10 DECEMBER 2023, 23:50
Sekadar membandingi
Siang tadi ketika menyampai kerumah, berehat menormalkan suhu badan ketika pemanduan pulang dari tempat kerja dengan suhu didalam rumah dan ketika merehatkan diri di 'gaming chair' yang telah setahun dibeli dan ada cadangan untuk 'tangkap' yang lagi bagus, aku on-kan smartphone. Fb menjadi pilihan seketika itu. Buka buka sahaja, artikel mengenai hal persaraan terpampang via The Star. Eventhough artikel itu didalam bahasa inggeris, pembacaan aku tidak pula terganggu olehnya. Memahami dan boleh converse dengan selesa. Apa yang mahu disampaikan oleh penulisnya dan sekejapan sahaja aku menghabisi pembacaan. Untuk memungkinkan aku mengulas kemudiannya memandangkan waktu Maghrib sudahpun sampai, aku save dan 'siarkan' didalam FB aku pula . Akan mengulangi semula untuk aku ulas kerana isi kandungannya memang tepat mengenai diri dan perlu ditelaah penuh teliti.
Inilah article yang terpanggil untuk aku mahu perkatakan, seniors-start-planning-early-for-their-golden-years
Bagi mereka yang berumur lebih rendah, tentulah menganggapnya tidak begitu penting. Buat apa hendak peningkan kepala. Sedangkan aku yang hanya tinggal cuma sebulan setengah sahaja lagi akan menamati zaman pekerjaan secara mandatory tentulah berlainan tanggapan. Umur persaraan adalah 60 tahun. Aku akan menyambut ulangtahun kelahiran ke-60 adalah on 02/02/2024. Lama sudah aku menyedarinya. Malahan sejak aktif menulis di digital platform, aku paksakan pada diri untuk menjadikan semacam tradisi pula untuk menukilkan sesuatu pada hari kelahiran. Seingat akulah bermula dari kelahiran ke-45 dan diteruskan setiap tahun. Pastinya akan ada satu coretan 'khas' sebagai tanda kenangan. Kebiasaan yang sekarang ini seolah sudah 'second nature' sifatnya yang mana kalau sehari tidak mencoretkan sesuatu seperti ada yang janggal pada hari berkenaan. Sukar hendak dipisahkan dan itupun kalau ada sesuatu hal yang tidak dapat aku elakkan untuk diselesaikan. Aku senantiasa akan memperuntukkan ruang masa walau seketika cuma untuk luahkan pandangan pendapat semasa. Lintasan idea sedayanya cuba aku zahir dan dokumenkan sebaik mungkin.
Sejujurnya aku agak terpukul jugalah bila membaca artikel yang ditulis di The Star ini. Sesuatu yang berkemungkinan untuk berlaku menjadi 'inner-core', seolah aku turut diheret sama membimbangi akan hal yang mungkin pasti dan mungkin juga untuk tidak berlaku in the near future. Bukanlah menjadi peramal masa depan tapi apa yang cuba diutarakan oleh penulis ini sememangnya telah aku ketahui. Tidak perlupun diingatkan.
Hasil dari pembacaan dari pelbagai sumber juga melihat akan kisah penuh 'tragis' dan meruntun perasaan video yang disebarluaskan oleh pelbagai media sosial serta penyaksian mata kepala aku sendiri akan mereka yang samada dikenali mahupun tidak dilingkungan sudah cukup malah memadai untuk aku ambil ikhtibar. Namun bilamana aku secara santai membaca dengan kaki menjulur di bucu katil sebelum membersihkan diri, artikel ini begitu 'deep' menyentuhi hati. Apa tidaknya, usia yang pantas 'berlari' ke garisan penamat tentu sahaja akan aku 'associate-kan' kepada diri.
Adalah sesuatu yang lumrah untuk membandingi dengan apa yang terjadi kepada orang lain serta apa yang mereka 'miliki' juga persediaan persaraan memasing. Aku seperti diajak untuk bersiapsiaga akan sebarang kemungkinan. Kita harus akui hakikat sesuatu yang bakal berlaku adalah tidak berbaloi untuk meramalnya. Segala sesuatu itu bukankah atas ketentuan dariNya. Namun diwaktu yang sama adalah tidak menyalahi untuk pastikan yang kehidupan kita didunia ini didalam situasi yang baik. Biasa kita dengar ungkapan 'Berusahalah untuk akhiratmu seolah kamu akan mati esoknya dan berikhtiarlah dengan kehidupan duniamu seolah kamu akan hidup seribu tahun lamanya. Banyak artikel yang menarik dan bersesuaian lagi bertepatan akan statement ini.
Antara yang paling related adalah...-bekerjalah-untuk-duniamu-seolah-kau-hidup-selamanya-
Sememangnya kita tidak akan tahu akan apa yang 'menunggu' dihadapan kita nanti. Ketetapan atau takdir(root dari bahasa arab) dan kini seolah kata pinjaman ini dan bagi yang tiada pernah mahu menyiasatnya akan mati mati mengatakan yang ianya adalah berasal dari bahasa Melayu which actually was not. Memandangkan artikel yang datangnya dari The Star dan tentu sekalilah, readernya pun kebanyakkan adalah Cina, India dan lain lain maka respondent yang di-interview juga adalah bukan Melayu. Sebab itulah, dari pemerhatian aku dan selari dengan apa yang dipekatakan oleh mereka ini lebih cenderung kearah duniawi semata. Berbangga dapat memiliki harta untuk masa persaraannya nanti. Sudut pandang lebih tertumpu kepada pengumpulan harta yang mencukupi mengikut tafsiran mereka sebagai persediaan ketika diusia tuanya. Tidak salahpun berfikir sebegini dan bagi reader termasuk aku, kita amat menyambut baik tindakan yang diambil oleh mereka yang terpilih untuk ditemuramah itu. Boleh aku katakan tindakan yang bijak tapi setakat itulah sahaja. Apa tujuan dia dihidupkan kat dunia ini. Tahukah mereka ini. Adakah semata mata kumpul harta, beranak dan mati akhirnya.
Begitupun sebagai seorang yang beragama Islam sudut pandangan tentang masa depan adalah sedikit berbeza. Mereka memikirkan akan apa yang dapat mereka jangkakan sedangkan apa yang akan terjadi adalah sesuatu yang tidak terjangkakan. Bagus expect the unexpected. Bagi kita pula, kehidupan tidak terhenti setakat didunia semata malah perlu berterusan kealam akhirat pula. Rasanya semua kita terlebih maklum akan kehidupan disana nantinya adalah kekal selamanya. Pastinya juga kita telah juga ketahui perbandingan masa kat dunia dengan alam akhirat. Maksudnya adalah perlu dan berusaha sedayanya untuk membawa bekalan yang mencukupi kesana disamping tidak melupakan kehidupan didunia ini.
Setakat ini jarang pula aku terjumpa suatu penulisan yang santai di media arus perdana akan pelaporan persediaan kesana oleh pemberita muslim. Hal ini perlu dihebohkan dan perlu menjadi perhatian utama kepada muslim di usia persaraan mereka. Kita dengan cara kita dan biarkanlah mereka yang 'ingkar' sampai ke tua itu dengan pandangan hidup mereka pula. Persiapkan diri dan saling mengingati sesama akan kematian yang sememangnya pasti dan makin mendekati sebagai pemangkin untuk berusaha bersungguh sungguh agar hidup kita diredhai olehNya.
Biarpun sisa hidup yang makin singkat, ingat mengingati semasa kita kita perkejapkan membudaya didalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment