21 NOVEMBER 2023, 13:32
Usah menyusahkan orang
Semalam aku bepergian ke Pejabat Pos Besar Melaka. Sebelum menyinggahi berhajat, aku hadir ke Masjid Raudhatu Al-Jannah, Bukit Katil berjemaah Zohor. Bukan niat aku untuk keluarkan tapi keadaan yang mendesak memaksa aku lakukan apa yang sepatutnya aku harus lakukan.
Sememangnya, urusan sendiri maka sendirilah yang harus hadapi. Tidaklah pula bantuan orang lain tidak diperlukan tapi berpadalah dan mengikut kesesuaian. Hal yang melibatkan kewangan, rasanya, bukan semua dari kita yang sanggup 'membantu'. Apatah lagi, kalau tetiba muncul mengharapkan bantuan orang lain. Mungkin andai bernasib baik dan orang yang ditemui itu pula pemurah, berada orangnya serta tidak lokek dan suka membantu orang lain yang kesusahan kesukaran jalani kehidupan, beruntunglah diri.
Bagi diri sendiri, aku berpandangan agak sedikit berbeza. Apa yang perlu dan selayaknya akan aku hadap sendiri. Meminta pertolongan orang lain secara prinsipnya membuktikan yang kita telah gagal mengemudi kehidupan. Aku tidak tahu tanggapan orang lain dan aku tidak pedulipun pandangan orang tentang diri. Betapa sukarpun kehidupan, kadang kalanya agak kejam, harungi sahaja penuh bertanggungjawab. Mengelak menghindari hanya akan membuatkan keadaan jadi lebih rumit untuk dirungkaikan. Adakalanya akan timbul permasalahan lain yang berkaitan yang tidak terjangkakan untuk berlaku.
Diusia aku yang menuju ke penghujungan, jelas dapat aku simpulkan 'pengajaran' kepada diri. Dahulunya, aku anggap sambil lewa sahaja akan banyak statement orang orang terdahulu tentang kehidupan. Berakit rakit kehulu, berenang renang ketepian...bersakit sakit dahulu, pastinya akan bersenang senang kemudian. Begitu jugalah dengan Usaha tangga Kejayaan. Banyak lagilah jika ingin aku himpunkan sekadar yang membawa sama maksud. Ibarat menepuk air didulang, akan terpercik ke muka sendiri. Atau yang agak extreme, meludah kelangit akan jatuh ke atas diri sendiri.
Diusia muda, rasanya kebanyakkan kita tidak pedulikan nasihat, jauh sekalilah untuk menurutinya. Kenapa demikian kelakuan yang dizahirkan. Tentunya pada masa tenaga masih kuat, usia muda yang belum pernah diuji dan masih dalam kongkongan keluarga serta tiada sebarang tanggungjawab terbeban pada diri membuatkan siapa sahaja diperingkat baru 'hendak' mengenal hidup akan mudah leka terpesona dengan 'permainan' duniawi. Namun beruntunglah kepada mereka yang terdedah lebih awal hadapi ujian kehidupan. Bak kata orang, tua sebelum masanya. Memang beruntunglah mereka yang terpilih ini, diusia mudanya telah diperingatkan akan perit jerihnya meniti hari mendatang. Pengajaran yang diterima, dikutip sepanjang perjalanan ini akan membiasakan diri agar lebih berhati hati serta jadi pendinding dari hal yang melekakan diri.
Berusaha dan berikhtiar agar dari sehari ke sehari akan menjadi lebih baik, bermanfaat kepada kehidupan. Peka kepada keadaan sekitaran, tidak mudah terpesona dan leka dengan perkara yang kurang berfaedah tentu sahaja menjadikan diri sebagai insan yang berketrampilan. Ini memungkin diri dan keluarga yang bakal dibinanya nanti akan lebih terarah bertujuan.
Minggu lepas, semasa mengunjungi kakak tunggal aku, beliau memaklumkan yang si 'Calai' gelaran yang diberikan kepada anak jiran yang baru dibebaskan dari pusat sehenti. Dirinya pula sebaya dengan aku. Walaupun dia anak seorang guru dan subsequently thru time bersara sebagai guru besar, namun dirinya mungkin agak nakal dulu, tidak sedikitpun membuatkannya menjadi insan yang didambakan oleh seorang bapa. Aku tidak boleh cakap lebih dalam hal ini. Semua orang ada anak. Tidak mustahil hal yang sama boleh terjadi kepada diri. Namun apa yang ingin aku perkatakan disebabkan upbringing-nya yang tidak setara dengan keluarga yang agak respected berkemampuan dalam kampung, keadaannya kini agak daif. Tetiba hal tentangnya dibriefkan oleh kakak aku tatkala waktu hendak menghampiri Maghrib, adalah dalam sejam gitu, aku bertanyakan akan siapa lak yang terlalak menyanyi. Dimaklumkanlah yang 'dia' telah keluar dari pusat. Dia tengah mengemaskan rumpun serai yang dicabut dari tanah arwah orang tuanya untuk dijual kepada peraih. Aku tidak pula mengenali dirinya secara rapat. Aku juga tidak ingin ambil tahu akan kisahnya diwaktu mudanya dahulu. Memasing bergerak mengemudi kehidupan sendiri. Namun contoh 'hidup' ini begitu jelas terpampang untuk dimengertikan. Extreme sungguh perjalanan kehidupannya.
Berbalik kepada hal yang menyangkuti diri. Seusai selesai berjemaah, aku begeraklah ke destinasi tujuan. Sebelum menyampai, aku berhenti mengisi minyak Alza di Petronas Bkt Katil, bersebelahan Kings Hotel. Belum apa apa dan baru hendak bergerak dari kaunter pembayaran, seorang petugas sedang memasukkan nozzle ke Alza. Opening remarks, macam biasalah, 'Assalamualaikum' kepadanya. Spontan dijawab. Tak tahu apa yang hendak dibualkan, aku mulakan dengan statement Ron 95 akan naik tahun depan. Cuba buat joke, ' naik hari ini...esok...minyak turun'. Dia sekadar gelak kecil. Katanya, banyak orang sudah beralih ke Ron 95. Selisih dah lebih RM1 untuk RON97. Aku maklumkan yang kereta 'ini' dah dipanggil untuk service. Dia menegur, okay lagi Alza awak ni. Tidak sebandingan dengan Alza dia sambil memanjangkan tangan kanannya menunjukkan Alza maroonnya yang diparkir dihujung berdekatan dengan lokasi NPG.
Melihat kepada susuk tubuhnya yang tegap dan berketinggian separas aku at 1.82m, aku tanyailah dia samada berpencen askar. Dia angguk mengiyakan. Usianya pada pandangan aku mungkin belum memcapai umur bersara 55 buat kerajaaan. Katanya dia tidak sambung 'service'. Junior dalam 10 tahun berpencen adalah satu kelebihan buatnya berbanding dengan aku yang kerja swasta dibawah 'mandatory retirement @ 60'. Punyai banyak ruang masa untuk 'kumpul' harta. Maklumnya lagi, keretanya luarannya nampak okay, tapi 'orang rumah' sudah langgar hingga rosak teruk bootnya. Wife dia masih bekerja. Tentulah usianya lebih muda dari dirinya. Dia ke pejabat naik kereta dan tidak benarkan dia bawa Alza lagi.
Dari bualan ini dapatlah aku simpulkan yang keadaan 'ekonomi' keluarganya masih mantap tidak tergugat. Kenaikan mendadak letrik dan air hampir sekali ganda amat menyukarkan aku. Nampak gayanya, wang terkumpul KWSP lepas bersara nanti akan disalurkan membayar segala utilit bill saban bulan. Naya buat mereka yang dah pencen.
Mulai sekarang aku perlu lebih 'prudent' berbelanja. Bak kata orang, 'bukit kalau selalu sekerap menarah, akan rata juga akhirnya'. Moga menjadi panduan berguna dikemudian hari.
No comments:
Post a Comment