Friday, August 9, 2024

Tajuk yang sama, apakah tindakan ada perubahan

09 AUGUST 2024, 14:18


Tajuk yang sama, apakah tindakan ada perubahan


Aku melekap lama didalam kereta pun lama selepas selesai bersembahyang Jumaat. Saban minggu hanyalah di Raudhatul Jannah. Memandangkan keadaan cuaca yang mendung sahaja ni bahang panas tengahhari tidak terasa. Aku on-kan aircond kanchil 'purple' yang misinya dari setiap waktu dilelau ke masjid kini sekadar untuk berjumaat semata sejak sebulan berlalu. Seingat akulah sejak aku disahkan untuk ketiga kalinya pada awal July, aku tidak berdaya berkata apa tapi cuma redha dengan ketentuan ini. Antibodi aku bersifat terlalu 'manja'. Mudah terjangkiti dan mudah mengalah. Pernah ditanya bagaimana boleh benda ini hadir kembali oleh doktor yang merawat untuk final pengesahan 'bebas' dari TB pada tarikh 'appointment' on 02/07/2024. Tapi sebaliknya pula yang berlaku. Aku dikenakan rawatan lebih intensif untuk selama 9 bulan pula. Dua rawatan terdahulu, tempoh masa sekadar 3 bulan sahaja dan disahkan bebas dari penyakit berjangkit ini selepas tempoh rawatan.


So, lama juga aku bersantai santai didalam kenderaan 'cari makan' aku ini yang tentunya banyak berjasa. Tuang minyak penuh sebulan lalu tapi sehingga kini jarum minyak tidak turun turun. Maksudnya kekal 'full'. Aku lebih kepada menghidupkan 'engine' kereta selang 2 hari agar memastikan yang engine-nya senang dihidupkan. Kalau sukar nanti bermasalah pula hendak hantar ke bengkel. Pastinya kena keluar belanja lagi. Alang alang benda sudah ada didepan mata, terpaksalah aku buat apa yang patut.


Jumaat kali ini imam merangkap khatib membacakan teks khutbah bertajuk 'Kelebihan Solat Berjemaah'. Diperdengar dan dihuraikan isikandungnya. Seperti biasa seluruh makmum diam bilamana khatib sedang memberi khutbah. Mudah faham dan penggunaan kata kata pun tidaklah terlalu 'sukar' malah selalu didengar seharian. Namun diamnya makmum kerana adab mendengar serta sejauhmana berjaya memahamkan kandungan khutbah tentunya akan diterjemahkan kedalam bentuk yang dihasratkan bila tibanya waktu asar nanti. Mampukah atau sekadar mendengar antara khusyuk dengan tidak. Lain orang lain penerimaan. Namun apa yang dihasratkan oleh imam yang membaca dan panel penyedia teks khutbah 'mingguan' seluruh Melaka agar semua makmum akan bertindak seiringan.


Boleh rujuk link ini...for full khutbah, Kelebihan solat berjemaah.


Tulisan jawi beb...dare you all can read it

Jahatnya aku bilamana teks yang sama pernah dibaca dikhutbahkan beberapa tahun nan lalu, aku bersegera ke masjid bersembahyang asar berjemaah di masjid. Keadaan yang serupa berjumaat dimana lantai satu @ lantai utama solat serta ground floor penuh dengan makmum. Boleh dikatakan penuh full house. Malangnya ketika itu, sembahyang Asar, Maghrib malah Isyak pada Jumaat dibacakan khutbah tentang kelebihan berrjemaah dihadiri oleh orang yang 'regular' datang berjemaah. Newcomers newfaces tidak juga kelihatan. Dimasa itu timbullah juga rasa kepelikan. Adakah sukar hendak fahamkan khutbah yang disampaikan itu. Atau mungkinkan menganggap remeh perkara yang diangkat dalam khutbah tersebut. Tidak beranilah hendak berlebihan perkatakannya diwaktu itu. 


Kini dan hari ini adalah 'recycle' isu diperdengarkan kepada seluruh makmum yang hadir berjumaat. Aku cuba bersangka baik yang turn-out kali ini akan lebih baik dari dahulu. Kemungkinan untuk kekal tidak berbeza dari situasi terdahulu kalau ikutkan 'suasana' amat rapat. Memang betul, setiap dari kita kena paksa diri untuk hadir membiasakan berjemaah. Mungkin alasan mengelak dari datang ke masjid bagi sebahagian dari kita akan berdalih mengatakan walau tidak sempat ke masjid tapi amalan berrjemaah tetap diutamakan setiap kali menjelangnya waktu sembahyang 5 waktu tiba. Baguslah kalau begitu. Risaunya kita bila berjauhan dari masjid, tendency iaitu kecenderungan untuk tidak berjemaah adalah tinggi.


Bagi yang faham dengan sebenar benarnya perkara ini tentulah tidak sedikitpun mempersoalkan. Hadir dan tekun setiap tibanya waktu sembahyang. Bukan calang calang orang yang having such 'guts' keberanian istiqamah. Tentulah dirinya 'terpilih' menjadi tetamu Allah. Untuk sampai ke level tersebut kenalah banyak usaha 'pengorbanan' dari segi masa dan tenaga kekuatan dalam mengutamakan perkara yang paling utama dalam kehidupan. Kalau prioriti meletakkan perkara lain berbanding dengan puntuality hadir ke masjid berjemaah pastinya sampai bila bilapun situasi yang sama terlihatkan.


I rest my case.


No comments: