Sunday, December 31, 2023

Penghujung 2023

Segalanya sememangnya telah diatur. Kita hanya menuruti perjalanan 'hukum' alam.  Kita bukanlah orangnya yang menentukan apa yang perlu dan patut berlaku. Sesungguhnya hari ini adalah yang pertama kalinya dalam sejarah aku bekerja makan gaji berpeluang bekerja sekerat hari. Ternyata jelas dari urutan insiden beberapa hari terdahulu membawa kepada terjadinya apa yang didambakan. Tentunya aku bersyukur kehadrat Illah yang melorong memudahkan akan segala urusan kehidupan aku.

Memangnya tidak aku sangkakan dan tidak pernah terfikirkan akan kemungkinan ini. Aturan dariNya siapakah yang boleh menafikan. Sebelum memasuki bulan Disember, dengan segala cuti bagai sudah aku plotkan agar tiada apa apa perubahan dan mengikut seperti yang aku rencanakan. Namun harapan berkecai. Perlu dipinda beberapa cuti yang tidak mengimbangi 'kekuatan' staf untuk sessi pagi dan petang. Dalam aku selesai membuat perancangan pada minggu terakhir November dalam penyediaan roster untuk bulan Disember, aku ada maklumkan kepada LM agar aku diberikan 'sedikit' keistimewaan dalam penentuan hari bercuti menuju persaraan yang tidak berapa lamanya lagi. Dia pula memaklumkan yang dia akan cuba memberi priority dengan bersyarat. Semuanya bergantung kepada kelulusan dari SM. Aku ucapkan berbanyak terima kasih kepadanya. Ada sedikit sebanyak perubahan dengan kewajaran yang tidak dapat perlu diubah dianjak boleh lagi aku terima. Sebagusnya, makin sedikit adjustment tentulah sudah memadai.

Aku lewat mengetahui akan tarikh sepupu mengahwinkan anaknya yang kedua. Juga tarikh biras menunangkan anak perempuan keduanya. Lewat diketahui. Aku sedia maklum hujung tahun adalah hari dimana memang sukar untuk bercuti. Pelbagai promosi jualan diadakan dan menagih setiap pekerja untuk bertugas. Tentu sekali aku tidak terkecuali. Noktah. Alhamdulillah, bilamana LM menunjukkan draf roster untuk bulan Disember, mata aku segera melihat shift untuk hujung bulan alias hujung tahun. Bershift petang. Spontan difikiran yang aku sempat untuk hadir ke kenduri mereka nanti. Kalaulah ada sanak saudara yang membuat apa apa majlis, sempatlah aku menjengah hadir disebelah paginya. Lega dan tidak perlulah untuk aku menyusahkan rakan sejawatan bertukar shift kerja semata mata untuk turut hadir ke majlis. Tidak punyai apa apa ertipun kepada mereka tapi begitu 'istimewa' kepada diri dalam meraikan majlis yang dianjurkan sekali dalam seumur hidup kerabat. Bukankah bertunang mahupun berkahwin hanya sekali. Hadir merai memeriahkan adalah suatu 'obligasi' menceriakan mereka. Kebanyakan mereka berjarak dalam belasan tahun dari aku. Kebanyakkan yang sudah lama bekerjapun adalah dalam usia 40-an. Bawah 40-an lagi ramailah.

Semua kita pasti akan melalui saat kemanisan memasuki alam perkahwinan. Hadir jemputan tuan rumah adalah menunjukkan yang kita turut sama gembira meraikan kesejahteraan pasangan hidup yang dipilih dan kalau boleh sehingga kepenghujung hayat. Ini harapan kita semua yang hadir. Rasanya tidak terniatpun buat sesiapa jua untuk berfikir yang sebaliknya. Semuga anak kerabat kita berbahagia hidup mereka menjadi penyambung zuriat keturunan bangsa bermaruah di kemudian hari. Budak budak yang berusia rendah masih belum mengerti. Bagi mereka datang kenduri, makan, borak borak bersalaman dan terus balik. Tapi kita nie yang telah meningkat usia, mana boleh bertingkah sedemikian. Kitapun ada anak. Masih bujangan dan akan suatu masanya nanti dan dengan Izinan dariNya akan bekeluarga. Hubungan dalam keluarga dan sesama khariah perlu diperkukuhkan dalam hidup bermaysarakat. Ini hal lumrah. Tapi kesempatan untuk turut sama hadir dalam kalangan kita adalah paling dititik beratkan. Maklumlah komitmen kerja dan 'kemodenan' mengekang untuk sesama senantiasa berhubungan dalam konteks bermasyarakat lebih lebih lagilah setaman.

Tapi semua ini tidak menjadi suatu perkara yang membebankan apatahlah merungsingkan andainyalah kita punyai sikap dan kecenderungan untuk saling berhubungan. Terpulanglah kepada orang. Antara mahu dengan tidak. Kecenderungan untuk menyisihkan diri dari bercampur adalah satu pilihan. Sekiranya merasakan diri mampu untuk bersendirian maka hadaplah implikasinya nanti. Segala apa yang dmahukan dan direncanakan, semuanya didalam pengetahuan Dia juga. Samada mengikut apa yang kita inginkan atau sebaliknya yang terjadi adalah ketentuan DariNya. Berserah dan laksanakan yang terbaik.

Seperkara yang menghairankan dan pada pengetahuan kita sekadar suatu kebetulan apabila apa yang aku hasratkan terhidang didepan mata. Menjadi 'asbab' buat diri memberanikan diri mematerikannya. Kesempatan ini seolah 'meredhai' apa yang aku inginkan. 

Menyampaikan hasrat...

Agar apa yang dihajati...terlaksanakan



Moga tiada perkara buruk yang terjadi.

 

Friday, December 29, 2023

Jumaat terakhir 2023 @ Masjid Tun Ali

Segalanya sememangnya telah dirancang. Aku sendiripun tidak menjangkakan tapi ketentuan dariNya mana mungkin sesiapapun jua boleh menidakkan. Asalnya hari ini, hari Jumaat ini aku bershift petang H1. Ertinya aku perlu lapor kerja pada pukul 7:00 petang. Namun ada terdapat sedikit perubahan semalam. Aku dipinta untuk hadir bertugas pada sebelah pagi pula. Aiman tidak kisah. Pagi ker, petang ker, yang pasti aku cuma perlu bekerja sekerat hari cuma. Mungkin ada perkara yang tidak dapat dielakkan as SKV manager akan buat lawatan ke store dan ketua aku pula bershift sama yakni petang dan LL yang satu lagi yang sepatutnya shift pagi H2 pula dibenarkan bercuti, maka aku-lah yang perlu bertukar shift. Pucuk dicita, ulam mendatang. Andai bekerja petang, sembahyang jumaat tiada bermasalah kerana shift petang bermula pada pukul 3:00 petang. Bilamana diarahkan pula bershift pagi, situasinya agak sedikit 'tight'. Tidak dapat hadir awal ke masjid tapi berkeadaan agak tergesa gesa mendatangi masjid.


Memandangkan sessi pagi H2 berakhir @ 12:45pm, aku cubalah untuk menepatinya. Tapi tatkala hendak bersiap bergerak balik adalah pula anak buah meminta aku 'verify' stock card. Terpaksalah aku ke office terlebih dahulu. Di pejabat pula admin mgr menanyakan task menyerahkan duit kutipan surau kepada sahabat lama yang kurang bernasib baik. Rakan sejawat yang lebih muda dari aku sekitar 4 tahun tapi hadapi ujian hidup yang lebih hebat. Berkencing manis berpotong kaki kanan berparas pangkal lutut dengan mata yang semakin kabur melihat. Terkini dimaklumkan oleh rakan sekerja yang beliau alami mild stroke amat mengejutkan dan tentu sekali bersimpati mendengar berita ini. Aku ambil tanggungjawab akan menghulurkan derma terkumpul sukarela tabung surau kepadanya. Hari belum aku tetapkan tapi akan menghubunginya untuk pertemuan serahan.


Berbincang berborak masa sudahpun ke 1:00 petang. Cecepat on-kan computer. Selesai tugasan, bergegaslah mendapatkan kereta untuk bergerak segera. Melangkah keluar sahaja dari entrance, azan telah kedengaran dari Masjid Syed Shahbuddin, Bukit Baru. Nama mantan TYT Melaka sebelum berganti dengan  bekas MB Pahang apa ker nama yer....Yaakob nama bapanya kalau tidak silap dan terkini Tun Ali, orang Bukit Katil menjawatnya. 


Oooo...1:15pm rupanya...


Sesampai di Masjid Tun Ali, aku terpaksa parkir bersebelahan bergandingan dengan SUV. Mengelak dari di salahkan, aku mencari lokasi yang memudah memungkin tuan punya kenderaan itu agar dapat bergerak keluar sekiranya aku lambat keluar dari masjid nanti. Khutbah tidak berapa nak fokus mendengarnya. Kali ini berhubungkait dengan banjir yang sedang melanda negara. Teks yang tentunyalah cenderung melihat dari aspeks keagamaan dalam meredhai akan ketentuan dariNya dan betapa perlunya untuk semua saling bertolongan.


Tidak sangka pula dalam bersalaman dengan makmum lainnya ketika aku terlihatkan shaf yang kelompongan untuk bersembahyang sunat - Pak Hitam @ Azmi rupanya - X-aeon yang kini berjaya hidup bekerjaya. Kerja yang menjana pendapatan yang 'selesa' tentulah sesuatu yang semua dambakan. Tidak banyak yang dapat dikatakan memandang imam sedang berkhutbah, aku segeralah mengangkat takbir bersembahyang sunat. Hajat hendak bagi dia 'job' deejaying majlis walimatul-urus anak aku tidak dapat aku bualkan ketika itu. Mungkin dikesempatan lain. Sebelum ini, aku ada nyatakan hasrat kepada Hj Ishak yang juga X-aeon, juga berjaya sebagai 'pegawai' insuran dan lakukan pelbagai odds job lain seperti membuat service pengendalian majlis as mc as well as dj. Aku belum maklumkan dengan pasti kepadanya cuma sekadar membayangkan untuk mendapatkan khidmatnya nanti. Risau juga, takut Pak Aji ternanti nanti berharap pula.


Tetiba jadi dilemma pula. Aku sebolehnya tidak mahu menghampakan seseorang. Antara Pak Haji dengan Pak Hitam siapakah yang patut aku pilih. Serba salah bila ada pilihan macam ini. 


Semoga aku diberi 'taufiq dan hidayah' dariNya untuk memilih yang terbaik dan tentulah yang diredhaiNya. Moga moga majlis yang akan aku kendalikan tidak ada aral melintang.

Thursday, December 28, 2023

Dipermudahkan urusan

Kekadang malah mungkin selalunya aku tidak menganggapkan sesuatu perkara itu dan yang tidak dipersulitkan adalah perkara biasa sahaja. Tanggapan sedemikian sering berlaku. Semalam aku memikirkan bagaimana hendak aku maklumi Pn. Hawa, yang merupakan leader aku yang terkini berkuatkuasa October lalu. Memang buntu. Tidak semena mena ketika hari Ahad lalu, sepertimana yang dijanjikannya, dia meminta aku masuk ke office. Aku lengahkan kerana ada customer mahu memohon ACS easy payment berjumlah RM8203.00. Selesai mempersiapkan detailed maklumat yang dikehendaki oleh Aeon Credit, akupun melangkah menuju ke mejanya. Janjinya ketikanya aku mengingatkan yang Januari adalah bulan terakhir aku dan perlu aku habiskan semua AL dan SH yang ada berbaki. Dia pula berjanji akan 'park' cuti mengikut kesesuaian dan tidak 'clash' dengan staf lain.


Dia menunjukkan roster asal dan roster yang ada perubahan selepas menemui store manager. Plan A yang mana dia plotkan cuti panjang aku bermula dari 16/01 sehinggalah ke hujung bulan. Memaklumkan yang SM mahu adanya MOD pada sebelah pagi dan petang. Disebabkan arahan ini, dia telah re-draft roster yang baru. Kali ini, rombakan terpaksa dilakukannya dengan seboleh mungkin tidak mengganggu cuti aku yang telah diplotkannya. Bagi aku, sekilas pandangan pada sheet roster yang baru ini, hendak tidak hendak harus menerima seadanya. Dalam pada itu atas pertimbangan dan kewajaran yang cuba diangkat untuk dipersetujui sedikit sebanyak memudahkan urusan aku. Mulanya untuk hujung tahun 2023, aku dibenarkan shift petang H1walaupun tidak aku pinta asalnya.


Terbanyak sudah, akan tidak kelam kabutnya nanti menghadirkan diri ke majlis walimah al-urus sepupu yang kebetulan pada 31/12. Masa dia datang berkunjungan ke rumah, aku bekerja. Dia dengan orang rumahnya datang menjemput 'makan kenduri' anak lelakinya pula. Ketika aku pulang dari kerja, segeralah orang rumah memaklumkan tarikh majlis. Aku sekadar menjawab, akan hadir, insya-Allah. Seingat akulah, hari penghujung tahun 2023 bersamaan Sabtu, aku bershift petang. Berkemungkinan untuk hadir ziarah tetap ada. 


Kemudian dia terpaksa juga benarkan aku ambil cuti pada New Year kerana tidak dapat hendak elakkan lagi. Hampir kebanyakan weekdays untuk minggu pertama dan kedua terpaksa bekerja sekerat hari. Andai tidak diberi pilihan sebegini maka akan ada cuti yang tidak berambil. Sekali lagi aku ucapkan terima kasih. Mungkin 'nampak' kebetulan tapi lorongan yang di ilhamkan oleh Yang Maha Mengetahui menyebabkan dia memberi pilihan ini. Semasa mengangkut pulang Yusree dari Pasir Gudang pada Jumaat lepas untuk sesi cuti sempena X'mas memaklumkan perlu menghantarnya kembali pada 01/01/2021 yakni on New Year itself. Sepatutnya, dia pulang memandu MBB tapi disebabkan kondisi kereta tidak berapa meyakinkan lalu terpaksalah aku datang menjemputnya. Sempat lagi, sebelum keluar dari Vista Seri Alam, aku menyuruhnya menghidupkan enjin kereta. Bergegar engine siap dengan kuatnya kedengaran bunyi yang agak merisaukan. Kebimbangan untuk 'break-down' semasa di highway akan makin memburukkan keadaan.


Semalam, sekali lagi perkara yang memudahkan urusan terjadi. Ketika aku berehat dan bermalas merebahkan diri dikatil selepas Asar, adalah dalam pukul 5:30 petang, Pn Hawa menalipon memaklumkan aku gantikan BM-nya hari ini(28/12). Scheduled roster untuk Khamis adalah shift pagi H2. Seolah pucuk dicita, ulamlah pula yang datang. Aku bersetuju dan maklum akan arahannya. Urusan hari ini dipermudahkan. Mengikut perancangan, aku perlu bergerak awal pagi ke KKM Ayer Keroh terlebih dahulu menyerahkan sampel kahak untuk dianalisa. Tidaklah kelam kabut jadinya. Seolah terurus teratur perjalanan kehidupan aku hari ini. 


Cuma satu sahaja hal yang sedikit merungsingkan. Sejak malam tadi selepas pulang dari kerja, hampir keseluruhan kertas dan buku yang ada dimeja dan di-drawer kabinet aku selongkar mencari dokumen yang disediakan oleh petugas KKM, Pn Arul, untuk tujuan 'X'ray'. Tidak puas sebelah malam, sebelah pagipun aku terus mencari tapi tidak ketemukan. Aku redha. Mungkin dalam berkemas kemas bilik, dokumen bersaiz A4 tu terbuang rasanya. Aku ingatkan pada diri ketika menghantar sampel kahak nanti akan menemuinya semula agar dikeluarkan satu surat gantian. Kebetulan juga, semalam ketikanya hendak berpergian ke Pengkalan Samak, aku hadir mendapatkan bekalan ubatan aku. Kebetulan juga dia jugalah yang menyerahkan ubatan sambil aku maklumkan yang esok, yakni(hari ini - 28/12) akan serahkan sampel kahak tu. Dia pula mencadangkan agar buat sekali 'X'ray'. Tidak perlulah datang lagi pada Jumaat seperti yang tertulis dalam surat untuk 'X'ray' yang diserahkan kepada aku during last appointment @ 07/11/2023. 


Masalah yang merungsingkan ini dengan sendirinya terungkai. Ohh...what a relief. Ternyata, aku tidak merancangnya tapi ketentuan dariNya membimbing aku mengikuti apa yang telah direncanakan untuk aku. Misteri pada pengetahuan dan jangkauan akal.


Semoga segala urusan aku bukan setakat hari ini bahkan untuk hari hari mendatang agar senantiasa dipermudahkan olehNya. Syukur kepada Mu...Ya Allah.


Wednesday, December 27, 2023

Keanihan yang amat payah dimengertikan penuh pasti

Tengahhari tadi aku berada di Alai. Rumah pusaka yang pernah aku diami telah diupgrade. Keadaan yang 'of course'-lah sudah lama dan sering dinaiki air menyebabkan ianya dibangunkan semula mengikuti citarasa semasa. Lambat sampainya. Selalunya sempat lagi berjamaah Zohor di Raudhatul Jannah. Puncanya lambat pula petugas KKM menyerahkan ubatan sepuluh hari mendatang akibatkan lambatlah juga bergerak ke Pengkalan Samak. Orang rumah sudah resah takut peniaga ikan sudah berkemas menutup gerai jualan mereka. Aku, macam biasalah bertindak 'macho' menenangkan situasi. Insya-Allah, ada 'rezeki'. 

Masjid Khariah aku


Cecepat bergerak balik dan singgah di Alai menyerahkan ikan untuk kakak tunggal aku membuat gulai mengikut selera. Sesampai sahaja, kelihatan sekumpulan itik sedang merehatkan diri dibawah perdu pokok. Panas membahang agaknya. Aku memberhentikan Alza sedekat yang mungkin untuk aku abadikan. Dalam pada aku hendak mengeluarkan smartphone, kelihatan pula 'ibu' itik dengan anak tunggalnya berjalan beriringan. Cepat pula dia menghilang manakala yang lain, yang tengah santai santai tu dapat aku rakamkan. Aku bergerak keluar mencarinya. Orangrumah terhempap hempap berjalan membawa bungkusan ikan dibelakang untuk dimasukkan kedalam 'lemari es' di bangsal.

                                                            Bersantai...kau orang ya.



                                                                    Ibu & Anak



Terserempak dengan ibu dan anak itu bilamana aku intercept pergerakkan mereka berdua. Tercegat terkejut mungkin. Terus aku ambil gambar 'mereka' tanpa minta izin dan sempat juga dalam bentuk video. Apa yang aku ingin perkatakan adalah mengenai perubahan. Itik ini cepat membesar. Dahulu adalah dalam beberapa bulan dalam awal tahun 2023 ini, yang reramai yang tengah santai cuma sekecil anak itik yang aku rakamkan ini. Sekejapan telah membesar. Kini yang baru menetas dan beriringan dengan mamanya, batch yang ketiga atau keempat mungkin. Ada seeokor lagi ibu itik tengah mengeram. Rasanya dalam bulan Januari nanti akan muncul 'pasuk' baru. Cepat membiak. 


Ada beberapa hal yang rasanya tidak perlu dipertikaikan dan telah dianggap perkara biasa pula. Sebagai merenungi keajaiban ciptaan Allah ini, aku cuba dan mulai menhayatinya penuh keinsafan. Pelik memang pelik. Anak itik yang berbulu 'kuning' asalnya pada pandangan mata tapi sedikit demi sedikit beransur menjadi putih bulunya. Kalaulah hendak didalaminya setiap sesuatu yang ada disekeliling kita, mungkin makin benak memikirkan. Semua kita perasan perubahan dari kuning ke putih bila dewasanya.


Dalam dunia ini memang banyak perkara yang tidak mampu untuk kita maklumi dengan tepat. Pemikiran kita terbatas. Malangnya kita senantiasa berbangga dan bongkak mendabik yang kita ketahui hal sesuatu demi untuk pengaruhi orang. Scope pengetahuan dan kemampuan 'otak' manusia tidak mampu mengapai sesuatu yang 'beyond' dari apa yang sekadar dan sepatutnya sahaja. Kekuasaan Allah mengatasi segalanya. Pelik lagi menghairankan yang mana kita cuma bertaraf 'hamba' ciptaan' dari sang pencipta tapi masih mahu ingkar akan perintah dan larangan.


Apa yang bakal terjadi dihadapan kita mungkin esok, lusa, minggu depan waima setahun ke atau lebih lama dari itu, tentu sekali kita tidak mengetahuinya. Sedangkan apa yang sedang berlaku sekarang inipun dan juga yang terjadi sebelumnya masih sukar untuk dimengertikan tapi ada hati mengaku yang diri adalah terbaik dan pandai dalam serba serbi. Kita lemah sebenarnya. Namun disebabkan 'ego' yang melampau, segala ingatan dan panduan yang tersedia dariNya dianggap sepi membebankan. Berapa ramai dari kita yang mahu merenungi kisah kisah yang terkandung didalam al-quran. Tentang salah laku orang terdahulu dan kesan akibat dari perbuatan mereka itu. Sekiranya kita semua fahami dan insafi akan apa yang telah berlaku itu tentulah kita tidak berbalah sesama. Berbeza pandangan tentunya bersebab. Namun tidak patutlah dijadikan alasan untuk berpecah bagai. Perkara 'pokok' tidak terungkai tapi kita sesama pula yang berbalah bermusuhan.


Tidak perlu pergi jauh untuk mencari sesuatu yang anih lagi pelik. Didalam diri kitapun sukar difikirkan penuh tuntas. Kita takuti tapak kaki akan haus menipis andai tidak berlapik. Lalu kita membeli 'kasut' yang bukan sekadar adanya sahaja tapi sampai sanggup bermewah bermegah. Mereka juga tahu, kalau berjalan tanpa kasut, tapak kaki akan menebal mengeras. Adakah kita punyai masa untuk mengkajinya. Bagi sesetengah kita, hal sepelik ini tidak pernah dihiraukan dan tentu sahaja tidak ambil peduli.


Berbalik kepada sekumpulan itik yang mulai 'terima' hidup bersama manusia ini tentulah tidak berapa terkesan dengan apa yang terjadi dilingkungan. Bagi mereka, makan akan diberi, protection buat mereka ini pastinya terasa lebih 'aman' dari gangguan pemangsa. Terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan semasa walaupun sifat asal mereka menyodok tepian parit mencari makanan tetap diteruskan selagi hayat dikandung badan. Ini fitrah kejadian mereka.


Termanggu sendirian aku akan betapa banyaknya perkara yang tidak mampu untuk diketahui dengan pasti lagi yakin. Insafi diri yang sememangnya lemah.


Tuesday, December 26, 2023

Segera hadir

 26/12/2023 02:46 


Kali ini aku bersegera ke masjid. Tidak mahu bersikap seperti kebiasaan yang dipertunjukkan selama ini. Biarpun agak lewat, semoga perubahan sebegini akan aku kekalkan berterusan memasuki alam persaraan. Sebagai mengabadikan kenangan, hari ini adalah Selasa terakhir untuk tahun 2023. Hari dimana aku bercuti mingguan. Sejak pagi lagi aku telah bangkit bersiap untuk sembahyang Suboh. Manakala untuk zohornya pula, bersiap seperti hendak berjumaat dengan menyapu minyak 'attar' yang diberi oleh sepupu yang pulang umrah. Ingatan kepada diri ini amat aku sanjungi. Dia sudahpun menjejakkan kaki ke tanah suci mekah biarpun sekadar melaksanakan ibadah 'umrah'. Bro, awak bila lagi. Insya-Allah, dengan izinanNya, akan kesana. 


Aku akan sedayanya untuk lakukan yang terbaik pada diri disamping menyesuaikan diri ketika bersara nanti. Hendak tidak hendak maka harus bersedia dan menyantuni apa jua yang mendatang nanti. Semua tidak akan tahu apakah yang menunggu dihadapan. Harapnya agar aku tabah hadapi. Beberapa rakan sejawat yang rapat kerap jugalah membuat statement agar berehat lepas sudah bersara nanti. Tapi bila kerap aku diucapkan sedemikian biarpun intonasi mereka yang berkata itu mungkin ikhlas dan tiadapun punyai maksud tersembunyi tapi bagi diri pula cenderung kepada tafsiran yang berbeza. Dalam santai berbual tu, aku clarify-kan makna 'berehat'. Terlantar kat hospital pun adalah satu situasi berehat juga. Respond terkejut yang spontan tergambarkan oleh mereka membuatkan mereka tidak selesa dan dari lenggok bahasa yang dikeluarkan mencerminkan keikhlasan. Namun aku faham akan keikhlasan mereka yang berkata tu tidak bermaksud yang buruk buruk. Cuma sangkaan aku sahaja.


Betapapun, aku lah yang perlu dan terlebih dahulu akan hadapi masa persaraan. Mereka ada beberapa tahun lagi sebelum memasuki alam persaraan dari makan gaji. Lumrah, setiap yang bermula akan menuju ke penghujungnya. Tiada sesiapa mampu menafikan. Masing masing akan tiba saat dan ketikanya. Berdebar menanti adalah normal. Hakikatnya tiada sesiapapun mampu menjangkakan apa yang akan terjadi didepan. Banyak sudah diketengahkan dalam masyarakat dilingkungan akan perkara yang tidak diingini telah berlaku. Dalam pada sihat sihat berbual boleh terhenti nafas. Tergolek jatuh ketika berucap dan siap berbukti dalam bentuk video. 


Ketika melangkah masuk ke Raudahtul Jannah, azan mulai berkumandang. Selesai azan, segera aku ke shaf kedua bersolat sunat. Macam biasa, selesai berjamaah, bertebaranlah melakukan aktiviti memasing. Kita mungkin tidak perlu tahu kemana mereka hendak pergi. Begitu jugalah mereka, tidak akan mahu bertanya kerana semua kita ada urusan memasing. Berlebih lebih ramah, mungkin ada yang kurang selesa. Makanya aku ambil pilihan untuk berteguran kepada mereka yang bersedia untuk berbual berteguran. Mungkin jugalah aku bukanlah salah seorang 'mosque-goer' yang seasoned. I'm a newbie. Orang baru yang mulai menyesuaikan diri menempuhi alam persaraan.


Apapun aku akan cuba sedayanya untuk kerap hadir kerana komitmen kepada kerja shift akan berakhir jua. Kekerapan untuk hadir bersama berjamaah sepanjang hari agak terbatas. Shift pagi, sampai ke rumahpun selalunya sudah lepas waktu maghrib. Manakala, kalau bershift petang, sampai rumah kerapnya menghampiri 12:00 tengah malam. Malahan lepas pukul 12:00 tu adalah biasa sahaja. Hendak dikatakan rugi sememangnya aku telah rugi banyak. Berjamaah dan di masjid lagi lebih banyak fadhilatnya. Faktor usia yang semakin meningkat dan telah terlalu banyak hal tertinggalkan, rasanya tidak mahu aku terus terusan rugi. Aku akan merebut setiap 'peluang' sebagai bekalan untuk dibawa pulang ke alam yang semua kita akan sampai jua. Ini pengharapan tapi ketentuan dariNya tidak siapa mampu menduganya.


Masing masing antara kita punyai pandangan berbeza. Namun dalam hal mati dan kematian ini, semua kita harus mengerti dan comform akan hal yang telah diperingatkan disepanjang hayat kita. Khutbah Jumaat yang mana tanpa gagal perlunya setiap lelaki hadir mendengar. Tidak mungkin ada yang terlepas dengar waima sekalipun akan khatib memperingkatkan kepada kematian serta keadaan di alam barzakh. Samada kita ambil initiatif untuk mengetahuinya secara lebih mendalam atau sekadar mempercayainya semata adalah atas pertimbangan memasing. Setiap tindak tanduk yang kita ambil akan dipertanggungjawabkan.

                                                                Doa Husnul Khatimah...

Bagi yang bijak mengatur kehidupannya tentulah mampu menghadapi penuh tenang. Namun bagi mereka yang melewa dan tidak ambil pot dan dapat kita lihat via corak kehidupan yang mereka dan sesama kita lalui. Bergelumang dengan perkara yang kurang elok dan tidak memberi kebaikan amat kita insafi. Hendak menasihati itu perlu dan harus boleh kita lakukan. Namun keinginan diri untuk berubah perlu kuat juga. Mengharap bantuan pertolongan orang tanpa ada rasa mahu berubah akan 'drag' masa yang lebih lama untuk mengapainya. Ditakuti, kudrat yang makin melemah dan kesempatan yang makin berkurangan membuatkan diri menyesal terngadah tidak kesampaian.


Bagi diri, aku mengharapkan agar perjalanan kehidupan aku ini senantiasa didalam peliharaanNya. Sepertimana dihasratkan dan dipanjatkan didalam doa lepas sembahyang yang tidak jemu jemu kita lafazkan iaitu agar pengakhiran kehidupan adalah dalam 'husnul-khatima' dan bukannya 'su'ul-khatima'.




Monday, December 25, 2023

Menghitung hari

Dirasakan yang pergerakan masa makin cepat. Namun diketika yang sama aku mengharapkan agar ianya seperlahan yang mungkin. Bukanlah pula aku cuba melawan hukum alam tapi adalah sesuatu yang lumrah dan  berkemungkinan juga pada setiap insan mengharapkan apa yang dirinya miliki dan sebolehnya untuk kekal selama yang mungkin. Namun begitu, hakikat alam adalah sebaliknya. Setiap sesuatu itu akan beredar mengikut aturan. Jalannya searah. Mungkin suatu kelebihan andailah seseorang itu dapat menikmati apa jua yang dikurniakan khusus kepada dirinya adalah lebih lama berbanding dengan mereka yang tidak bernasib baik. 


Hal ini perlu direnungkan sedalam yang boleh. Perlulah kita menginsafi diri dan redha atas setiap ketentuan dariNya. Jauh sekalilah untuk merintih akan kekurangan jika diperbandingkan dengan mereka yang 'zahir' kelihatan mewah segalanya mengatasi diri. Bagi mereka yang maklum, apa sahaja yang berlaku menimpa diri adalah 'ujian' dariNya. Perspektif yang berbeza antara sesama kita akan 'kits' panduan hidup kat dunia sejak 1400 tahun yang lalu akan mendatangkan tindakan serta tingkahlaku yang ketara berbeza. Kesemua ini akan mengakibatkan dinamiknya kehidupan yang perlu ditempuhi selagi hayat dikandung badan.


Paling jelas dan punyai pengertian yang jauh dari mengapainya dengan tepat lagi pasti walaupun ianya perkara biasa sahaja adalah akan pemilikan gigi. Ketika memasuki highway ke JB pada awal tahun lagi, aku tersenyum sendirian melihatkan satu billboard dengan statement 'Ceria tanpa gigi' dengan gambar seorang 'veteran' tersengih berposing diatas motor besar. Sebelum ini banyak kedapatan tapi kali ini aku cuma menyaksikan hanya tinggal sebuah sahaja. Banyak sebabnya tu. Apa yang pasti jika bergigi normal, makanlah apa sahaja pasti tidak mendatangkan masalah. Rasa nikmat hanyalah diri sendirilah yang mampu membandingkan. Tatkala ketiadaan gigi, bagi yang telah mengalaminya, tentulah sedikit berbeza. Bohonglah andai dikatakan makan menggunakan gigi palsu adalah lebih enak. 


Melihat kedalam diri, dengan hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk aku kerja makan gaji, terasa gerun pun ada. Kita sebenarnya tidak ketahuan akan apakah 'package' yang menanti buat diri. Samada ianya mengembirakan mahupun akan berdukacita adalah 'kejutan'. Tentu sekali aku mengharapkan yang baik baik akan terjadi khusus kepadaku.


Allah swt adalah Maha Adil dan Maha Mengetahui akan perjalanan hidup setiap insan. Segalanya sudah diatur dengan sempurna. Namun, kita sahaja yang tidak ketahuinya dengan jelas nyata. Apapun senantiasa berharap agar aku diberi kelapangan dan juga agar dpermudahkan segala urusan. Ameen.

Wednesday, December 20, 2023

Mampukah menolak...kenyataan

 21 DECEMBER 2023, 12:27


Mampukah menolak...kenyataan


Seminggu ini heboh diperkatakan orang akan 'gelagat' seorang anggota keselamatan yang melanggar maut seorang budak sekolah yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Bukti penyaksian oleh orangramai yang kebetulan berada ditempat kejadian serta rakaman oleh mereka yang terdetik mahu merakamkan kejadian tersebut. Apapun terimakasih keatas 'keujudan' gadget 'smartphone' yang mudah menangkap gambar serta video impromtu. Sebab musabab sehinggalah terjadinya insiden yang meruntun perasaan lebih lebih lagilah kepada keluarga si-arwah boleh dicapai dengan mudah. Klik sahajalah pautan untuk membaca dan saksikan video yang banyak beredar di alam maya untuk menilainya sendiri.


Ini yang dilaporkan...-maut-dilanggar-pelaku- ...dan terpulanglah untuk memahamkan mengikut pandangan sendiri.


Hakikatnya, benda sudah terjadi. Hendak menafikan adalah an uphill battle. Tidak mungkin akan menang dan akan menjadi sesuatu yang menghairankan kepada seluruh rakyat andailah, ya ini andailah, si pelaku terlepas dari tuduhan membunuh. Sukar menidakkan hakikat nyata ini dan berdepan dengan penyaksian orang ramai ditempat kejadian. 


Hal malang dan kemalangan bukanlah kita yang mahu ianya berlaku. Tetapi apabila ianya hadir, maka semua kita perlu akur akan ketetapan Illahi ini. Bukan kita yang menentukan tapi kehendak Allah swt yang merencanakan sesuatu untuk berlaku. Bila ianya berlaku, maka akan terserlah segala kepincangan yang selama ini kemas tertutup rapi. Bila tiba ketikanya Allah mahu menyingkap maka tiada sesiapapun yang mampu menolak menafikan.


Dek, mungkin telah terlalu kerap terlepas, panas baran yang diperakui sendiri oleh sang isteri dan tibalah masanya untuk dirinya terngadah memikirkan keterlanjuran perbuatan. Memang seperti mahu dipersaksikan kepada semua insan akan sejauh dan setakat manakah yang dia mampu dan sanggup menafikan perbuatan yang dilakukannya. Pembohongan pertama akan membawa kepada pembohongan seterusnya hingga akhirnya akan terserlah tanpa disedari akan salahlakunya itu. Kewajaran apakah yang boleh digunapakai dalam atasi kemelut diri. Tengokkan sahaja. 


Setahu akulah, menjadi kebiasaan, bilamana sudah membuat sesuatu yang bersalahan maka tidak dapat tidak akan cuba mempertahankan tindakan yang telah diambil demi membuktikan yang dirinya dipihak yang benar. Caranya dengan menjustifikasi tindakan yang diambil itu adalah bersebab. Samada akan ada orang percayai mahupun tidak, keyakinan yang disogok dipertontonkan sehinggalah ketahap mempengaruhi orang lain untuk turut memperakuinya akan dipegang dipertahankannya. Walaupun pada pandangan orang awam dan majoritinya memihak kepada si-mangsa adalah sebaliknya iaitu bertentangan dengan apa yang dijaja oleh si-pelaku. Senang cakap lawan arus.


Teringat lagi aku akan press conference yang dibuat oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) yang baru, Datuk Seri Mohd Shuhaily, berucap bersulam dengan bahasa inggeris lagi, akan sedayanya membanteras segala kepincangan dalam kalangan anggota bawahannya. Pertegaskan rasuah bukanlah budaya yang perlu senantiasa menjadi 'stigma' kepada anggota polis.


Siapa sangka dan tidak siapapun menduga yang kes terkini ini akan menjadi 'precedented case'. Semasa berucapnya dulu selepas dinaikkan pangkat rasanya bulan September dan sekarang ini pertengahan Disember berlakunya hal yang tidak terfikirkan boleh terjadi. Insiden yang tidak terjangkakan ini barang tentu akan mencabar kewibawaannya dan menjadi perhatian orang. 

                                                    Berkobar Dato' Shuhaily berucap.

Dan ini pula laporan bertulis oleh pihak media yang hadir pada sidangnya...-beri-amaran-polis-henti-bersekongkol-dengan-sindiket/

                                                    Hakikatnya...


                                        

Apakah kesudahannya. Kita tiada jawaban pasti. Hanyalah mereka yang dipertanggungjawabkan dalam menjunjung kedaulatan undang undang untuk membuktikan setiap yang diikrarkan masa memegang jawatan dahulu. Kita sandarkan kepada mereka ini yang diberi amanah untuk menjalankan tugas dengan betul penuh berhemah. Tanpa perlu takut pada ugutan serta amaran agar segala undang undang yang termaktub tidak diperlekehkan oleh mereka yang diberi tanggungjawab dan amanah kepada negara.

Tuesday, December 12, 2023

Masih tak leh nak move-on

 12 DECEMBER 2023, 10:19


Masih tak leh nak move-on


Semalam, hujan lepas Asar. Agak lebat jugalah. Memandangkan aku telah berjanji hendak menghantarkan 'shipment' kepada seorang rakan yang menjalankan 2 pekerjaan seharian maka haruslah aku tunaikan juga. Seingat akulah, jumaat ataupun sabtu, semasa aku tengah bertugas dia, Hussin Ajit, yang sebaya tapi tidak bersama sekelas masa di tingkatan 4 & 5 membuat panggilan. Dia bertanyakan tentang tugas jahit 'tulang belut' yang diberikan pada minggu lalu samada telah siap ataupun belum. Pantas sahaja aku maklumi dia yang tugasan itu telahpun siap. Cuma menantikan hari Isnin(11/12) ketikanya aku bercuti untuk aku menghantarnya kat Padang Temu.


Sesampai dirumah persinggahannya itu, dia tengah terbongkang tidur. Sebaik berada di muka pintu yang terlopong terbuka, akupun beri 'salam' padanya. Cecepat dia bingkas bangun menjawab ucapan salam dari aku. Terlayang katanya lepas hujan dan berseorangan dirumah. Aku lagilah cucuk, memang timing baik punya bilamana tiada sesiapa untuk dilawan bercakap, aktiviti yang lebih 'afdal' adalah taking a nap. Gelak dia bila aku beri komentar demikian. Dalam perjalanan ke rumah persinggahannya itu, aku harus melalui jalan yang menempatkan warung kopinya. Kelihatan bertutup. Terdetik hendak bertanya meniagakah sahabat aku pada petang ini.


Jalan berkeadaan agak licin. Berhati memandu adalah kemestian dalam situasi yang memungkinkan apa sahaja untuk berlaku andai tidak hemah dalam pemanduan. Orang yang berpengalaman serta bertahun memandu pastinya akan lebih berhati hati dan tentunya lebih maklum. Semua kita kalau boleh tidak mahu terjebak dalam kemalangan. Namun andai itulah ketentuan dariNya maka haruslah kita bersedia hadapi dan harunginya penuh tabah. Aku terlihatkan dalam kita memandu didalam gerimis petang, ada juga insan yang terpaksa mengharungi bermotor. Bukan hendak berbangga tapi itulah yang terlihatkan. Nasib antara kita berlainan. Berhujan meredah jalan yang sedikit licin tentulah telah diambilkira keperluan untuk bergerak diketika itu. Mungkin perlu segera kedestinasi tujuan membuatkan tidak mungkin untuk menangguhkan perjalanan.


Masing masing dari kita punyai perjalanan corak kehidupan yang berbeza. Tiada pilihan tapi perlu hadapinya selayaknya. Samada mampu ataupun gagal mengemudi mengikut rentak maka sendirilah yang harus tanggung. Jaya gagalnya bukan kita yang menentukan. Segala sesuatu itu terpulanglah kepadaNya jua. Setiap hal adalah 'ujian'. Suka ataupun tidak, semua kita perlu menerimanya penuh rela.


Didalam harungi kehidupan ini dan pada pandangan zahir kita dan menurut kayu ukur sendiri merasakan 'perit' kehidupan yang harus mereka lalui. Berbanding dengan diri, konon, sedikit baik berbanding dengan mereka. Namun harus diingati dan senantiasa berwaspada akan kemungkinan yang sama juga boleh terjadi pada diri. Tiada, sebenarnya istilah 'bernasib baik'. At anytime, segala bentuk pancaroba kehidupan akan ditimpakan. Cumanya segera dihadapi atau mungkin bertahun lagi dan lebih merumitkan situasi diketikanya kudrat tidak berupaya untuk menggalas.


Semasa hendak memasuki susur kiri di persimpangan ke perigi Hang Tuah, Duyung dipetangnya hari ini terlihatkan insan insan yang gigih mencari 'rezeki'. Kita hanya mampu melihat pergerakan orang dijalanan. Kita pastinya tidak akan tahu apatah lagi untuk mengerti akan usaha yang sedang mereka lakukan saat itu. Bersejukkan diatas jalan yang mulai jammed menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dan kerelaan diri demi menyara diri dan keluarga. Pelbagai aktiviti perekonomian dijalankan. Semua kita adalah penggerak dan penjana ekonomi negara. Cumanya berapa significant-nya aktiviti yang kita jalankan itu dalam menggerakkan ekonomi keseluruhannya. 

Gambar gambar yang sempat ditangkap semasa dalam pemanduan menceritakan betapa berusahanya bangsaku mencari rezeki ditanah kelahiran. Pedih melihat tapi merekalah lebih perit menghadapinya.



Rezeki buat keluarga

Support perniagaan orang kita

Tidak kira waktu, menyara keluarga

Bahaya tidak dihiraukan


Adalah sesuatu yang janggal dan benak memikirkan bilamana ada yang mengeluh akan ketiadaan pekerjaan untuk dilakukan. Bila seseorang 'claimed' untuk kekal menggangur disebabkan ketiadaan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan, adalah tidak mustahil untuk peluang 'rezeki' yang terhidang dan hanya perlukan sedikit usaha dan imaginasi dalam bertindak untuk sesama merebut peluang dalam memertabatkan diri. Berharap dan menunggu peluang untuk datang bergolek adalah sesuatu yang mustahil untuk berlaku.


Sebab itulah, kebanjiran 'pati' dan warga asing beramai ramai datang ke negara tercinta ini sedayanya cuba merebut 'rezeki'. Tidak terbendung. Tidak adakah pihak yang berkuasa menangani kedatangan mereka ini. Alasan 'lapok' yang diutarakan oleh insan yang kini berjawatan presiden parti terbesar melayu wewenangnya menegaskan bangsa dia sendiri tidak mahu bekerja dalam '3D sector'. Sehinggakan sanggup menjemput bermuslihat seramai 1.5 pekerja asing dari Bangladesh dan turut mencabar belia belia kita untuk turut berpartisipasi dalam pekerjaan 'Dirty, Dangerous and Difficult'. Seingat akulah video ucapan beliau pernah viral. Kebanyakan mereka yang turut ada dalam perjumpaan dikalangan orang melayu itu mem-boo-kan idea bodohnya itu. Hal ini terjadi beberapa tahun yang lalu sebelum kedatangan Covid-19 lagi.

Boleh rujuk artikel ini yang jadi viral ketika itu...pekerja-bangladesh dialu-alukan.


Juga video respond dari orang tempatan...1.5juta+bangladesh+viral+video


Bukanlah aku hendak pertikaikan tapi kebimbangan yang aku jangkakan dan mungkin buat mereka yang prihatin turut sama merasakan kesan akibatnya nanti. Kini, kedatangan yang tidakpun dialu-alukan telah memakan diri. Alasan orang luar lebih gigih dan menghargai peluang serta disediakan dengan pelbagai kemudahan untuk mereka bertapak akhirnya menimbulkan pelbagai masalah kepada kita. Masalah sosial dan kesihatan adalah paling ketara. Tidak nampak pun satu pendekatan yang mampan didalam mengatasi kemelut ini. Segalanya seolah dibiarkan kepada rakyat dibawah untuk sendiri sendiri harungi.


Banyak sudah contoh contoh dimana mereka ini sudah mulai menunjukkan 'belang'. Angkuh dan tidak bermoral sampai sanggup ketahap menghina bangsa Melayu. Mana perginya penguasa negeri dan negara yang pandai dan bijak mempengaruhi mengundi mereka sebagai pemimpin. Takkanlah menikus. 


Hujung hujungnya, hanyalah kita yang menjaga kita. Pedulikan mereka yang diberi dan ada kuasa kononnya tapi terikat patuh pada 'pemuafakatan' yang tidak menguntungkan bangsa melayu sebagai peribumi tanah bertuah nenek moyang kita ini. Kita susun dan atur strategi untuk bangkit perjuangkan hak yang makin terhakis ke tangan pendatang yang tidak ubah seperti 'kaduk naik junjung'. Tidak sedar diri asal datangnya ke sini. Alih alih cuba cuba berlagak menjadi tuan.


Jangan kita berpeluk tubuh lagi. Ayuh, bangkit bangsaku. Perjuangkan hak dan tuntut kembali akan apa yang terlepas dan sebenarnya milik kita.

Monday, December 11, 2023

Sekadar membandingi

10 DECEMBER 2023, 23:50

Sekadar membandingi

Siang tadi ketika menyampai kerumah, berehat menormalkan suhu badan ketika pemanduan pulang dari tempat kerja dengan suhu didalam rumah dan ketika merehatkan diri di 'gaming chair' yang telah setahun dibeli dan ada cadangan untuk 'tangkap' yang lagi bagus, aku on-kan smartphone. Fb menjadi pilihan seketika itu. Buka buka sahaja, artikel mengenai hal persaraan terpampang via The Star. Eventhough artikel itu didalam bahasa inggeris, pembacaan aku tidak pula terganggu olehnya. Memahami dan boleh converse  dengan selesa. Apa yang mahu disampaikan oleh penulisnya dan sekejapan sahaja aku menghabisi pembacaan. Untuk memungkinkan aku mengulas kemudiannya memandangkan waktu Maghrib sudahpun sampai, aku save  dan 'siarkan' didalam FB aku pula . Akan mengulangi semula untuk aku ulas kerana isi kandungannya memang tepat mengenai diri dan perlu ditelaah penuh teliti.

Inilah article yang terpanggil untuk aku mahu perkatakan, seniors-start-planning-early-for-their-golden-years

Bagi mereka yang berumur lebih rendah, tentulah menganggapnya tidak begitu penting. Buat apa hendak peningkan kepala. Sedangkan aku yang hanya tinggal cuma sebulan setengah sahaja lagi akan menamati zaman pekerjaan secara mandatory tentulah berlainan tanggapan. Umur persaraan adalah 60 tahun. Aku akan menyambut ulangtahun kelahiran ke-60 adalah on 02/02/2024. Lama sudah aku menyedarinya. Malahan sejak aktif menulis di digital platform, aku paksakan pada diri untuk menjadikan semacam tradisi pula untuk menukilkan sesuatu pada hari kelahiran. Seingat akulah bermula dari kelahiran ke-45 dan diteruskan setiap tahun. Pastinya akan ada satu coretan 'khas' sebagai tanda kenangan. Kebiasaan yang sekarang ini seolah sudah 'second nature' sifatnya yang mana kalau sehari tidak mencoretkan sesuatu seperti ada yang janggal pada hari berkenaan. Sukar hendak dipisahkan dan itupun kalau ada sesuatu hal yang tidak dapat aku elakkan untuk diselesaikan. Aku senantiasa akan memperuntukkan ruang masa walau seketika cuma untuk luahkan pandangan pendapat semasa. Lintasan idea sedayanya cuba aku zahir dan dokumenkan sebaik mungkin.

Sejujurnya aku agak terpukul jugalah bila membaca artikel yang ditulis di The Star ini. Sesuatu yang berkemungkinan untuk berlaku menjadi 'inner-core', seolah aku turut diheret sama membimbangi akan hal yang mungkin pasti dan mungkin juga untuk tidak berlaku in the near future. Bukanlah menjadi peramal masa depan tapi apa yang cuba diutarakan oleh penulis ini sememangnya telah aku ketahui. Tidak perlupun diingatkan. 

Hasil dari pembacaan dari pelbagai sumber juga melihat akan kisah penuh 'tragis' dan meruntun perasaan video yang disebarluaskan oleh pelbagai media sosial serta penyaksian mata kepala aku sendiri akan mereka yang samada dikenali mahupun tidak dilingkungan sudah cukup malah memadai untuk aku ambil ikhtibar. Namun bilamana aku secara santai membaca dengan kaki menjulur di bucu katil sebelum membersihkan diri, artikel ini begitu 'deep' menyentuhi hati. Apa tidaknya, usia yang pantas 'berlari' ke garisan penamat tentu sahaja akan aku 'associate-kan' kepada diri.

Adalah sesuatu yang lumrah untuk membandingi dengan apa yang terjadi kepada orang lain serta apa yang mereka 'miliki' juga persediaan persaraan memasing. Aku seperti diajak untuk bersiapsiaga akan sebarang kemungkinan. Kita harus akui hakikat sesuatu yang bakal berlaku adalah tidak berbaloi untuk meramalnya. Segala sesuatu itu bukankah atas ketentuan dariNya. Namun diwaktu yang sama adalah tidak menyalahi untuk pastikan yang kehidupan kita didunia ini didalam situasi yang baik. Biasa kita dengar ungkapan 'Berusahalah untuk akhiratmu seolah kamu akan mati esoknya dan berikhtiarlah dengan kehidupan duniamu seolah kamu akan hidup seribu tahun lamanya. Banyak artikel yang menarik dan bersesuaian lagi bertepatan akan statement ini. 

Antara yang paling related adalah...-bekerjalah-untuk-duniamu-seolah-kau-hidup-selamanya-

Sememangnya kita tidak akan tahu akan apa yang 'menunggu' dihadapan kita nanti. Ketetapan atau takdir(root dari bahasa arab) dan kini seolah kata pinjaman ini dan bagi yang tiada pernah mahu menyiasatnya akan mati mati mengatakan yang ianya adalah berasal dari bahasa Melayu which actually was not. Memandangkan artikel yang datangnya dari The Star dan tentu sekalilah, readernya pun kebanyakkan adalah Cina, India dan lain lain maka respondent yang di-interview juga adalah bukan Melayu. Sebab itulah, dari pemerhatian aku dan selari dengan apa yang dipekatakan oleh mereka ini lebih cenderung kearah duniawi semata. Berbangga dapat memiliki harta untuk masa persaraannya nanti. Sudut pandang lebih tertumpu kepada pengumpulan harta yang mencukupi mengikut tafsiran mereka sebagai persediaan ketika diusia tuanya. Tidak salahpun berfikir sebegini dan bagi reader termasuk aku, kita amat menyambut baik tindakan yang diambil oleh mereka yang terpilih untuk ditemuramah itu. Boleh aku katakan tindakan yang bijak tapi setakat itulah sahaja. Apa tujuan dia dihidupkan kat dunia ini. Tahukah mereka ini. Adakah semata mata kumpul harta, beranak dan mati akhirnya.

Begitupun sebagai seorang yang beragama Islam sudut pandangan tentang masa depan adalah sedikit berbeza. Mereka memikirkan akan apa yang dapat mereka jangkakan sedangkan apa yang akan terjadi adalah sesuatu yang tidak terjangkakan. Bagus expect the unexpected. Bagi kita pula, kehidupan tidak terhenti setakat didunia semata malah perlu berterusan kealam akhirat pula. Rasanya semua kita terlebih maklum akan kehidupan disana nantinya adalah kekal selamanya. Pastinya juga kita telah juga ketahui perbandingan masa kat dunia dengan alam akhirat. Maksudnya adalah perlu dan berusaha sedayanya untuk membawa bekalan yang mencukupi kesana disamping tidak melupakan kehidupan didunia ini.

Setakat ini jarang pula aku terjumpa suatu penulisan yang santai di media arus perdana akan pelaporan persediaan kesana oleh pemberita muslim. Hal ini perlu dihebohkan dan perlu menjadi perhatian utama kepada muslim di usia persaraan mereka. Kita dengan cara kita dan biarkanlah mereka yang 'ingkar' sampai ke tua itu dengan pandangan hidup mereka pula. Persiapkan diri dan saling mengingati sesama akan kematian yang sememangnya pasti dan makin mendekati sebagai pemangkin untuk berusaha bersungguh sungguh agar hidup kita diredhai olehNya.

Biarpun sisa hidup yang makin singkat, ingat mengingati semasa kita kita perkejapkan membudaya didalam kehidupan. 

Thursday, December 7, 2023

Bersantai sambil mengenang kisah lama

Bersantai sambil mengenang kisah lama

Dikesempatan yang mendatang ini, aku ambil sedikit masa 'off' dari berterusan menekuni pembelajaran kendiri bahasa arab aku. Seminggu dua ini, aku telah mengandakan kekerapan menyelak melatih mengingatkan sesuatu mengenai beberapa topik akan nahu bahasa arab untuk aku membiasakan diri. Perlu ada kesungguhan. Perlu juga paksa diri untuk kekal fokus. Jangan selalu berenggang, kelak nanti akan kesulitan dalam mengenal memahami akan perkataan arab yang sering dibaca dilafazkan. Lebih kerap tentunya lebih baik.


Begitupun, apa yang lebih penting dengan berdikit dikit ini akan menambahkan lagi keyakinan diri. Mudah lupa adalah adalah kelemahan diri yang paling ketara. Bagaimanakah mampu untuk aku elakkan situasi sebegini. Nampaknya tiada cara lain melainkan kekerapan mengulang dan mengulang berulang ulang sehingga ianya sebati diingati.


Hendak dikatakan sukar tidaklah sesukar mana. Kemampuan diri kalau sanggup lakukan, buatlah berperingkat. Mulakan dengan sesuatu yang mudah. Ingatkan bersungguhan. Kemudian pertingkatkan lagi. Kemudian ulang lagi ikut aturan. Lama kelamaan ianya pasti akan menjadi 'second nature' pada diri.


Pastinya, peruntukan masa yang cukup dengan tumpuan yang berpusat serta sedayanya elakkan dari sebarang gangguan memungkinkan ianya menjadi mudah dan 'comfortable'. Jangan cepat 'complacent' dengan pencapaian yang tidak seberapa. Mana tahu sekejap sahaja kalau Allah swt hendak 'terbalikkan', semuanya lebur hancur.


Diwaktu yang sama, perlu dan terlebih penting untuk memanjatkan doa agar setiap yang kita usahakan diredhai olehNya. Memohon izinanNya menjadi azimat kunci pengguat untuk kekal berusaha bersungguhan.


Moga moga aku terus dibantu kearah ini. Ameen 

Wednesday, December 6, 2023

Harus terima hakikat

 06 DECEMBER 2023, 00:25


Harus terima hakikat

Didetik ini aku perlu akui yang kudrat diri tidak sama jika diperbandingkan ketikanya aku diawal remaja. Diamat amati lebih teliti maka terserlahlah yang segalanya begitu berjarak ketaranya. Memang beruntunglah buat mereka yang menyedarinya dan disedarkan oleh mereka yang prihatin terhadap dirinya atau mungkin juga 'takdir' yang mengkehendakinya sedemikian. Lalu cepat bingkaslah dirinya fokus terhadap keperluan diri seiringan dengan peningkatan usianya. Kekadang terawal dari masanya untuk diuji. Maka terlebih patutlah dia bersedia dengan segala kelebihan diri hadapi segala dugaan hidup yang mendatang. Namun begitu hanyalah mereka yang 'terpilih' sahajalah mendapat  'privilege' anugerah. Manakala yang biasa biasa macam aku ini lebih kepada 'trial and error'. Untung sabut timbul...kalau untung batu, tentulah tenggelam.


Dari sehari ke sehari dirasakan makin sukar untuk fokus apatah lagi mengingati akan apa yang ingin aku perkemaskan pada diri. Bukanlah aku mengeluh sesangat tapi tetap berasa kehairanan akan betapa payahnya diri dalam mengapai 'sesuatu'. Projek mempelajari akan 'bahasa arab' dari kendiri kemudiannya berbimbingan berdepan dan ditambahi dengan secara 'online' demi mempertajamkan daya ingatan agak sukar digenggam. Apa mungkin aku lebihkan fokus pada kerjaya cari makan yang kini berbaki cuma kurang dari 2 bulan. Mungkin jugakah aku banyak sangat memikirkan hal seputar kehidupan masyarakat setempat serta keluarga yang sedikit sebanyak merungsingkan hati. Lebih hebat lagi akan terbacanya tanpa dipinta mengenai kesulitan serta permasalahan yang berlaku semasa serta tersebarluas didalam sosial media. Terlalu obsess-nya aku akan cerita dan kisah yang dipaparkan melintasi 'fyp' aku makin menekan diri.


Ibarat tiada beban batu hendak digalas. Segala bentuk hal yang 'cuba' mengalih tumpuan perlu sangatlah aku kesampingkan. Malangnya, aku bukanlah orangnya yang 'cekal' tidak menghiraukan sekitaran. Aku juga bukannya seorang yang 'selfish' yakni cuma pentingkan diri semata. Hasrat aku, kalau boleh...ya, kalau bolehlah mahu semua kita samada yang dikenali dan tidak dikenalipun punyai kemampuan untuk memahami isikandungan al-quran. Terabai dan terpinggir bagi mereka yang kurang 'agama' pada diri dari mencungkil 'khazanah' ilmu dan panduan yang tersedia ada untuk diguna dimanfaatkan demi kesejahteraan sekelian alam. Jauh rasanya tertinggal dan baru kini mulai celik dan disedarkan buat diri olehNya.


Hajat dan hasrat yang lama terpendam, sedikit demi sedikit dipertunjukkan. Aku mulai faham berdikit dikit akan perintah peringatan serta tegahan yang disampaikan melalui Nabi Muhammad saw dengan perantaraan malaikat Jibrail lebih 1400 tahun yang telah berlalu. Hendak dibilang lewat, ya memang telah dipenghujung hayat baru mulai tersedar. Setiap orang mengikut 'skrip' perjalanan kehidupan yang berbeza. Pun begitu, rasa iri kepada mereka yang lebih segalanya dari diri ini tetap membekas. Aku bukanlah sempurna serba serbi apatah lagi untuk diikhtiraf 'maksum' dan tentulah sesuatu yang normal untuk berkelakuan sedemikian. 


Selagi mana aku diberi kesempatan masa, aku tidak harus berlengah lengah untuk rebut mana yang berharga dan yang telah tertinggal dan yang tidak dihiraukan. Aku tidaklah sampai menyalahkan orang lain pula atas kekurangan dan kepincangan yang mana perlu aku berusaha sendiri sedaya mungkin. Harus lebih fokus. Tidak perlu leka dan dilekakan dengan permainan sandiwara dunia.


Selalu sangat aku mengharapkan agar diri dipermudahkan dalam segala urusan kehidupan. Mana silapnya. Kalaulah tidak diperturuti aturan dan tertibnya mana mungkin apa yang dipinta dihajati akan tercapai. Sedar sesangat sudah, sesuatu tidak akan berlaku tanpa mengikuti aturan yang ditetapkan. Hendak pandai kenalah belajar. Hendak mahir kenalah banyak berlatih. Kalau asyik berangan dengan 'kalaulah...aku dulunya...', nampak gayanya sampai kesudah tidak bertemu pengakhiran yang didambakan.


Terserah....tepuklah dada, dan tanyalah sejujurnya akan hati... .

 

Thursday, November 30, 2023

Abadikan nama kat pokok...

 29/11/2023 12:06 


Idea menulis tengah banyak pula yang datang. Masih berkisar pada hari Isnin yang baru berlalu. Ketika aku memandu pulang dari KKM Ayer Keroh, aku 'on-kan' siaran Radio Klasik layankan lagu lelama. Setelah selesainya beberapa lagu dengan diselangi celotehan pengendali rancangan pada tengahhari ini, berkumandang pula lagu dari Sanisah Huri, pasti lagu darinya. Penyanyi era 70-an yang banyak menyanyikan lagu cintan cintun. Hampir kebanyakkan lelagu nyanyiannya meluahkan rasa kekecewaan dan keresahan bercinta di zaman itu. Harapan agar tidak dikecewakan 'jantan' serta pengharapan yang menggunung tingginya akan kesetiaan pak we idaman moga moga penamatnya adalah ke jinjang pelamin. 

                                                                Sepuluh tahun yang lalu

Perkara yang belum pasti jadi tidaknya tapi sedia maklum pula untuk menjadi kenyataan. Boleh main pepandai sendiri. Orang tua sudah ditolak ketepi gamaknya. Keinginan untuk segera disatukan walaupun nampak macam 'desperate' saja mahu berumahtangga agar tidak digelar 'andartu' sering menghantui sang dara ketika itu. Seboleh mungkin, secara peribadinya, mahu terhindar dari di-chop sedemikian. Stigma gelaran yang paling tidak disukai oleh remaja perempuan tapi masih beradab tidak melawan ejekan mereka yang berpangkat mak saudara dan juga tumpang sekakinya mereka yang dikenali yang baru menjadi isteri orang sememangnya sesuatu yang meresahkan diri. Cubalah buat 'cabaran' serupa pada sekarang punya masa. Mahu kena 'carut' gamaknya. Tidak kiralah awak tu muda ke atau yang lebih tua juga yang sudahpun tua. Kasi 'langgar'. Zaman sudah berubah. Golongan muda tidak boleh diperlekehkan sembarangan. Jangan buat tidak tentu dan ikut pandai selar sembarangan. Padahlah yang mendapat.


Bila si Sanisah ni mengungkapkan rangkap...'pada pohon ditepian danau, tercatit namaku dan namamu...', spontan sahaja aku membayangkan tanda 'love' antara nama dia dengan nama pak we-nya. Sebelum meneruskan penulisan, aku surf youtube untuk lagu tersebut. Namun tidak ketemui. Paling dekatpun 'Sejak Berjauhan'. Hampir hendak give-up aku. Bila tengok penyanyi wanita yang muncul terpapar selain si Sanisah ni, Rafeah Buang turut terpaparkan. Akhirnya berjaya juga aku mendapatkan lagu yang aku maksudkan. Rupanya, tajuk lagu yang keudara masa perjalanan balik dari KKM Ayer Keroh itu adalah dari nyanyian Rafeah Buang, 'Setelah Sepuluh Tahun Berlalu'. Jauh tersasarnya. Aku sangkakan lagu Sanisah Huri, rupa rupanya tidak. Suara kedua mereka ini hampir dan seakan akan sama. Saya akan letakkan kedua dua lagu ini sebagai mencari titik persamaan mereka. Bukti yang akupun boleh tersilap jangka.

                                               Semenjak Berjauhan... hampir bersamaan

Persoalannya, disebalik kekangan masa dan terhadnya kaedah perhubungan di zaman 70an itu, masih sempat lagi bermadu kasih. Diperbandingkan masa kini, sekelipan mata sahaja dan sebarangan waktu sahaja dapat berhubungan. Tidak kira malam mahupun siang. Pantas berhubungan. Malahan boleh ber-video 'call'. Era 70-an, terma ini serta 'smartphone', 'voice-call', 'message via whatsApps' yang sepantas kilat ni tidak terlintas untuk diucap difikirkan. Evolusi komunikasi yang semakin pantas berkembang memungkinkan ianya sesuatu yang biasa dan normal dewasa ini.


Agak-agaknya mereka pergi ke tepian danau itu...naik apa eeeh. Terbatasnya pergerakan namun ketepatan masa untuk bertemu amat aku respect. Tidaklah semacam zaman sekarang ini. Bermacam macam helah dan alasan diberikan siap berbukti lagi serta disalurkan ke buah hati seketika itu juga. Dari bait lagu dari mula, meeting point-nya di-tepi danau. Danau nie, kononnya bila sebut rasa lebih puitis dari sebutan tasik. Hendak nampakkan romantiklah konon. Gambaran keadaan burung tengah berkicau kicauan dengan bunga teratai yang kerap ada di dalam tasik sedang berkembangan seolah 'appreciate' meraikan pertemuan dan sekaligus endorse ikatan kasih mereka berdua. Hinggakan batang pokok yang tidak mengerti apa apa turut terkait dan menjadi mangsa 'vandalisme' mereka.


Namun ternyata, perancangan mereka tidak sampai kemana. Cuma lebih kepada perasaan pihak perempuan diberatkan manakala dari pihak lelakinya pula tidak 'jelas' dimaklumkan. Cuma sekadar beritahu agar 'orang' lain bersimpati dengan dia bilamana sekadar disebutnya mamat yang dipujanya menghilangkan diri tanpa sebarang alasan. Banyak puncanya untuk 'break-off'. Punyalah tinggi pengharapan dan saling berpakat berjanji sampai 'due date' menjangkau 10 tahun, pastilah ada sebab musababnya. Aku tidak berani mengagak mengandaikan. Namun hajat yang boleh dikirakan tahap 'mesti jadi' sepertimana dinyatakan dan dapat di-visualise dan dimegertikan oleh si-dia mungkin menyebabkan dirinya menjadi agak risau dan panik andai tidak mampu menjadi kenyataan. Dapat dapat lagi, jantannya belum punyai kerjaya yang mantap dan berpendapatan tetap lagi lumayan. Makanya, jalan terbaik semasa itu adalah dengan 'cabut lari' dan tidak sanggup membebankan diri. 


Bukanlah aku hendak menyebelah si mamat ni. Namun secara prinsipnya sebelum berhasrat menjadi 'ketua keluarga', lelaki perlu ada 'keyakinan' diri dalam semua hal. Kecukupan material yakni kemampanan ekonomi dalam merancang kehidupan dimasa hadapan adalah priority. Selain itu banyak faktor lain yang perlu dipertimbang dan diambilkira. Ilmu keagamaan dan ilmu keibubapaan perlu mantap. Jelas diawal lagu inipun hal keagaman dikesampingkan. Boleh pula berdua duaan ditempat sesunyi terhindar dari pandangan orang. Port perjumpaan bukan main jauhnya, tepian tasik sebelah pagi dalam 10 pagi membawa ke tengahhari. Mungkin terlajak berasmaradana sampai ke petang gamaknya. Zohor dan Asar pakai langgar rasanya. Kau rasa...patut ker.


Ending lagu ini, buatkan aku simpati terhadap pompuan. Aku sebolehnya tidak tergamak hendak hampakan hati orang yang amat berharap berhajat ni. Memang, memang aku tidak boleh dan sebolehnya aku tidak rela terjebak didalam situasi sebegini. Merintih sesungguh dia. Kenapa dia ditinggalkan macam itu sahaja. No information. Betul... kekangan perhubungan menjadi penyebab. Hendak bertanya tidak tahu dimana, sedangkan boleh sahaja dia berikan alamat terkini via suratlah ketika itu kalau dia masih cintai buah hati yang macam 'desperate' tu. 


No komen, hanya sang lelaki itu sahajalah yang ada jawaban paling pasti.  

Tuesday, November 28, 2023

Malas yang tiada berasas...

28 NOVEMBER 2023, 08:56

Malas yang tiada berasas...

Semalam aku ke KKM Ayer Keroh mengambil 'ration' ubatan penyakit yang aku hidapi untuk selama sepuluh hari in advance. Masa berhenti di lampu isyarat Ayer Keroh/Bukit Beruang, aku mendapat panggilan dari staff pagi yang bertugas menanyakan sesuatu. Terus terjah mengingatkan aku akan 'promise' yang dituntut pelanggan pada Ahad pagi. Tetiba aku recall appearance dia, bertopi ala askar jepun, berseluar sukan ber-tshirt serta mengenakan sports shoe. Sempat lagi pada pagi Ahad itu tanyai dirinya secara santai, baru habis jogging ker...'. Pantas dijawabnya, baru habis trained bebudak main tennis, saya coach....bla bla'. Baru aku teringat akan keperluan customer nie, En. Yunos, memohon mendapatkan 'sales receipt' Midea fan yang dihilangkannya tapi claimed yang cashier tidak memberinya. Tujuan adalah untuk daftar e-warranty fan yang dibeli itu. Biasalah, customer is always right, yang memakan diri.

Tapi terjahan staff secara mendadak tanpa perkenalkan diri membuatkan aku agak terkilan. Bila ditanya pasal customer tentang hal ini, aku bertanyalah balik - 'siapa ni, lalu dijawabnya Farhan.' Oh, awak...tolong ceritakan balik.' Lalu barulah dia briefkan aku satu persatu untuk aku hadamkan kisah ini walaupun aku sudah sedia maklum akan cerita itu. Kekadang, budak budak baru hendak up ini perlu diajar cara bertanya beradab dengan orang. Tidak kiralah baik dianya muda ataupun yang lebih dewasa. Harus tahu proper way beretika dalam berkomunikasi dengan orang. Lepas aku terangkan duduk perkara sebenar dan meminta rujuk kepada En. Zaki yang mana telah aku arahkan menghubungi dan menyerahkan salinan receipt kepada ownernya. Tolong hubungi Zaki untuk bereskan. Sebaik selesai bercakap dengan En. Farhan ini, akupun letaklah phone di seat kereta. Seketika kemudian bilamana lampu trafik bertukar 'hijau', aku segeralah meneruskan perjalanan ke destinasi tujuan.

Menjadi kebiasaan ketika menunggui petugas di Bilik No. 4, petugas akan mengurusi setiap kad rawatan pesakit yang perlu diletakkan didalam bakul diluar bilik, aku akan membelek belek phone sementara nama belum dipanggil petugas. Bila seluk poket, tiada kedapatan. Lalu teringatlah yang phone tertinggal didalam Alza. Janggal terasa. Termanggu menunggu. Aku merenung pergerakan pesakit dan orang awam yang lalu lalang dihadapan aku. Bermacam macam orang terlihatkan. Nampak yang muda muda, eeh boleh berfantasi lagi. Saja sebagai 'parsing time' ketika itu yang biasanya memakan masa kekadang sampai setengah jam lamanya. Tentu sekali rasa bosan akan menerjah.

Selesai misi aku, akupun tercari cari si Yasser yang sesama datang ke KKM ini. Tidak kelihatanpun diruangan menunggu depan bilik rawatan. Aku andaikan yang dia mungkin telah selesai berurusan dan menunggui aku di ruangan porch bangunan. Cecepatlah aku melangkah keluar. Tiada kelihatan dan agaknya masih belum selesai. Terus menuju ke kereta dapatkan phone. Gadget penting dalam memudahkan aktiviti seharian. Tidak lengah lagi hubungi dia untuk bertanyakan keberadaannya ketika itu. Panggilan tidak berjawab. Agakkan aku, dia masih dibilik rawatan berjumpa doktor. Aku bergerak santai ke kerusi yang disediakan untuk pengunjung di porch area. Aku duduk dalam 3 seat kosong berjarak dengan seorang 'patient' India sedang asyik menyodok nasi lemak dalam polystyrene plastic yang ditatangnya. Bau dan aroma nasi lemak begitu menyucuk hidung. Lelaki dalam lingkungan 65 tahun rasanya, mungkin sedang menunggui seseorang untuk 'fetch-nya'. Tengok pada kelibatnya dengan dressing yang biasa biasa sahaja dengan kaki kanan-nya berbandage, rasanya baru lepas cuci dek mengidap penyakit kencing manis. 

Tanpa hiraukan lelaki India yang berbusa busa makan siap bunyi berdengus dengus, aku mulakan aktiviti intai fb. Dari satu ke satu page aku view. Mana yang menarik minat, aku berhenti dan baca maklumat yang tertulis. Juga komen viewer yang menyentuh akan artikel yang aku bacai itu, aku jenguk juga. Mana yang sepandangan mahupun yang berlawanan aku akan cuba hadamkan sebagai pencambahan minda. Mata dan telinga aku dalam masa yang sama turut berawas dengan keadaan semasa sekeliling. Synchronize sangatlah katakan. Dalam hendak merehatkan mata dari memandang screen phone, aku melepaskanlah pandangan kepada SUV Toyota Corolla Cross  berwarna merah yang berhenti di porch bangunan. Baru memang baru, rasanya baru lagi 'angkat'. Pintu depan sebelah passenger dibuka dan turunlah anak India. Hairannya, biarkan ia melopong terbuka dan dia kemudiannya membuka pintu belakang dan masuk kedalam seraya menutupnya kembali. Tetiba lelaki India yang duduk dihujung bangku berkembar 4 tempat duduk ini bangkit menuju ke kereta. 

Pada mulanya, aku sekadar memandang dia bangun capai khazanah yang bersamanya terhempap hempap dengan tongkat berkaki empat melangkah pergi. Dalam hati terdetik hendak bertanya, '...mana orang tua ni nak pergi...'. Pandangan aku makin attentive bilamana dia menuju ke Corolla Cross. Masuk menutup pintu dan segeralah bergerak pergi. Dalam hati aku tetiba mengaitkan dengan isu yang masih panas berbahang iaitu 'melayu pemalas'. Formulanya mudah sahaja tapi untuk kekal meyakini memerlukan disiplin diri yang tinggi. Kalau tidak, jangan iri-lah bila sesiapa juapun yang 'sanggup' hadap mampu menzahirkan 'kejayaan' yang didambakan. Apapun aktiviti yang dilakukan andai bersungguh dan menekuni senantiasa pastilah akan mencapai kemanisan kejayaan. Ini lumrahnya. Setiap sesuatu perlu mengikut aturan. 

Malu...melihat 'realiti' ini

Pernah jadi idaman seketika baru release...RM142K variant tertinggi



Apa yang pasti dalam senyap, bolehlah aku kategorikan India yang sejarahnya ke Tanah Melayu atas penghijrahan 'dilindungi' oleh British berstatus pendatang asalnya. Mother tongue-nya bukanlah bahasa Melayu dan kalau ditanyai akan motherland-nya pula, rasa akulah mereka jugapun malu hendak mengatakan Tanah Melayu inilah asalnya. Namun kecekalan hatinya, keluarga india ini boleh dan ternyata mampu memiliki sebuah SUV yang berharga sekitar RM130400 hingga RM142000 mengikut variant. Sedangkan aku sendiri sekadar mampu melihat dan tidak mampu mengapainya walaupun ada terniat mengingini. Bagi memujuk diri, aku sekadar sebelum menutup mata berhajatkan 'versi' tempatan sahaja iaitu 'Nexis' by Perodua yang dijangkakan di Qtr 1 2024 nanti. Harga yang ditawarkan adalah dalam jajaran RM73K - RM85K. Tengoklah nanti, kalau budget mencukupi, sekadar dan sedar kemampuan setakat level itu sahajalah.

Malas rajinnya seseorang itu amat subjektif penilaiannya. Bila main pukul rata dan ikut sedap mulut sahaja oleh makcik Kemboja, kan dah mendapat. 


Cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar.

Monday, November 27, 2023

Kerinting rambut dia...

27 NOVEMBER 2023, 18:40

Kerinting rambut dia...

Dalam pada aku lepak lepak diruangan menunggu diluar pintu masuk KKM Ayer Keroh sambil melayan fb dismartphone, terpancul 'statement' ni yang kedengaran oleh aku dari seorang staff nurse ketika dia membeli makanan dari kios sementara didepan pintu masuk kantin. Kawasan kantin ini cuma berkedudukan bersebelahan berjarak dengan pintu masuk kedalam bangunan poliklinik ini. Kalau dapat digambarkan, kedudukan aku yang lepak dibench yang diatur sederet adalah diantara kedua pintu itu. So, seseorang boleh nampak pergerakan keluar masuk ke dalam bangunan dan mereka yang ingin membeli juadah dikios disebelah kanan aku harus melalui didepan aku.

                                                                Kerinting 'maggie'


Dalam pada tidak menghiraukan keadaan sekeliling menunggukan siapnya urusan anak aku berjumpa doktor yang khabarnya demam sejak semalam tidak kebah kebah. Terlanjur aku mendapatkan ubatan for my illness untuk sepuluh hari kehadapan, sekaligus aku bawanya bersama. Tidak payah mengunjungi klinik lain. Tidak payah juga untuk memandu ke tempat lain. Setempat walau berlainan tujuan. Apa yang pastinya dia skip sekolah nampaknya hari ini. Terdengarkan 'kerinting rambut dia...' aku spontan tu jugalah memandang kearah datangnya suara perempuan seolah mengejek kehairanan. Senyum sahaja aku bile terlihatkan anak kecil dengan rambut kembang 'maggie' asyik bermain sendirian seolah tidak mahu tahu akan cakap cakap pengunjung di kios parent-nya yang rancak berniaga. Pasal akupun orang melayu dan yang melontarkan 'kenyataan' yang agak mengejutkan dan tentunyalah aku faham akan bahasa pertuturan yang digunakan maka secara auto-nya aku akan mengalihkan perhatian seketika itu. 



Hampir ke tengahari...bersiap berkemas tutup kios



Budak tiada tangapan apa apa, tidak tahulah pula ibu dan bapanya akan apa yang terfikirkan. Mungkin pengunjung yang berkata demikian tidak bermaksud apa apa dan mungkin sekadar 'comel' melihat appearance-nya sehingga terpacul komen sedemikian. Pandangan peribadinya ternampak jujur. Namun belum tentu lagi penerimaan kedua orang tua budak tersebut. Cuba jugalah hendak scan pasangan yang rancak berjualan ini. Lakinya botak kepalanya. Jarang pula aku lihat lelaki melayu berambut kerinting kecualilah mereka yang berketurunan Jawa, dapat dapat yang generasi pertama 'flown' from Java. Mungkin juga gene emaknya kuat. Berambut kerinting keturunan sebelah bapanya dahulu. Sekadar wondering cuma.

Selalunya bila seseorang itu berpenampilan berbeza dari kebanyakkan orang tentulah akan menjadi perhatian orang. Andailah dia bila besarnya nanti tabah dan mampu atasi ejekan dan something yang mungkin mengugat mempengaruhi keperibadian maka dia akan lebih berani hadapi realiti kehidupan. Tidak lemah berlumba, tidak patah semangat dan berusaha berikhtiar agar diri menjadi seseorang yang 'outstanding'.

Hidup ini keras dik.