Tuesday, November 14, 2023

Kejapan Lupa Balik

15 NOVEMBER 2023, 07:20

Kejapan lupa balik...

Lumrah alam. Memang sememangnya begitu. Apakala yang diajari dan cuba diingati tidak diulang ulang selalu, kecenderungan untuk lupa kembali adalah tinggi. Inilah yang terjadi pada diri. Apatah lagi hal yang cuba diingati itu tidak dilakukan secara yang seharusnya dan bersungguh sungguh. Mekesampingkan dan anggapkannya tidak berapa penting dan anggap remeh pula maka makin ceptlah untuk ianya hilang terus.

Betullah kata Ustadz 'online' yang aku register masuk ke kelasnya, Ustadz Muhammad Arjan Ali menegaskan keterlibatan yang berterusan serta mengaplikasikan dan mengajari orang lain akan membolehkan kita menjadi 'master' yakni mahir @ mastery dalam bidang yang kita buat itu. Aku sehingga kini lebih berteori mengiakan teknik pengajarannya mudah diikuti dan yakin berkesan. Setakat akui tapi belum istiqamah lakukan. Perlaksanaan kekadang kelaut. Kejap buat, kejap tidak. Kalau begini memanglah sampai bebilapun tidak akan cekap memahaminya.

Harus aku perbanyakkan latihtubi. Eeh, macam pernah aku buat statement sebegini. Benar dan tepat sekali yang memperbanyakkan latihtubi akan membuatkat kita kejap mengingati akan sesuatu. Apatah lagi kalau dilakukan saban hari. Lagilah. It's just on my fingertips sahaja. Cehh, show off ke. Tak lah, dengan izinanNya(باذن الله )

Namun hakikatnya, aku masih jauh. Belum mampu untuk akui telah lepasi tahap pertama. Terkial kial mengingatkan. Harus aku sedari yang faktor usia yang kalau tidak dimaksimumkan segala 'kekuatan' yang tersisa secara lebih terarah maka malanglah hidup ini. Fokus yang kerap berubah mengikut sesangat akan rentak kehidupan duniawi dan dilebihkan dari mengumpul 'pahala' menuju kekampung kekal baqa.

Hairan. boleh 'black-out' sekejap lak. Boleh lupa pula sedangkan pernah aku ingatkannya terutama hal yang bersangkut-paut dengan grammar/tatabahasa atau nahu-nya.

إذا سألك عبادي 

Nampak gayanya tidak boleh culas dan selalu tinggalkan. Kalau tidak, bukan sahaja potongan 'ayat' ini yang nampak biasa sahaja mungkin yang lagi pendekpun tidak mampu untuk aku ingati kembali. Kena biasakan diri dan kerapkan ulangi baca. Caranya senantiasalah setiap hari kena buka baca al-quran. Tiada jalan pintas lor. Hasilnya kita akan figure-out sendiri. Malu sebenar benarnya dan teramat sangat sedang usia sudah kepenghujungan tapi masih terkial kial hendak fahamkan yang dibaca.

Fe'el Madi - سأل (asked/tanya), ك - (kataganti diri/pronoun)
Ismun/Noun - عباد(slave/hamba), ي - (kataganti diri/pronoun)

Bila faham setiap perkataan yang disebut dan tahu pula root verbnya serta prefix dan suffix-nya maka bolehlah dibaca. Terpaling penting, kenalah kejap ingatinya. Ini adalah tatacaranya. Kalau SOP tidak dipatuhi, mana mungkin kita mampu memahamkan akan apa yang telah difirmankan olehNya demi kesejahteraan umat sejagat. Belum lagi bab menyampaikan. Ini baru mula hendak fahamkan pada diri sendiri dah ambil masa. Kemudian kena aplikasikan pula dalam amalan seharian untuk nilai tahap keberhasilan. Kemudiannya harus ajari pula kepada mereka dilingkungan dan ke sekian alam.

Dibawah ini merupakan keseluruhan ayat yang dimaksudkan. Menafsirkannya perlukan wibawa yang tinggi. Perlu berguru. Namun pada dasarnya, dapat kita fahami berpandukan terjemahannya.

A186

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

(Al-Baqarah 2:186) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark


Hurdles dalam setiap apa yang kita inginkan pasti ada. Cubalah sedayanya untuk atasi. Andai berjaya melepasinya, nescaya setiap usaha kita akan dipermudahkanNya. Tapi sebelum sampai ketahap itu, segala rintangan perlu dikenalpasti. Sesuailah perumpamaan, 'Kalau tidak dipecahkan ruyung, mana mungkin mendapatkan sagunya'. Usaha yang dilakukan itu perlulah sehabis baik, dilaksanakan pula dengan penuh kesungguhan. Kalau setakat melepas batuk ditangga maka sampai kesudahnya kekal ditakuk lama.

No comments: