Segalanya sememangnya telah dirancang. Aku sendiripun tidak menjangkakan tapi ketentuan dariNya mana mungkin sesiapapun jua boleh menidakkan. Asalnya hari ini, hari Jumaat ini aku bershift petang H1. Ertinya aku perlu lapor kerja pada pukul 7:00 petang. Namun ada terdapat sedikit perubahan semalam. Aku dipinta untuk hadir bertugas pada sebelah pagi pula. Aiman tidak kisah. Pagi ker, petang ker, yang pasti aku cuma perlu bekerja sekerat hari cuma. Mungkin ada perkara yang tidak dapat dielakkan as SKV manager akan buat lawatan ke store dan ketua aku pula bershift sama yakni petang dan LL yang satu lagi yang sepatutnya shift pagi H2 pula dibenarkan bercuti, maka aku-lah yang perlu bertukar shift. Pucuk dicita, ulam mendatang. Andai bekerja petang, sembahyang jumaat tiada bermasalah kerana shift petang bermula pada pukul 3:00 petang. Bilamana diarahkan pula bershift pagi, situasinya agak sedikit 'tight'. Tidak dapat hadir awal ke masjid tapi berkeadaan agak tergesa gesa mendatangi masjid.
Memandangkan sessi pagi H2 berakhir @ 12:45pm, aku cubalah untuk menepatinya. Tapi tatkala hendak bersiap bergerak balik adalah pula anak buah meminta aku 'verify' stock card. Terpaksalah aku ke office terlebih dahulu. Di pejabat pula admin mgr menanyakan task menyerahkan duit kutipan surau kepada sahabat lama yang kurang bernasib baik. Rakan sejawat yang lebih muda dari aku sekitar 4 tahun tapi hadapi ujian hidup yang lebih hebat. Berkencing manis berpotong kaki kanan berparas pangkal lutut dengan mata yang semakin kabur melihat. Terkini dimaklumkan oleh rakan sekerja yang beliau alami mild stroke amat mengejutkan dan tentu sekali bersimpati mendengar berita ini. Aku ambil tanggungjawab akan menghulurkan derma terkumpul sukarela tabung surau kepadanya. Hari belum aku tetapkan tapi akan menghubunginya untuk pertemuan serahan.
Berbincang berborak masa sudahpun ke 1:00 petang. Cecepat on-kan computer. Selesai tugasan, bergegaslah mendapatkan kereta untuk bergerak segera. Melangkah keluar sahaja dari entrance, azan telah kedengaran dari Masjid Syed Shahbuddin, Bukit Baru. Nama mantan TYT Melaka sebelum berganti dengan bekas MB Pahang apa ker nama yer....Yaakob nama bapanya kalau tidak silap dan terkini Tun Ali, orang Bukit Katil menjawatnya.
Oooo...1:15pm rupanya... |
Sesampai di Masjid Tun Ali, aku terpaksa parkir bersebelahan bergandingan dengan SUV. Mengelak dari di salahkan, aku mencari lokasi yang memudah memungkin tuan punya kenderaan itu agar dapat bergerak keluar sekiranya aku lambat keluar dari masjid nanti. Khutbah tidak berapa nak fokus mendengarnya. Kali ini berhubungkait dengan banjir yang sedang melanda negara. Teks yang tentunyalah cenderung melihat dari aspeks keagamaan dalam meredhai akan ketentuan dariNya dan betapa perlunya untuk semua saling bertolongan.
Tidak sangka pula dalam bersalaman dengan makmum lainnya ketika aku terlihatkan shaf yang kelompongan untuk bersembahyang sunat - Pak Hitam @ Azmi rupanya - X-aeon yang kini berjaya hidup bekerjaya. Kerja yang menjana pendapatan yang 'selesa' tentulah sesuatu yang semua dambakan. Tidak banyak yang dapat dikatakan memandang imam sedang berkhutbah, aku segeralah mengangkat takbir bersembahyang sunat. Hajat hendak bagi dia 'job' deejaying majlis walimatul-urus anak aku tidak dapat aku bualkan ketika itu. Mungkin dikesempatan lain. Sebelum ini, aku ada nyatakan hasrat kepada Hj Ishak yang juga X-aeon, juga berjaya sebagai 'pegawai' insuran dan lakukan pelbagai odds job lain seperti membuat service pengendalian majlis as mc as well as dj. Aku belum maklumkan dengan pasti kepadanya cuma sekadar membayangkan untuk mendapatkan khidmatnya nanti. Risau juga, takut Pak Aji ternanti nanti berharap pula.
Tetiba jadi dilemma pula. Aku sebolehnya tidak mahu menghampakan seseorang. Antara Pak Haji dengan Pak Hitam siapakah yang patut aku pilih. Serba salah bila ada pilihan macam ini.
Semoga aku diberi 'taufiq dan hidayah' dariNya untuk memilih yang terbaik dan tentulah yang diredhaiNya. Moga moga majlis yang akan aku kendalikan tidak ada aral melintang.
No comments:
Post a Comment