Tuesday, November 21, 2023

Melayu pemalas...katanya

20 NOVEMBER 2023, 21:43


Melayu pemalas...katanya


Sejak semalam lagi, banyak 'cerita' tentang seorang tik-toker ker, influencer ker atau founder membuat gimmick, mungkin dalam usahanya hendak melakukan jualannya melintas di 'fyp' aku. Be it di fb mahupun kat tik-tok, tak perasan lak. Viral jugalah dan kecoh satu Malaya. Aku sekadar mengintainya sambil lalu. Dalam pada aku klik yang memula tu, kelihatanlah seorang perempuan seolah berlakon berdailog didepan kamera tentang kisahnya. Kemudian dihujung video yang aku tonton itu memaklumkan yang dia memohon kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia atas keceluparan kata yang dilafazkannya. Aku sikit pun tidak ambil port pada awalnyalah.


Aku pada 19 Nov. tu kena stayback sehingga 8:00pm walaupun ber-shift pagi. Tidak sampai hati hendak biarkan anak buah melayan pengunjung yang ramai hujung minggu ini. Letih yang teramat, sesampai dirumah sebelum ke bilik air membersihkan diri, sempat aku intai fb seketika. Begitulah termulanya, bilamana seorang wanita pertengahan umur membuat statement yang agak 'misleading', cenderung kepada menghina. Kemudian ada pula slot permohonan maaf. Ingatkan sekadar acah acah, rupanya ianya 'real' dan sudah pun viral. Pantas merebaknya.


Tapi ketika sedang makan tengahhari tadi, orang rumah dengan anak 'Nya'nya tengah lihat 'apa' yang trending hari ini di Sony 4K android TV kat living room dan jelas aku dengari. Makanya, bermacam macamlah video yang menyentuhi akan hal 'kakak' yang kononnya dianggap mengecam orang melayu malas ditonton mereka. Aku yang tengah makan berlaukkan daging masak hitam(black pepper), curry ikan merah dengan mixed vege, ikan goreng juga, ikan merah serta buat rasa rasa, ikan bulu ayam sebagai penambah selera agak terganggu seketika. Tengah menikmati juadah, video 'reaction' pelbagai latarbelakang netizen menghamburkan pandangan mereka.


Boleh rujuk video yang memula singgah di 'fyp' aku, dan juga video 'reaction' oleh netizen yang kecam tindakan si Mariyah @ nenek kemboja sebagai renungan bersama.

                                                                Bangganya dia...


Wakil orang tempatan tempelak nenek kemboja

Lepas makan, aku ambil sedikit ruang masa untuk cuba hadamkan polemik 'melayu pemalas' yang menjadi trending kini. Siapa si Mariyah ini. Apa kejadahnya usik perasaan orang melayu macam itu. Sudah buang tebiat agaknya. Aku pula amat dan mudah tersentuh bila bangsa aku dikecam sedemikian rupa, lebih lebih lagi oleh 'pendatang', tidak kiralah dirinya muslim apatah lagi golongan kapir. Seharusnya, dimana bumi dipijak maka disitulah patutnya langit dijunjung. Orang yang faham, dia akan faham tapi pada mereka yang bukan berjiwa Melayu, perumpamaan ini tidak membawa sebarang ertipun kepada mereka. Tentulah, mereka yang mendatangi tanah 'bertuah' ini,tiada 'roh' kejiwaan pada tanah melayu. Hendak beraja dimata bersultan dihati, tengok tengoklah sikit. Boleh main semberono sahaja. Malulah. 


Spontan pertanyaan diajukan...



Banyak komen yang aku baca serta video 'reaction' yang aku tonton lebih kepada mengkritik mempersoal keculaparan si Mariyah ni, pompuan Kemboja yang tidak kenang orang punya jasa. Dalam banyak banyak komentar yang diluahkan oleh netizen, orang kita dan banyak juga yang sepandangan dengan apa yang aku bimbangi mungkin boleh berlaku nanti. Antaranya adalah luahan dari saudara Zamri, seorang pengusaha yang uploadkan keresahannya di FB 'Vocket' 



Zamri Madu Syairtimur

Melayu kena sedar diri. Mulakan sekarang. Bila lagi. Kita kena sapot orang kita, bangsa melayu islam. Sapot dalam semua perkara. Apa apa dahulukan bangsa kita. Sapot peniaga melayu. Kayakan orang melayu. Orang melayu kena kaya. Beli aset aset penting seperti tanah dll. Pastikan apa apa yang nak dibeli dan servis yg nak digunakan itu pemiliknya adalah orang melayu. Bagitahu anak cucu kita supaya mereka pun kena sedar perkara ini.
Korang klo sapot bangsa lain ...apabila mereka sudah kaya raya korang tunggulah keceluparan dan kebiadapan mereka ke atas orang melayu dan mempertikaikan urusan agama Islam. Byk dah berlaku perkara ini. Tengok lah contoh apa yang berlaku di Palestine.
Orang melayu klo tak nak berubah juga kaum cha ya nun alif dan kaum pendatang lain akan menjadi tuan besar di mana mana saja. Tengok saja skrg orang melayu kena kerja dengan mereka. Melayu jadi kuli ..bos@taukeh pulak cha ya nun alif...haa tepuk 👏👏👏.
Nak berbaik pun berpada pada lah...fikirkan.                                                                                                            

Seingat akulah, sebelum inipun ada diviralkan pasal Gedung Pakaian Jakel memperlekehkan orang Melayu. Boleh rujuk beritanya...-hina-orang-melayu- sekitar awal tahun 2020. Selagi kita tidak bangkit menyergah pendatang juga orang hanyut yang kedatangannya tidak dijemput apatah lagi dialu-alukan, maka selagi itulah mereka akan bersikap 'kaduk naik junjung'. Hendak kah kita melihat situasi itu nanti. Mungkinlah kita tidak sempat menyaksikannya andai itulah takdir dariNya. Tapi mampukah dan bagaimanakah caranya pula dengan anak cucu kita yang terpaksa bergelut berlumba dengan pendatang dinegara tanah tumpahnya darah kita ini. 

Inilah dikatakan orang tua tua dahulu memperingkatkan anak cucu, 'Tiada beban, batu digalas'. Lebih baik kita banteras segala kepincangan yang ada. Hapuskan petualang yang ada, baik ianya berkarektor 'Mandeliar', juga 'Si Kitol' atau 'Buang dalam Sarjan Hassan'. Malah sesiapapun jua yang ada ciri ciri sebagai petualang pengkhianat orang Melayu tentu sekali amat perlu dinyahkan.

Bak kata P. Ramlee pun dalam ending-nya filem dimana dilanyaknya cukup cukup akan Si Buang sampai 'keok', 'Bersatulah bangsaku....'

No comments: