Friday, August 14, 2026

Ijtimak kat Masjid Al-Azim

14 AUGUST 2026, 10:03

Ijtimak kat Masjid Al-Azim

Dua minggu lalu ketika makmum selesai mengerjakan sembahyang sunat, pengerusi atau wakil pengerusi/jurucakap memberitahu hadirin akan perkumpulan orang islam berkampong di masjid negeri pada 14 August bermula Asar sehinggalah selesai bersurai selepas Zohor pada Ahad, 16/8 ni. Perhimpunan bertujuan menyemarakkan ukhwah umat islam seluruh Melaka dan juga Johor yang julung julung kalinya diadakan. Dimaklumkanlah kepada anak anak khariah untuk turut sertai program ini bagi menyemai dan membiasakan diri dalam suasana keislaman yang sebenar. Selebihnya memantapkan diri masing masing dalam menghadapi cabaran semasa yang mengganggu gugat syiar Islam di Malaysia. 

Kini dan hari ini, di pagi Jumaat ni tentulah segala persiapan program telah hampir sempurna menunggui pelancaran pada Asar nanti. Kebetulan pada Isnin, 10/08 aku ada berurusan di Pejabat Pos Melaka dan singgah bersembahyang Zohor di Masjid Al-Azim. Kelihatanlah ramai petugas tengah mendirikan khemas besar disekitaran MAIM yang berdepan dengan masjid. Ada yang telah siap tersergam memenuhi jalan pintas antara masjid dengan bangunan MAIM menyampaikan ke persimpangan untuk ke Hospital via pintu belakang. Ada cuma bumbung khemah siap berpasang dan belum didirikan lagi. Sedikit tidak teratur terurus dikawasan berhampiran perkarangan masjid dengan besi tiang khemah serta kanvas berserakan di dataran masjid mungkin khemah utamanya. Rasanya petugas berehat seketika untuk sesama berjemaah Zohor. 




Perkara baik ini telah diwar warkan, cuma menantikan 'hasil' nya, samada bersambut baik atau dipandang sepi sahaja. Berpandukan gahnya persiapan dan promosi disebarkan via media sosial buat masyarakat setempat, harapan penganjur program ini tentulah sambutan yang luarbiasa 'bakal' dihadirkan oleh masyarakat setempat. Sejauhmana berkesannya promosi dan sehebat mana sambutan yang diterima bakal diketahui pada petang nanti. 

Aku berharap segala yang dirancang mencapai kejayaan.

Saturday, August 8, 2026

Bersantai di verandah sambil merapu menulis

Bersantai di verandah sambil merapu menulis

Saturday, 8 August 2026 @ 11:47am

Memang macam sukar dipisahkan dari diri. Diketikanya, kudrat makin melemah dengan kesihatan yang terumbang ambing, pilihan yang aku ada makin terhad. Terhad untuk bergerak, terhad juga untuk memilih juga tidak boleh lakukan kerja yang berat berat apatah lagi yang bersifat 'extreme' .Jadinya, lebih kerap kena berehat. Paru paru kena kerja lebih keras mengepam dan lebih laju andai aku memaksa diri berkeras kepala batu mahu buat sesuatu yang diluar kemampuan 'tenaga' yang kian berkurang, maka padah menunggu.

Aktiviti harian lebih kepada duduk duduk membaca, berzikir berdoa dan kerapnya menukil kisah kisah yang aku lalui selama ini yang aku ingati sebagai kenangan 'kisah' masa lalu. Biarpun begitu, semangat tetap kental. Hadap selagi mana boleh hadap. 

Entahlah, selama mana perlu berkeadaan begini dan setabah apapun maka perlu harus berwaspada. Ingatan masa pertemuan on 30/07/2026 yang ketiga untuk tahun 2026 dengan doktor bagi mengetahui progress kebergantungan dengan menyedut Tiotropium/Olodaterol iaitu sebatian kimia sebanyak 2 puff setiap harian dengan setiap 'puff' mengandungi 2.5 microgram ber-brand-kan 'Spiolto Respimat' sekadar satu formaliti saja. Tiada perkembangan yang mengembirakan misalnya tak perlu ambil sedutan lagi ke kerana sudah pulih sepenuhnya. Atau ibaratnya menjatuhkan 'bomb shell tepat tepat on target, 'Pakcik dah bebas, tak perlukan rawatan lagi'.

Inhaler dengan chop dagangan ini ditentukan oleh doktor 'pakar' yang pakarlah sangat mengesyorkan keatas aku pada pertemuan awal tahun 2026 @ Friday 2 January. Pada perjumpaan berikutnya pula iaitu 01/04 or on April Fool day, sekali lagi aku being fool around.  Kena teruskan mengguna dak 'Spiolto' ni yang katanya sedikit sebanyak membantu menyeimbangkan atau menormalkan pernafasan. Ia-kan ajerr lah.

Entahlah. Ikutkan hati, mahu sahaja aku 'tinggal'kan terus alat bantuan pernafasan ni. Merimaskan. Bukannya apa. Kalau maklumkan kepada mereka yang tidak punyai 'masalah' cam yang aku hadap ni, sekadar makluman cuma dan angguk saja. Deritaan yang dialami bukannya dapat mereka rasai. Luaran sahaja 'seolah bersimpati' sedangkan mana dia tahu. Cakap banyakpun tak guna-lah. Bak kata Gaya Zakry, biarlah 'Derita Hati Ku Tanggung Sendiri'.

                                                    Biarlah si Gayah ni...dodoikan aku


Sampai bila dan sehingga bila perlu bergantung hanya masa-lah yang menentukan. Relaxs Zaini, tenang tenangkan hati tu. Kalau 'modal' besar, pergilah healing healing ke luar negara, sebagai contoh, ke Paris ker, atau Gold Coast atau nak lebih jauh lagi ke Balkan. 

Pandai-lah kau. Siot la... . Nak perli pun, patut patut la.

Friday, August 7, 2026

Beri makan kat Emma...

Beri makan kat Emma...

Friday, 07 August 2026 @ 18:10

Alhamdulillah, selamat sampai ke 'home sweet home' as dijangkakan. Smooth perjalanan pagi ni dari Seri Bahagia balik ke Bukit Katil. Sebab itulah aku mahu gerak pagi agar sampai sebelum sembahyang Jumaat. Menepati perancangan. Exactly reached by 12:30pm. Dapatlah berehat sekejap sebelum keluar ke masjid. 

Siapapun mengharapkan yang baik baik untuk terjadi. Tiada siapa yang mahu hal buruk buruk dari berlaku pada diri. Lumrah manusia memang begitulah tindak tanduknya. Tak boleh nak kata apa. Begitu jugalah buat diri. Sebelum Ucop keluar ke tempat kerja barunya, dia bersalaman dengan aku, dapatkan aku dibilik depan. Aku harapkan agar berhati hati naik motor. Aku bangkit dari meja tulis ikut dia dari belakang ke verandah.

Aku ingatkan dia untuk bawa kunci rumah bersama, takot nanti bila balik tak boleh nak buka pintu. Kekadang 'slightest' careless pun boleh menyebabkan masalah kemudiannya. Aku ambil gugus kunci rumahnya, membuka pintu pagar. Nga nga-kan agar dia boleh terus bergerak. Aku macam beri arahan dan akan rapatkan kembali sambil serahkan kunci rumah padanya. Ini bagi memastikan yang kunci tu safely berada dalam pegangannya.




tengah sarapan


Dah selesa duduk santai dalam rumah

Atas kerusi kau ya...layak beborak ker tu


Wah...Emma, atas sejadah kau tidur ya



Ketika aku membuka pagar, dia dah hidupkan engin motor, tapi tidak kelihatan oleh aku akan dia bila aku menoleh kearah motornya. Terlindung. Rupanya dia tengah terbongkok bongkok memberi makan kucing 'jiran' yang kerap muncul setiap pagi, katanya. Setelah dia beredar pergi dan aku tutup kembali pintu pagar, Emma dan boy dia, Dak kuning tengah tunduk pulun 'breakfast'. Cecepat aku masuk ambil phone dan rakam moment yang aku lihat ni.

Pastinya, both dak Emma dengan dak Kuning, naturallynya ucapkan tq pada Ucop yang saban pagi akan sediakan 'sarapan' untuk mereka. Even kitapun sesama manusia, sifat universal cenggini, setakat ucapkan TQ adalah suatu kebiasaan. To me, aku admire dirinya yang kasihan dan sanggup bersusah susah beri makan pada stray cat. Masa memula datang menyewa, tak adapun stray cat berkeliaran kat depan rumah sewanya. Pernah dulu ketika kami sampai dari Melaka. Kami referred to me, myself and lovely la. Bila buka pagar, mencicit lari keluar ketakutan si Emma ni, dulunya tak tahu nama dia which kita namai sebagai kucing belang saja yang menumpang teduh di verandah dari panas mentari.

Bila kerap datang berrkunjung, ternampak saja Alza merah didepan rumah, cepat sahaja dia menyeberang jalan masuk ke depan pintu rumah. Dah berani dia dan tak merasa terancam takut. Bila dibukakan pintu rumah, dia lebih dulu masuk mendahului kami. Betapa 'bertuah'-nya dia dapat layanan baik dari Ucop. Malah stok makan dia berjenama lagi, Friskies dan satu bag besar 'biscuits' imported lagi sebagai makanan tambahan mengelak kejemuan setakat satu jenis 'food' saja. Bergolek gelantang dalam rumah dan kekadang numpang tidur kat katil usop yang ber-air-cond yang dah anggap dia sebagai tuan-nya.

Beruntung kau...Emma.

Sunday, July 26, 2026

Sampaikan hajat

26 JULY 2026, 13:44

Sampaikan hajat

Semalam, dari pagi membawa ke tengahhari, hujan turun dengan sederhana lebat. Sejak dari Suboh lagi. Berlanjutan sampai aku selesai sembahyang Zohor. Lu tak gi masjid kerr? Tak..., kat rumah jerr. Hajat hendak ke rumah sahabat sebermula dia post message kat aku dengan balasan akan hadir menyusul lepas aku ucapkan tahniah terima menantu. Seboleh mungkin aku tidak mahu hampakan hajatnya itu.

Aku sedikit cuak pada hari majlis walimatulurus-nya berlangsung. Hujan menotos tak berhenti. Timbul rasa sedih kasihan kepadanya. Aku-pun sebagai seorang bapa tentulah mengharapkan majlis yang diadakan agar senantiasa dipermudahkan akan segala urusan. Tidak terkecuali bagi dirinya. Segala perancangan yang selama ini diatur berharap moga terhindar dari segala rintangan halangan. Namun 'realiti' yang kena hadapi adalah ketetapan Takdir dari-Nya. Tenang terima-lah seadanya. Aku dapat selami perasaan hatinya seolah olah aku yang lalui permasalahan ini. Sempat titipkan doa lepas Zohor moga majlisnya sempurna sehingga kepenghujung.

Hampir ke 2:00pm, aku mulai perjalanan ke Solok Gaung. Tak perlu guna maps ataupun waze. Aku dah sedia maklum rumahnya itu. Just hit the road. Selamat sampai aku ke destinasi kurang dari setengah jam jugak. Lalulintas agak sibuk juga terutamanya dari bukit katil ke duyong menyampaikan ke AMJ ke Semabok tu. Belok mendaki bukit Duyong menuju Ayer Molek. Walau tak berapa sibuk, tetap kena hadap arus pergerakan kereta bumper to bumper selain dari lampu trafik memasuki Desa Duyong dan di Seri Duyong. Lepas round about Ayer Molek, barulah lenggang menyampaikan ke Solok Gaung. That's why it took me about half and hour to reach Musa's house.

Sebaya dan sesama 'perintis' JJ Melaka  



Masa sampai, terus aku mendapatkan dia, berdakapan sambil bertanya khabar. Ucapkan tahniah terima menantu. Dalam pada berborak tu terpandangkan orang rumahnya sedondon mengenakan kurung merah cokelat dipintu depan rumah berkerusi roda. Segeralah bertanya, orang rumah tak sihat ker? Dijawabnya dah kena potong kaki bahana kencing manis. Ringkas padat jawabnya. Segera aku tenangkan, bertabah-lah. Pantas pulak dia menyuruh anak buahnya snapkan gambar selfie berdua. Mungkin tanda kehadiran atau sebagai gambar kenangan. Aku layankan jerr. Dia serahkan beg goodies kat aku sambil pelawa makan. Angguk dan menonong sendirian ke buffet table, layan diri. Ditegur lak oleh ketua penyaji yang kenal amat kat jejaka handsome ni. Rupanya guna catering si Hanafi juga. 

Selesai menjamu selera, makan sensorang, kembalilah aku mengadap bapa pengantin bersalaman sekali lagi. Bertanyalah akan sahabat lain yang hadir berkunjungan ke majlis sambut menantunya ini. Katanya, ramai gak yang hadir terutamanya ex-bluewave. Kalangan sesama anggota semacam ada strong bond. Sejak mulai majlis biarpun hujan petos tak berhenti. Padu persahabatan mereka. Aku amat admire dalam bab ni. Bersahabat biar dah lama bersara.

On the way balik, banyak lak kenangan aku dengan Pak Musa datang. Macam macam 'slide' muncul. Paling menonjol, boleh terpacul tersebut yang bila mana dah tak bekerja lagi, dapur rumah dia 'tak tersumbat'. Wife cikgu, bulan bulan ada pencen apa. Tak cukup, wife boleh cover. Macam aku, sebagai perbandingan, kena tetap mencari, kalau tak ... tak berasap dapor. Dia, masa tu, sekadar senyum sahaja sambil cakap, kau ni ada ada saja... . Dia ni jenis cool, jarang balas balik menyerang, kurang lebih tak aggressif dan tak vokal orangnya. Aku kalau fikirkan balik, macammana boleh terpacul statement sedemikian. Mengeleng geleng kepala aku sendirian didalam MBB menuju haluan balik ke 'markas'.

Tak siapa sangka dan tak siapapun menduga. Inilah sebahagian kisah realiti kehidupan. Insaf dan sedar diri. Segala galanya berkemungkinan untuk terjadi.

Saturday, July 25, 2026

MCN XX06 dan buli

MCN XX06 dan buli

Friday, 24 July 2026 @ 2:42pm

Hari ini, masih tidak berubah...bila ni hang nak berubah, hadirku ke Raudhatuljannah ketikanya bilal mengkumandangkan azan. Masih terhegeh hegeh kat bilik mengenakan baju melayu, dan tercari cari memilih antara butang warna merah, purple ataupun kuning. Hendak matching-kan dengan baju maroon. Akhirnya aku pilih warna kuning.


Capai kunci MBB, starts engine dan lat beberapa detik cuma bergeraklah ke masjid. Kali ini imam Nasmi yang akan membaca teks khutbah. Sebelum memulakan, macam suspense jerr, dia mengingatkan agar anak anak sekolah dan remaja yang tengah meningkat agar lebih beri tumpuan pada khutbah yang akan disampaikan.

Dia membacakan tajuk tentang 'bully' pada minggu ini. Oooh...ingatkan apa-lah tadinya. Macam biasalah, kesan akibat pembulian dan puncanya dirungkai dihuraikan secara ringkas lagi padat dengan penggunaan kata kata dan ayat yang tidak berjela dalam tempoh peruntukkan masa sesuai untuk khutbah jumaat ini.

Segalanya well said dan mudah difahami. Persoalannya, adakah seluruh makmum dalam negeri Melaka ini akan react accordingly. Apakah yang dah terbiasa membuli akan segera 'stop' dari membuli. Manakala yang sering dibuli pula, takkan lah hendak biar redha saja tanpa perlu bounce back. Masing masinglah kena hadam akan teks yang aku attached dalam nukilan ini.

Bagi mendatangkan kefahaman yang terfokus, rujuk Buli - Racun Keharmonian Masyarakat dan sesama fikirkan jalan merungkaikan membanteras gejala buli membuli.

                                               

Selesai berjumaat, berdedai lah makmum keluar dari masjid. Lakukan apa yang hendak memasing lakukan mengikut perkiraan keutamaan. Adakah saranan dan ingatan tentang hal buli membuli ini dibawa bersama atau disangkut cuma di pintu keluar masjid. Sendiri mahu ingatlah.

Buat aku-lah yang dah pun berusia 62 and coming February will be 63 lak, mungkin kurang significant atau ketaranya. Malah kalau adalah yang hendak membuli golongan veteran ni pun hanyalah dikalangan sesama usia mungkin. Berdendam kesumat yang tertunggak tak berbalas atau memang tabiat membulinya masih menebal tak terhakis. Konon still strong lah gitu. Kalau tak semena mena kena serangan 'stroke', mahu terkejut beruk melepek mengenang nasib. Jangan main main tau. Dah tua, buatlah perangai tua. Insaf yang kita tak lama lagipun untuk hidup. Apa, kau nak menongkat langit ke. Ajer hawau...la.

On the way mendapatkan kereta yang di parkir dalam kawasan Giat Mara, didepan aku adalah dalam 5 langkahan berjarak, seorang anak yang sengkut kaki kanannya berpimpinan tangan dengan bapak dia yang seusia aku. Mereka berdua tetiba menjadi perhatian. Wajah bapanya macam 'garang' berbaruk pipi dan berbaju melayu sedondon warna hijau pucuk pisang masuk ke perkarangan Giat Mara juga. Anak 'syurga' ni pula dalam belasan tahun tentunya masih bersekolah. Tak pasti samada bersekolah biasa atau dimasukkan ke sekolah khas buat anak anak OKU. Aku perhati saja, Honda city hitam bergerak meninggalkan compound GiatMara. Membelok ke kanan dari entrance kemudian ke kiri di lorong belakang Taman. Aku tak rasa ia penghuni taman. Dari kejauhan dapat dilihat yang kereta hitam ni membelok ke kanan di Bayan 8 menghala ke jalan besar. Mungkin taman sekitaran sini juga. Merak atau Merak Mas rasanya.

Setahu aku, sesiapa yang cacat pada belah tangan dan kakinya cenggini, berpunca dari demam panas yang melampau pada usia keciknya dan lambat pula ke hospital berubat. Dinamai mengidap penyakit 'polio' iaitu yang berkaitan dengan saraf. Pelbagai sebab kelewatan mendapatkan rawatan sesegera mungkin. Atau memang dah ditakdirkan buat pasangan yang 'di-uji' ni. Bayangkan 'bahana'-nya adalah sepanjang usia. Selagi mana belum menutup mata, selama itulah juga dia akan berdepan hadapi kesan dari lambat mendapatkan rawatan.

Berat mana kita yang memandang insan ini bergerak maka tentulah lagi berat penanggunggan insan yang alaminya serta kalangan keluarga yang punyai anak sedemikian. Aku bukanlah mahu pertikaikan malah aku juga senantiasa memohon berdoa kepadaNya agar terhindar keatas ahli keluarga aku. Sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui Maha Merancang dan Maha Berkuasa menguji 'ketahanan' mental setiap hamba-Nya.

Dahulu, semasa kecilnya aku, penyakit 'polio' ini dikenali juga sebagai penyakit tepok yakni pergerakan tangan mahupun kaki yang tidak normal. Siapa yang diuji adalah mereka yang amat 'istimewa' terpilih. Bersabar buat diri dan kalangan anggota keluarga diharap dapat membantu dari segala kesulitan.

OKU Cerebral palsy ini, buat situasi sekarang mungkin hadapi lebih banyak cabaran berbanding pada mereka yang di tahun 70an dahulu. Memang perasaan kasihan begitu menebal dikalangan masyarakat kampong ketika itu. Rasa insaf segera hadir dan seboleh mungkin sebagai ahli masyarakat akan memberi pertolongan mana yang termampu seolah insan malang ini adalah ahli keluarganya sendiri.

Andai dia bersekolah di sekolah khas buat golongan cacat mungkin bebanan dibuli kurang atau tiada langsung. Masakan tidak, kalau semua mereka berkeadaan lemah perlu dibantu, takkan-lah sanggup membuli rakan yang senasib.

Tapi, aku risau jika ayahnya treated anaknya yang tepok ini macam anak yang sempurna sifat dan enroll kat sekolah biasa, senarionya tentulah berbeza. Bilamana masyarakat kian tertekan dengan pelbagai masalah 'ekonomi' dan juga sosial maka hal menyantuni golongan kurang bernasib baik tidak diberi perhatian. Memasing memikirkan peritnya mencari duit dengan harga barangan yang makin mahal dan terpaksa berkira dalam membuat pembelian keperluan harian. Ditambahi pula interaksi sesama jiran terhad dek hambatan tugas yang mendesak. Kekadang hendak berbual menasihati anak anak sering terabai. Lemahnya pemantauan bapa pada karenah dan perangai anak membuatkan si-anak melepaskan perasaan yang sukar dikawal keatas rakan sebaya yang lain. Cemburu melihat rakan lebih berpenampilan terurus akan  membuatkan bibit bibit kebencian tak berpuashati. Tentulah akan bertindak agresif menakutkan mereka dek rasa cemburu yang tidak dibendung.

Banyak sudah berlaku 'physical contact' untuk intimidate rakan sebaya lain dan makin berleluasa seolah suatu 'trend'. Isyarat ni adalah amaran awal akan kepincangan sedang berlaku dalam kehidupan bermasyarakat. Tiada rasa hormat menghormati juga lebih bersikap mementingkan diri sendiri.

Semua kita kena buka mata dan cari jalan untuk mengharmonikan situasi agar kehidupan kita aman dan tenang bertamaddun. Kemodenan kebendaan semata tak patut terlalu dibanggakan sampai asas hidup bermasyarakat dikesampingkan. Hilangnya rasa kasihan kepada yang ditimpa kesusahan, sikap saling menolong bergotong royong seolah sengaja dilupakan dan rasa hormat kepada yang lebih tua seolah lenyap larut dalam arus kemodenan.

Fikirkanlah bersama sebelum ianya membarah dan sukar dirawat. Hujung hujung kita jugalah yang akan menanggung akibat.




Wednesday, July 22, 2026

Tauhu sumbat...terbukti


Tauhu sumbat...terbukti

Wednesday, 22 July 2026 @ 5:49pm

Aku ke Family Store di Melaka Mall pagi ini. Seharusnya semalam lagi dah keluar mendapatkan bahan pembuatan perlu untuk penghasilan karipap 'frozen'. Memang couldn't make it semalam. Makanya lepas quite late ber-breakfast, pagi ni, berseoranglah pergi.

Senarai barangan yang dimaklumkan semalam memang dah registered dalam kepala hotak. Menononglah ke tempat dimana ia terletak aku tujui. Dah terlalu familiar disini. No probs at all untuk mencarinya. Lovely juga mengingatkan untuk check whatapps akan barangan tambahan. Untuk segera mengingati semua mungkin ada yang slip away. It's better dan tak-lah pening nak hafal ingat. Maklumlah.


Items for the making of 'tauhu sumbat'


Dalam pada aku capai itu capai ini according apa yang di-list-kan, aku turut ambil sebungkus tauhu putih of 10's. Tergerak lak nak makan tahu sumbat lagi berkuah 'lada'. Kuah kacang, dah tua tua ni agak kureng. Kuah kacang ni sesuai selayaknya dengan satay. Home made mungkin tidaklah, as not practical sifatnya. Kalau ramai pemakannya mungkin lah. Kalau nak makan nau, singgah lerr kat Berahim Satay kat Semabok tu. So, bahan bahan sampingnya turut aku beli. Timun sebungkus dan taugeh juga sebungkus. Aku memilihlah, yang to me seems, agak fresh.


Gambar dekat

                                                    

Full menu



Selesai shopping, menonong balikklah ke markas. Serah semua yang dibeli kat lovely, berehat bersantailah di verandah. Nungguin waktu zohor. Aku tak sebutpun tapi impliedly she understood. Surprise...surprise, tauhu sumbat as menu tambahan dah kat atas meja.

Bertauhu sumbatlah aku di petang Rabu ni.


Sunday, July 19, 2026

Do it...now!!!


Sunday, 19/07/2026 @ 11:42am

Do it...now!!!

Sudah beberapa kali aku ingin berkarya pasal hal ini. Tidak berkesempatan. Tapi pada kali ini terbuka ruang. Selesai bersarapan mee bodo home-made dengan pau kacang merah yang dibeli frozen on Tuesday di gerai buah buahan orang kita di Sungai Putat, macam biasa yandau kat kerusi antique sambil intai youtube. Klip video berkisar kisah dan cerita PRN Negeri Sembilan yang telah dimulai dengan penamaan calon semalam. Pemenang akan diketahui pada Sabtu malam Ahad, 01/08/2026. Best of luck, bro!


Potong stim, tengah asyik nonton, orang rumah lak suruh belikan sardin. Ucop yang being warded genap seminggu hari ini, suruh bawakan sambal sardin for lunch. Lagi aku lengahkan lagi kerap lak lovely menyuruh pergi ke kedai dapatkan Sardin Ayam Brand satu tin besar, bukan cap ayam punya ya. Beza tu.


Bukan malas ataupun apanya tapi hujan agak sedikit lebat masa bersarapan dan ketika sedang tengok youtube. Bila sudah teduh dan sekadar renyai, cecepatlah aku melelau Kancil purple ke 99 Speedmart mencarinya. Tak lah jauh nau. Below 10 minutes saja dari pergi dan balik semula ke markas. Menonong serahkan pada lovely dan segeralah aku on-kan chromebook Samsung buruk aku ni yang tersedia di meja patio di verandah untuk menukilkan idea yang tetiba melintas difikiran semasa pemanduan balik.


Sedang syok syok jari menekan keyboard selari dengan idea yang hadir dengan mata tertumpu pada screen chromebook akan segala yang aku perkatakan, hujan mulai kembali melebat. Aku berhenti sekejap. Siap ambil video pembuktian yang aku ni bukannya 'no non-sense' person. Setiap yang aku buat, apa jua aku perkatakan dan hadirkan pernyataan, ada acountability-nya. Hendak berbohong buat apa. Berprinsip. Barulah kita akan merasa aman dan tidak timbul rasa bersalah dalam diri. Speak the truth. Ceritakan apa yang benar sebenar dan tidak berselindung atas apa jua alasan dari perspektif kita sendiri. Tidak dipengaruhi oleh siapa siapa.

                                                                Real time condition

Seboleh mungkin, dalam apa jual transaksi melibatkan duit, aku lebih suka dan rela guna aplikasi pembayaran. Bukan apa, ianya pantas dan mudah. Lagipun penggunaan wang tunai terpaksa diguna-pakai bilamana tiada kemungkinan cara membuat pembayaran secara 'maya' or virtual. Dunia sekarang ini bergerak kearah 'cashless community' atau literally-nya masyarakat tanpa tunai. Kalau kita kita ini tidak strenghten-kan dan membudayakan dalam masyarakat mana mungkin datangnya kepercayaan seluruhan warga terutama sekali buat mereka yang dalam kategory 'laggard'. Bilamana semua sudah boleh menerima, everythings will be smooth. Hopefully-lah.

Jadinya, masa hendak membuat pembayaran, aku maklumlah kat budak pompuan yang jadi cashier yang aku hendak bayar pakai 'qr'. Spontan dia key-in button amount di screen dan kat mobile terminal tertera qr code together dengan amount yang perlu dibayar. Melalui phone aku lak, aku buka mae e-wallet untuk di-scan qr-nya. Dia halakan mobile terminal merapat ke phone aku yang aku paparkan qr of my bank account. In split second sahaja, pembayaran selesai. Secara auto-nya juga, printer keluarkan resit pembelian seperti mana yang aku snap gambarnya ini. Kalau dengan bebudak JnT atau ShopeeXpress, aku 'tembak' kat phone depa tapi kat cashier counter ni, budak cashier 'tembak' pakai mobile terminal dia ke phone aku.

Diguna-pakai at 99 Speedmart

Sistem pembayaran telah semakin canggih berevolusi sejak penghujung 70an sehinggalah kini. Aku pernah saksi dan kendalikan juga. Dahulu dikenali sebagai 'wang plastik' merujuk kepada kredit kad. At that time, those yang mampu memilikinya berbangga beb walhal berhutang dengan bank. Bila selesai shopping, cuma keluarkan kad yang kemudiannya akan di-letakkan di 'zig-zag' machine untuk duplicate transaksi for carbonised payment slip. Satu salinan diserahkan kat pelanggan, satu lagi untuk rujukan company dan 'original-nya' untuk klaim dengan bank. Berlapis lapis kerja sebelum dapatkan wang dari bank. Agak leceh tapi itulah dianggap moden.


Kemudian di-upgrade terminal pembacaan kad kredit dengan slide sahaja. Segala data transaksi being captured. Kemudian keluarlah resit pembayaran. Dari manual menjadi makin pantas. Selari dengan kemajuan, diperkenalkan pula debit kad. Kad debit dikenali sebagai kad 'tunai', kad kredit pula adalah kad 'hutang'. Jadinya makin rancak dan pelbagai cara membuat pembayaran. Terminal pembayaran yang telah di-upgrade ni perkenalkan sistem pembayaran secara 'gelombang'. Paywave payment dengan merapatkan pada terminal untuk dicapture transaksi pembelian. Kemudian resit pembelian akan keluar dari terminal.


Kini pembayaran via QR makin menyeluruh dan melata. Even, makcik berjualan kuih dan nasi lemak kat tepi jalan pun dah ada terpampang QR card bersaiz A4 gitu dimeja jualan mereka. Cepat berkembang dek setiap individu memiliki smartphone. Malah semua phone memang compatible dengan aplikasi bank mereka. Tiada masalah membuat bayaran tanpa wang tunai. Kesemua bank yang beroperasi kini telah ter-intergrated dengan satu aplikasi yang dikenali 'DuitNow'. 

Malaysia’s DuitNow QR to make payments at retail acceptance points in Malaysia. Please look out for the DuitNow acceptance mark and their participating partners’ logos, indicating that the merchant accepts QR payments through Malaysia’s QR.

Warung Pak Uda @ Jln Tun Kudu... ada QR

Lama dah... I'm using it


So, selamat datang ke dunia 'cashless' guysss.