28 NOVEMBER 2023, 08:56
Malas yang tiada berasas...
Semalam aku ke KKM Ayer Keroh mengambil 'ration' ubatan penyakit yang aku hidapi untuk selama sepuluh hari in advance. Masa berhenti di lampu isyarat Ayer Keroh/Bukit Beruang, aku mendapat panggilan dari staff pagi yang bertugas menanyakan sesuatu. Terus terjah mengingatkan aku akan 'promise' yang dituntut pelanggan pada Ahad pagi. Tetiba aku recall appearance dia, bertopi ala askar jepun, berseluar sukan ber-tshirt serta mengenakan sports shoe. Sempat lagi pada pagi Ahad itu tanyai dirinya secara santai, baru habis jogging ker...'. Pantas dijawabnya, baru habis trained bebudak main tennis, saya coach....bla bla'. Baru aku teringat akan keperluan customer nie, En. Yunos, memohon mendapatkan 'sales receipt' Midea fan yang dihilangkannya tapi claimed yang cashier tidak memberinya. Tujuan adalah untuk daftar e-warranty fan yang dibeli itu. Biasalah, customer is always right, yang memakan diri.
Tapi terjahan staff secara mendadak tanpa perkenalkan diri membuatkan aku agak terkilan. Bila ditanya pasal customer tentang hal ini, aku bertanyalah balik - 'siapa ni, lalu dijawabnya Farhan.' Oh, awak...tolong ceritakan balik.' Lalu barulah dia briefkan aku satu persatu untuk aku hadamkan kisah ini walaupun aku sudah sedia maklum akan cerita itu. Kekadang, budak budak baru hendak up ini perlu diajar cara bertanya beradab dengan orang. Tidak kiralah baik dianya muda ataupun yang lebih dewasa. Harus tahu proper way beretika dalam berkomunikasi dengan orang. Lepas aku terangkan duduk perkara sebenar dan meminta rujuk kepada En. Zaki yang mana telah aku arahkan menghubungi dan menyerahkan salinan receipt kepada ownernya. Tolong hubungi Zaki untuk bereskan. Sebaik selesai bercakap dengan En. Farhan ini, akupun letaklah phone di seat kereta. Seketika kemudian bilamana lampu trafik bertukar 'hijau', aku segeralah meneruskan perjalanan ke destinasi tujuan.
Menjadi kebiasaan ketika menunggui petugas di Bilik No. 4, petugas akan mengurusi setiap kad rawatan pesakit yang perlu diletakkan didalam bakul diluar bilik, aku akan membelek belek phone sementara nama belum dipanggil petugas. Bila seluk poket, tiada kedapatan. Lalu teringatlah yang phone tertinggal didalam Alza. Janggal terasa. Termanggu menunggu. Aku merenung pergerakan pesakit dan orang awam yang lalu lalang dihadapan aku. Bermacam macam orang terlihatkan. Nampak yang muda muda, eeh boleh berfantasi lagi. Saja sebagai 'parsing time' ketika itu yang biasanya memakan masa kekadang sampai setengah jam lamanya. Tentu sekali rasa bosan akan menerjah.
Selesai misi aku, akupun tercari cari si Yasser yang sesama datang ke KKM ini. Tidak kelihatanpun diruangan menunggu depan bilik rawatan. Aku andaikan yang dia mungkin telah selesai berurusan dan menunggui aku di ruangan porch bangunan. Cecepatlah aku melangkah keluar. Tiada kelihatan dan agaknya masih belum selesai. Terus menuju ke kereta dapatkan phone. Gadget penting dalam memudahkan aktiviti seharian. Tidak lengah lagi hubungi dia untuk bertanyakan keberadaannya ketika itu. Panggilan tidak berjawab. Agakkan aku, dia masih dibilik rawatan berjumpa doktor. Aku bergerak santai ke kerusi yang disediakan untuk pengunjung di porch area. Aku duduk dalam 3 seat kosong berjarak dengan seorang 'patient' India sedang asyik menyodok nasi lemak dalam polystyrene plastic yang ditatangnya. Bau dan aroma nasi lemak begitu menyucuk hidung. Lelaki dalam lingkungan 65 tahun rasanya, mungkin sedang menunggui seseorang untuk 'fetch-nya'. Tengok pada kelibatnya dengan dressing yang biasa biasa sahaja dengan kaki kanan-nya berbandage, rasanya baru lepas cuci dek mengidap penyakit kencing manis.
Tanpa hiraukan lelaki India yang berbusa busa makan siap bunyi berdengus dengus, aku mulakan aktiviti intai fb. Dari satu ke satu page aku view. Mana yang menarik minat, aku berhenti dan baca maklumat yang tertulis. Juga komen viewer yang menyentuh akan artikel yang aku bacai itu, aku jenguk juga. Mana yang sepandangan mahupun yang berlawanan aku akan cuba hadamkan sebagai pencambahan minda. Mata dan telinga aku dalam masa yang sama turut berawas dengan keadaan semasa sekeliling. Synchronize sangatlah katakan. Dalam hendak merehatkan mata dari memandang screen phone, aku melepaskanlah pandangan kepada SUV Toyota Corolla Cross berwarna merah yang berhenti di porch bangunan. Baru memang baru, rasanya baru lagi 'angkat'. Pintu depan sebelah passenger dibuka dan turunlah anak India. Hairannya, biarkan ia melopong terbuka dan dia kemudiannya membuka pintu belakang dan masuk kedalam seraya menutupnya kembali. Tetiba lelaki India yang duduk dihujung bangku berkembar 4 tempat duduk ini bangkit menuju ke kereta.
Pada mulanya, aku sekadar memandang dia bangun capai khazanah yang bersamanya terhempap hempap dengan tongkat berkaki empat melangkah pergi. Dalam hati terdetik hendak bertanya, '...mana orang tua ni nak pergi...'. Pandangan aku makin attentive bilamana dia menuju ke Corolla Cross. Masuk menutup pintu dan segeralah bergerak pergi. Dalam hati aku tetiba mengaitkan dengan isu yang masih panas berbahang iaitu 'melayu pemalas'. Formulanya mudah sahaja tapi untuk kekal meyakini memerlukan disiplin diri yang tinggi. Kalau tidak, jangan iri-lah bila sesiapa juapun yang 'sanggup' hadap mampu menzahirkan 'kejayaan' yang didambakan. Apapun aktiviti yang dilakukan andai bersungguh dan menekuni senantiasa pastilah akan mencapai kemanisan kejayaan. Ini lumrahnya. Setiap sesuatu perlu mengikut aturan.
Apa yang pasti dalam senyap, bolehlah aku kategorikan India yang sejarahnya ke Tanah Melayu atas penghijrahan 'dilindungi' oleh British berstatus pendatang asalnya. Mother tongue-nya bukanlah bahasa Melayu dan kalau ditanyai akan motherland-nya pula, rasa akulah mereka jugapun malu hendak mengatakan Tanah Melayu inilah asalnya. Namun kecekalan hatinya, keluarga india ini boleh dan ternyata mampu memiliki sebuah SUV yang berharga sekitar RM130400 hingga RM142000 mengikut variant. Sedangkan aku sendiri sekadar mampu melihat dan tidak mampu mengapainya walaupun ada terniat mengingini. Bagi memujuk diri, aku sekadar sebelum menutup mata berhajatkan 'versi' tempatan sahaja iaitu 'Nexis' by Perodua yang dijangkakan di Qtr 1 2024 nanti. Harga yang ditawarkan adalah dalam jajaran RM73K - RM85K. Tengoklah nanti, kalau budget mencukupi, sekadar dan sedar kemampuan setakat level itu sahajalah.
Malas rajinnya seseorang itu amat subjektif penilaiannya. Bila main pukul rata dan ikut sedap mulut sahaja oleh makcik Kemboja, kan dah mendapat.
Cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar.
No comments:
Post a Comment