28 AUGUST 2024, 16:02
Berkira kira hendak beli...Daniel
Semalam ke Econsave Batu Berendam dapatkan keperluan barangan untuk pembuatan karipap. Bahan utamanya adalah kentang. Sekali singgah pastinya dalam 4 beg. Harganya pula dalam jajaran RM18.00 ke RM22.00 satu bag. Sekali transaksi termasuklah barangan keperluan dapur selalunya tidak 'lari' dari RM350.00 ke RM400.00. Mahu garu kepala towkay kalau kerap pergi. Namun bagi menyokong dan memudahkan tugasan, mana yang patut dan boleh aku bantu maka seharusnya 'sedia' membantu. Aku tidak berapa pedulikan berapa belanja yang harus akan aku keluarkan asalkan dia berusaha mencari 'rezeki' atas kemahiran yang dimilikinya. Kehadiran pada kali ini, harga semasa kentang satu guni 10kg adalah RM20.00. Sambau 4 guni.
Buktinya...biar ada authoriti berkarya |
Dahulunya, permintaan karipap frozen tidaklah sekerap sekarang ini. Abang ipar @ abang uda yang berniaga warong di Jalan Tun Kudu menempah 300 keping selang sehari. Ditambah pula dengan si Ita yang berniaga warong juga di Batu Berendam dan di Bukit Piatu sering mengambil dari kami 100 keping selang sehari juga. Permintaan makin konsisten dan sehari pembuatan tidak kurang dari 300 keping. Ditambah pula jiran setaman dan orang yang biasa mencuba merasai sebelumnya kerap juga mengulangi singgah membeli. Walk-in mengambilnya setelah menalipon akan stoks dan kekadang menempah 2 ke 3 hari awal.
Hari ini aku ke Family Store @ Melaka Mall dapatkan keperluan lainnya dalam penyediaan karipap ini. Aku ditegur oleh cashier 'Daniel' ketika hendak buat bayaran. Hampir terlupa akan dirinya. Pernah berbual dengan dia ketika membuat pembayaran akan sukarnya mendapatkan minyak masak bersubsidi. Selalunya bila singgah shopping kerap sangat tidak kedapatan. Tapi untuk kali ini dan kebetulan pula ada terjual minyak kampit 1kg ini yang minimum pembelian adalah 3 paket sahaja. Memandangkan tiada orang dibelakang aku sebab hampir ketengahhari aku di FS, terkejut aku bila dia menawarkan 'pembelian' tambahan. Tentunya aku setuju dan berterima kasih padanya. Memang tidak aku sangkakan. Dapat lebih aku hari ini.
Barang sukar ditemui ... permainan siapa agaknya ya |
Aku membiarkan dia yakni orang rumah dengan 'body guard' yang iringinya membuat pemilihan kentang dan menolak trolley menunda dibelakang. Manakala aku layan sendirian melihat lihat akan apa yang baru didalam premis Econsave. Tiada yang menarik sebenarnya. Namun aku buat buat 'seronok' melihat peragaan barangan jualan yang staff mereka buat. Tak berkesempatan pula ambil gambar dan sekadar melihat satu 'blok' promosi Sunquick. Terdetik pula difikiran yang brand ini adalah brand 'muslim'. Hebat. Tiada pilih kasih dalam berrniaga. Mana yang ada potensi untuk beri keuntungan maka ianya tetap diberi peluang. Ikut logik akal, tentulah keutamaan akan diberi kepada bangsanya untuk perkenalkan barangan jualan mereka. Namun memandangkan majoriti pembeli adalah orang melayu, tidak dapat tidak, menafikan peluang peniaga melayu sesama merebut ruang niaga adalah suatu tindakan yang tidak berapa praktikal. Mungkin pihak pengurusan setelah melihat implikasi kepada KK Mart yang cuba mengusik menyakat orang Melayu tidak kena tempat menyebabkan perniagaan KK Mart menerima 'image' buruk seketika. Tambahan pula sekarang ini kuasa viral dengan pengguna terbesar adalah orang Melayu boleh gugat syarikat sehingga tutup operasi dengan bersama memulau atau boikot dari membeli. Banyak yang terkesan. Mungkin contoh 'buruk' ini membuatkan pihak pengurusan lebih berhati hati dalam menjalankan perniagaan peruncitan di negara ini.
Orang Melayu pada dasarnya tidak kisahpun dan tiadanya sikap prejudis kepada kedai orang cina. Bagi kita, mana mana kedai akan diterjah masuk. Memudahkan membeli barang keperluan harian terrutamanya. Tapi jangan sekali kali membuat sesuatu hal yang tidak boleh diterima akal dan cenderung memperlekehkan. Sekarang bukanlah macam zaman dahulu. Bentuk komunikasi telah makin canggih dan serba pantas. Sekejapan sahaja 'maklumat' akan tersebar. Begitu jugalah tindakan susulan. Segera bergerak bertindak. Hal inilah yang tidak sanggup dihadapi oleh peniaga bangsa Cina. Implikasi agak tidak terjangkakan. Dahulu mungkin bolehlah. Sejak dulu lagi, kuasa belian adalah ditangan Melayu. Malangnya kita masih gagal seolah tidak nampak 'kepentingan' menyokong barangan penghasilan bumiputera. Perlukah kita menjadi pembeli sahaja selamanya. Rasanya tidak bagi mereka yang boleh melihat kehadapan dan nampak jelas kesan akibat andainya kita sekadar menjadi pengguna sahaja.
Sudah sampai masanya buat kita pewaris tanah bertuah tanah Melayu ini untuk bangkit perkukuhkan ekonomi pribumi. Sampai bila untuk kita menjadi pemerhati akan orang 'luar' mengaut kekayaan negara. Juga sampai bila kita hanya menjadi pengguna. Bunga bunga kesedaran kepentingan orang kita terutama dalam bidang perniagaan sudah lama disedari dan hanyalah baru kini mulai terasa. Kitapun tidak sanggup lagi sekadar menjadi pengguna semata sampai bila bila. Manakala pihak yang mencari 'keuntungan' senantiasa mencari ruang hendak perkudakan kita demi keuntungan mereka. Nampak sudah puak pendatang mulai menunjukkan belang, menunjukkan taring dan merasakan yang orang melayu se Malaya ini dirasakan makin melemah kekuatan ekonomi. Mulalah besar kepala dan tidak mahu menghormati keberadaan tuan tanah yang dianggapnya 'sampah' sahaja tidak punyai daya untuk melawan lagi. Mereka, golongan kapitalis cina bangga dan bongkak sesangat, telah hampir berjaya sepenuhnya menguasai perekonomian negara. Segala bidang perniagaan dibawah kawalan mereka. Hampir semua bidang mahu dikuasainya. Sampaikan business makanan yang rasanya tinggal inilah bidang niaga yang jadi pergantungan dicubanya juga hendak kawal. Tidak berjaya sepenuhnya beralasankan orang melayu amat mengambil berat soal makan. Lebih lebih lagi terdidik tentang halal tidaknya makanan yang disediakan. Bilamana orang cina yang masak berniaga makanan, jangankan kata mahu duduk makan hendak singgahpun tidak mungkin terjadi. Halal haram amat utama diperhatikan dan tedidik yang cina makan babi maka lagilah kita akan menjauhi premis niaga makanan yang dijalankan mereka. Bagi mendapatkan duit pelanggan Melayu, sanggup mereka meletakkan operator 'melayu' bergajian dikounter tapi modal dan takbir urus dikawal oleh cina sepet. Sanggup ke tahap ini jika benar benar boleh bawa keuntungan. Bagi mereka masa itu wang.
Sedang kita masih terkial kial mematahkan usaha mereka dari terus menguasai bidang perniagaan sehingga ke tahap memonopoli, kita dihadapkan pula dengan kebanjiran pendatang asing 'baru' dari Asia Kecil iaitu Pakistan, India dan Bangladesh. Mereka menyokong pendatang asing yang tidak diingini dalam senyap. Mana mungkin mudahnya mereka membuka kedai dan sembarangan pula kalau tidak dilindungi. Ada dikalangan kita juga yang sanggup jadi 'Buang' atau lebih awal lagi 'Si Kitol'. Sudahlah orang cina ini bersubahat menyewakan premis mereka dihampir semua lokasi kepada 'pati' dan diburukkan lagi dengan amalan 'rasuah' hendak cepat kaya segelintir penjawat awam. Maka makin menjadi jadilah dan besar kepalalah mereka yang tiada permit kerja dan mungkin masukpun secara tidak sah merebut peluang dan ruang niaga untuk rakyat bawahan mencari rezeki sesuap nasi. Kita pula yang makin tergugat. Cina akan bertepuk tangan sahajalah melihatkan kita terpaksa berdepan bergelut dengan kebanjiran beramai ramai warga asing. Tentu sahaja orang cina yang beragenda ini akan membuat kerja kerja dalam senyap bagi memastikan orang melayu terus layu tidak bermaya tanpa kehadiran langsung mereka laksanakan misi ini. Dia cuma tolakkan warga asing ini untuk laksanakannya. Bila kita leka dan sibuk bertungkus lumus merungkai permasalahan dengan puak pendatang, dalam diam dan senyap senyap kaum yang diberi kerakyatan 'mudah' mengkhianati kepercayaan kita sebagai tuan tanah.
Pergghhh...berduyun masokAku yakin dan amat pasti, selagi mana mereka belum berjaya sepenuhnya 'mengambil' negara ini maka selagi itulah mereka tidak akan berhenti mencuba. Sepertimana kita dididik untuk berasa geli dan kembang tekak akan makanan yang disediakan oleh orang cina dek 'stigma' halal haram begitu jugalah mereka yang telah didoktrinkan oleh ibubapa mereka agar jangan hormat kepada Melayu. Segala yang datangnya dari kaum Melayu perlu dipandang penuh curiga dan meyakini yang hanya merekalah yang lebih baik dalam segala apa jua bidang. Maksud kata mereka adalah bangsa yang perlu dihormati.
Banyak cantek...kau punya muka. Cermin muka tu dulu sebelum bercakap. Ikut sedap mulut kau sahaja. Tak malu ke....
Harap luahan aku ini bersambut. Aku suka clip adegan Ramlee lanyak sampai lunyai memupus terus akan si 'Buang' yang jadi talibarut penjajah.
No comments:
Post a Comment