03 NOVEMBER 2023, 18:40
Angkuh pertikai
Makin hari makin mulai menunjukkan kurangnya rasa hormat kepada petugas awam melaksanakan tugas. Kecoh diviralkan di media sosial. Pelakunya adalah dari bangsa Cina maka lagilah 'panas' insiden yang mudah ditonton dikalangan netizen. Rasanya begitu mudah untuk menaikkan tahap kemarahan kepada mereka yang memihak kepada penguatkuasa. Aku salah seorang yang tidak terkecuali. Brotherhood.
Memanglah, sesiapapun akan tersentak bilamana anak bangsanya diperlakukan sedemikian. Kita tidak pasti siapa salah dan siapa pula yang betul. Namun dari beberapa detik aksi pertengkaran dan disusuli dengan 'body contact' dek provokasi yang melampau, bukanlah menghakimi tapi pastinya emosi yang meluap luap dan tidak mampu dibendung sepatutnya maka terjadinya insiden ini.
Kejadian yang berlaku di Batu Pahat ini bukanlah yang pertama kali malahan telah kerap terjadi sebelum ini. Aku tidaklah menyebelahi sesiapa. Bersalah tetap bersalah dan sememangnya patut dikompaun. Namun sampai ketahap 'mengganggu' tugasan penjawat awam, ianya adalah sesuatu yang malang. Bagi diri akulah, banyak kali aku disaman parkir. Tidak perlu kecoh kecoh. Pergi bayar sahaja. Anihnya, tidak pula aku terserempak dengan petugas yang meletakkan surat saman dikereta. Tidak sekalipun. Setiap kali aku mengambilnya dari wiper, spontanlah hamburan maki ditujukan kepada pengguatkuasa. Dapat aku rasakan yang dia ada disekitaran ketika mana aku sampai dan mengambil surat saman tersebut.
Tidak tergamak pula untuk aku bertelagah dengan orang sebangsa yang bertugas mencari rezeki keluarga. Bukanlah aku tinggi sifat pemaaf dan mudah berkompromi tapi punyai rasa hormat kepada petugas awam dalam menjalankan tugasan hakiki mereka selagi mana ianya tidak bercanggah bersalahan. Menyerang bergaduh dengan orang sebangsa lagi dan terang terangan yang pihak kita yang membuat kesalahan adalah suatu hal yang melampau. Tidak seharusnya berlaku. Andai ianya terjadi, pastinya adalah hal yang cepat memercikkan 'api' kemarahan.
Sejujurnya, perkara yang sekecil ini perlu akur dan patuhi sahajalah undang undang. Beringat dan jadikan suatu pengajaran agar tidak diulangi. Mudah dan tidak perlulah hendak tunjuk gangster tak kena tempat.
No comments:
Post a Comment