Tuesday, November 7, 2023

Busybody @ penyebok

08 NOVEMBER 2023, 12:49

Busybody @ penyebok

Semalam adalah hari aku dijadualkan bertemu M.O. kali ke-empat. Setiap kali bertemu untuk membuat pemeriksaan oleh pegawai yang bertugas, setiap kali itulah aku diperlukan menghantar sampel kahak dan x-ray. Untuk 2 pertemuan terawal, aku juga perlu diambil sampel darah. Namun pada kali ke-empat ini, tiada pula disyaratkan untuk hal sampingan ini. Sempoi sahaja aku datang untuk appointment kali ini disamping mendapatkan bekalan ubatan untuk 10 hari kedepan. Mungkin Si Arul kelupaan terlepas pandang. Masa aku bertemu dengan dia dibilik No. 4, setelah dia memanggil dari pintu bilik, aku diminta membuat timbangan badan. Terus menonong aku ke tempat timbangan. Sempat dia tanyakan, sudah hantar x-ray dan sample kahak kah. Pantas, aku jawab - tidak dimaklumkan terlebih dahulu untuk sessi pertemuan kali ini. Dia diam seketika dan memberikan kembali kepada aku untuk pergi semula ke kaunter pendaftaran untuk ambil nombor bertemu doktor pula. Ikut ajalah sambil menonong ke bahagian depan semula.

Terpampang jelas...



Kembali ke bilik no. 4, aku disuruh duduk untuk ambil bacaan bp serta tunjukkan bukti berat badan terkini aku. Mana hendak duduk sedangkan machine bacaan sedang digunakan oleh patient lain. So aku diarah duduk berdepan dengan dia, lelaki melayu dalam anggaran usia pertengahan 60an gitu. Ketika sedang dijerutkan lapik kain oleh Arul nie, sempat pula dia berseloroh - pandai awak jaga badan ya. Agak terkejut jugalah bila aku disapa olehnya bilamana aku maklumkan yang berat badan terkini aku hanyalah 37.6kg. Mungkin sekadar hendak berbual santai. Aku sekadar senyum disebalik facemask yang aku pakai. Sambil merenung dia, pantas bertanyakan akan usia aku pulak. Aku nyatakan 59 lalu spontanlah dia memberi komen yang aku adalah junior darinya. Tanpa ditanya dia memaklumkan yang dia sudah berusia 66 tahun. Mereka yang hadir di bilik no 4 ini tentulah punyai kes kesihatan yang sama. Cumanya tidaklah aku bertanya lanjut akan keberadaannya disitu. Diulangnya lagi, pandai jaga badan. Bila 2 kali statement yang sama diulangsebut dalam tempoh masa kurang seminit, tentulah ada element 'menghina' tanpa diriinya sedari. Anggapan akulah, mungkin dia sekadar hendak berbual cuma. Aku nyatakan yang berat badan semasa aku cumalah 37.6kg bila dia bertanya berdepan, pantas dijawabnya yang berat badannya adalah 3 kali ganda. Akupun tidak mahu mengalah, aku nyatakan yang berat normal aku dalam 45kg ke 50kg sebelun ini. 

Arul terdengar pula akan kenyataan yang berat badan aku tidak naik tapi disangkal pula oleh si Arul nie seolah memasang telinga membetulkan fakta. Dia menyampok, tak adalah pakcik, kali ini naik sekilo dari timbangan pada 05/09 yang lalu iaitu 36.8kg. Senyum sahaja patient yang aku berborak itu mendengarnya. Pandai awak jaga badan seolah provoke aku. Perlukah aku rungsingkan kenyataan dari abang ini. Bagi aku dia dengan hal dia, manakala aku biarlah aku urusi sendiri permasalahan aku. Habis kisah.

Kekadang terfikir pula aku, kenapa dan mengapa perlu dia menyibuk pasal appearance aku. Peramah terlebih ramah merasakan yang dirinya lebih bernasib baik dan berbangga dengan penampilan dirinya melebihi dari aku. Sempat lagi menyelit bertanya, datang memandu?. Selalunya orang betanya nie bermaksud bertujuan. Tak pasal pasal apa kejadahnya bertanyakan pasal memandu tidaknya. Apakah hendak membuktikan yang dirinya lebih bernasib baik dari orang lain. Memang pelik.

Apapun, kehidupan perlu berjalan terus. Rungsing memikirkan hal yang tidak memberi faedah pada diri harus sebolehnya cuba dielakkan. Buat apa berkeluh kesah. Tiada kebaikan langsung dan makin membebankan andai terlalu 'deep' fikirkannya. Biarlah dia. Bukannya menjadi 'kudis' pun. Didalam meniti usia menuju titik akhir, perlulah berlapang dada. cegah mana yang boleh. Rawatlah dan patuhi arahan pemakanan ubat dan nasihat doktor yang 'konon'nya lebih mengetahui. Begitupun, haruslah aku berdoa lebih kerap berkeyakinan dengan limpahan KurniaanNya dalam mengharungi kehidupan di maya pada ini. 

Semoga aku dipermudahkan akan segala urusan kehidupan. Ameen.

No comments: