26/12/2023 02:46
Kali ini aku bersegera ke masjid. Tidak mahu bersikap seperti kebiasaan yang dipertunjukkan selama ini. Biarpun agak lewat, semoga perubahan sebegini akan aku kekalkan berterusan memasuki alam persaraan. Sebagai mengabadikan kenangan, hari ini adalah Selasa terakhir untuk tahun 2023. Hari dimana aku bercuti mingguan. Sejak pagi lagi aku telah bangkit bersiap untuk sembahyang Suboh. Manakala untuk zohornya pula, bersiap seperti hendak berjumaat dengan menyapu minyak 'attar' yang diberi oleh sepupu yang pulang umrah. Ingatan kepada diri ini amat aku sanjungi. Dia sudahpun menjejakkan kaki ke tanah suci mekah biarpun sekadar melaksanakan ibadah 'umrah'. Bro, awak bila lagi. Insya-Allah, dengan izinanNya, akan kesana.
Aku akan sedayanya untuk lakukan yang terbaik pada diri disamping menyesuaikan diri ketika bersara nanti. Hendak tidak hendak maka harus bersedia dan menyantuni apa jua yang mendatang nanti. Semua tidak akan tahu apakah yang menunggu dihadapan. Harapnya agar aku tabah hadapi. Beberapa rakan sejawat yang rapat kerap jugalah membuat statement agar berehat lepas sudah bersara nanti. Tapi bila kerap aku diucapkan sedemikian biarpun intonasi mereka yang berkata itu mungkin ikhlas dan tiadapun punyai maksud tersembunyi tapi bagi diri pula cenderung kepada tafsiran yang berbeza. Dalam santai berbual tu, aku clarify-kan makna 'berehat'. Terlantar kat hospital pun adalah satu situasi berehat juga. Respond terkejut yang spontan tergambarkan oleh mereka membuatkan mereka tidak selesa dan dari lenggok bahasa yang dikeluarkan mencerminkan keikhlasan. Namun aku faham akan keikhlasan mereka yang berkata tu tidak bermaksud yang buruk buruk. Cuma sangkaan aku sahaja.
Betapapun, aku lah yang perlu dan terlebih dahulu akan hadapi masa persaraan. Mereka ada beberapa tahun lagi sebelum memasuki alam persaraan dari makan gaji. Lumrah, setiap yang bermula akan menuju ke penghujungnya. Tiada sesiapa mampu menafikan. Masing masing akan tiba saat dan ketikanya. Berdebar menanti adalah normal. Hakikatnya tiada sesiapapun mampu menjangkakan apa yang akan terjadi didepan. Banyak sudah diketengahkan dalam masyarakat dilingkungan akan perkara yang tidak diingini telah berlaku. Dalam pada sihat sihat berbual boleh terhenti nafas. Tergolek jatuh ketika berucap dan siap berbukti dalam bentuk video.
Ketika melangkah masuk ke Raudahtul Jannah, azan mulai berkumandang. Selesai azan, segera aku ke shaf kedua bersolat sunat. Macam biasa, selesai berjamaah, bertebaranlah melakukan aktiviti memasing. Kita mungkin tidak perlu tahu kemana mereka hendak pergi. Begitu jugalah mereka, tidak akan mahu bertanya kerana semua kita ada urusan memasing. Berlebih lebih ramah, mungkin ada yang kurang selesa. Makanya aku ambil pilihan untuk berteguran kepada mereka yang bersedia untuk berbual berteguran. Mungkin jugalah aku bukanlah salah seorang 'mosque-goer' yang seasoned. I'm a newbie. Orang baru yang mulai menyesuaikan diri menempuhi alam persaraan.
Apapun aku akan cuba sedayanya untuk kerap hadir kerana komitmen kepada kerja shift akan berakhir jua. Kekerapan untuk hadir bersama berjamaah sepanjang hari agak terbatas. Shift pagi, sampai ke rumahpun selalunya sudah lepas waktu maghrib. Manakala, kalau bershift petang, sampai rumah kerapnya menghampiri 12:00 tengah malam. Malahan lepas pukul 12:00 tu adalah biasa sahaja. Hendak dikatakan rugi sememangnya aku telah rugi banyak. Berjamaah dan di masjid lagi lebih banyak fadhilatnya. Faktor usia yang semakin meningkat dan telah terlalu banyak hal tertinggalkan, rasanya tidak mahu aku terus terusan rugi. Aku akan merebut setiap 'peluang' sebagai bekalan untuk dibawa pulang ke alam yang semua kita akan sampai jua. Ini pengharapan tapi ketentuan dariNya tidak siapa mampu menduganya.
Masing masing antara kita punyai pandangan berbeza. Namun dalam hal mati dan kematian ini, semua kita harus mengerti dan comform akan hal yang telah diperingatkan disepanjang hayat kita. Khutbah Jumaat yang mana tanpa gagal perlunya setiap lelaki hadir mendengar. Tidak mungkin ada yang terlepas dengar waima sekalipun akan khatib memperingkatkan kepada kematian serta keadaan di alam barzakh. Samada kita ambil initiatif untuk mengetahuinya secara lebih mendalam atau sekadar mempercayainya semata adalah atas pertimbangan memasing. Setiap tindak tanduk yang kita ambil akan dipertanggungjawabkan.
Doa Husnul Khatimah...Bagi yang bijak mengatur kehidupannya tentulah mampu menghadapi penuh tenang. Namun bagi mereka yang melewa dan tidak ambil pot dan dapat kita lihat via corak kehidupan yang mereka dan sesama kita lalui. Bergelumang dengan perkara yang kurang elok dan tidak memberi kebaikan amat kita insafi. Hendak menasihati itu perlu dan harus boleh kita lakukan. Namun keinginan diri untuk berubah perlu kuat juga. Mengharap bantuan pertolongan orang tanpa ada rasa mahu berubah akan 'drag' masa yang lebih lama untuk mengapainya. Ditakuti, kudrat yang makin melemah dan kesempatan yang makin berkurangan membuatkan diri menyesal terngadah tidak kesampaian.
Bagi diri, aku mengharapkan agar perjalanan kehidupan aku ini senantiasa didalam peliharaanNya. Sepertimana dihasratkan dan dipanjatkan didalam doa lepas sembahyang yang tidak jemu jemu kita lafazkan iaitu agar pengakhiran kehidupan adalah dalam 'husnul-khatima' dan bukannya 'su'ul-khatima'.
No comments:
Post a Comment