Saturday, August 3, 2024

Gerimis berterusan di petang Sabtu

03 AUGUST 2024, 21:14


Gerimis berterusan di petang Sabtu


Aku bersantai malas di sofa antique di kawasan porch. Selesai sembahyang Zohor dan sekadar ambil angin dingin dek gerimis yang mulai sekitar 12:30 rasanya. Dalam pada terkutik kutik kaki bersilang disofa sambil menyelak buku yang aku pinjam dari Perpustam pada 01/08, tetiba terdetik memikirkan nasib peniaga di pinggir jalan yang memacak khemah sementara mereka. Tentunya 'jualan' akan berkurangan andai semakin lama gerimis disertai dengan angin mulai sedikit kencang sekarang. Aku tidak dapat tidak sekadar melihat memerhati sahaja dan tidak mampu hendak membantu. 


Apa yang paling pasti, pemandu yang melalui laluan tempat mereka berniaga tidak akan berhenti membeli membantu dalam keadaan cuaca yang kurang menyelesakan mereka. Tambahan pula peniaga yang ditimpa gerimis ini lebih perlu memastikan barangan jualan mereka tidak ditimpa hujan, takot takot rosak pula dan akan merugikan mereka. Dimasa yang sama juga turut risau akan khemah yang terdedah ditepian jalan ini boleh diterbangkan angin pada bila bila masa. Andai ini terjadi maka bertimpa bergandalah malang yang menimpa pada hari ini. Sesiapapun amat khuatiri jika ianya benar benar berlaku.


Dalam kelam kabut memastikan segalanya terkawal terhindar, tentu juga terdetik dalam hati untuk miliki premis niaga kekal pada suatu hari kehadapan. Ketidaktentuan yang tetiba hadir tentulah akan membuatkan sesiapapun sengsara menghadapinya sepanjang masa. Enough is enough, mungkin inilah yang berligar didalam kepala hotak. Namun kalau setakat berhajat tapi tiada perancangan yang sungguh sungguh lagi rapi, takutnya nanti tinggal angan angan semata. Berhajat tapi tidak sanggup hadapi cabaran berusaha. Ciri inilah yang menjarakkan orang yang berjaya dengan mereka yang sering sangat temui kegagalan. Resam dan adat dunia. Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan boleh dapatkan sagunya. Mustahil dan tidak mengikut aturan yang seharusnya.


Aku bercakap tentulah boleh. Tapi kudrat sudah makin berkurangan. Bro, aku bukannya apa, sekadar meluahkan pandangan. Mana mungkin ingin bersenang senang sedangkan tidak pernah merasa peritnya kehidupan. Bagi akulah yang menjalani kehidupan yang biasa biasa inipun, kalau tidak 'gerak', tidak makanlah aku. Memasing ada cerita peribadi mereka sendiri. Akupun kalau mengalah berserah semata tanpa berusaha dengan berserah memohon pertolongan dariNya tentulah 'derita' juga dipenghujung usia.


Apapun aku bersyukur dengan limpah kurnia dan rahmahNya yang tidak putus putus, aku masih bertahan disudut dunia yang sementara sifatnya. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang andai dirinya sendiri tidak mahu berubah dari keadaan sekarang dan tentunya kepada keadaan yang lebih baik. Boleh buka al-quran, Surah Al-Rad: 11, untuk lebih fahami apa yang diturunkan kepada Nabi kita dahulu. Jangan lupa hafali ayat ini dan bacalah serta dengarilah tafsir dan ulasan pandangan dari mereka yang 'alim' dalam bidangnya agar kita tidak terpesong pemahaman.


Rujuk link ini untuk perspektif berbeza akan Al-Rad:11, allah-tidak-akan-mengubah-nasib-kita juga pasal rezeki, bersyukurlah-rezeki-allah-sudah-tetapkan


Bukan semua dari kita senang sejak lahir. Even dari kalangan yang beradapun tidak akan membiarkan anak anak mereka melelong tidak tentu arah tapi akan merancang agar kehidupan mereka nanti lebih bermartabat bermaruah. Tidaklah terkial kial mengharapkan simpati orang demi survival hidupnya. Makanya setiap kita tidak harus malu tapi kena berani hadapi cabaran. Hidup adalah suatu perlumbaan. Siapa yang lemah dan lebih teruk lagi 'lemah cangguk' maka akan payah untuk bangkit bersaing dengan mereka yang cukup serba serbi 'kelengkapan' untuk hadapi persaingan. Senantiasalah menjadi 'makanan' pihak yang berjaya. Diperbodohkan satu hal tapi dimanipulasi semaksimum dalam setiap lapangan kehidupan yang bagi aku tahap yang paling sukar untuk kembali bersaing secara sihat. Apa tidaknya, baru hendak memulai sudah kena tekan. Baru berbuat sesuatu sudah diperlekehkan agar tidak bersemangat dalam hidup. Tujuannya agar senantiasa bergantung hidup bergantung ehsan kepada orang lain. Mentaliti hamba yang cuba ditanamkan seandainya 'berjaya' maka puaslah hati golongan penindas.


Semoga usaha peningkatan ekonomi diri dan keluarga yang diperjuang dipertunjukkan oleh mereka yang gigih berniaga walau serba kekurangan yang sering terlihat dan mudah difahami ini akan berhasil mencapai sasaran. Kita tidak tahu akan apa sebabnya buat mereka untuk tidak malu berniaga dibawah khemah sementara dipinggir jalan saban hari. Kalau ikutkan, sudahlah bersusah payah memasang khemah dari kosong pada awal berniaga dan bila tamat berniaga perlu pastikan keadaan sekeliling bersih seperti sediakala. Penat berniaga dan berganda penatnya bila perlu menanggalkan khemah yang didirikan serta mengumpul barangan jualan yang berlebihan tidak laku. Kalaulah rezeki seharian lebih dari semalampun sudah dikira patut dan perlu bersyukur. Tapi kalau seperti hari ini yang gerimis berterusan sehingga lepas Asar, pastinya kurang hasil yang diperolehi. Penat sudah tentulah penat dan dengan kutipan niaga yang tidak seberapa maka bertabah adalah 'senjata' yang perlu melawan rasa tidak bernasib baik pada hari ini.


Aku amat admire buat mereka yang gigih berusaha. Berniaga kecil kecilan biarpun tidak dipandang 'gah' oleh mereka yang singgah membeli yang rata ratanya membeli kerana bersimpati terhadap sesama kita. Ini tanggapan aku semata. Hakikatnya, sesiapa yang singgah berhenti itu bukanlah atas kerelaan mereka semata pada zahir terlihatkan tapi lebih kepada 'aturan' yang telah Allah swt tetapkan untuk hadirkan 'rezeki' kepada orang yang berniaga itu. Rezeki sememangnya telah Allah sediakan cumanya terpulanglah kepada cara kita untuk mendapatkannya.


Apapun bersyukurlah dengan rezeki dan nikmat pemberian dariNya. 


No comments: