ditahun 2024. Sepatut seharusnya kita telah menjadi bangsa besar lagi bermaruah.
Moga impian seorang insan kecil di Bkt Katil ini terzahir hendaknya. Ameen.
No comments:
Post a Comment