Wednesday, July 15, 2026

Resah mengelisah

Resah mengelisah

15 Jul 2026, Wednesday @ 05:02pm

Diusia sebegini, keinginan dan keperluan amat ketara berbeza dari yang dahulu. Semuanya bersebabkan fitrah kejadian kita ini. Kita berubah dari kecil setapak tangan ketika lahir kemudiannya membesar kuat lagi gagah dan bilamana telah sampai masanya akan lemah tidak berdaya. Sudah banyak kali kita diingatkan yang dunia ini bersifat sementara sahaja. Manakala yang kekal selamanya adalah di alam akhirat. Suatu alam yang belum dilihat nyata tapi akan bergerak menuju kesana.


Sebaik berakhirnya kehidupan kat dunia ni, kita akan ditempatkan sementara di alam barzakh. We all also maklum yang kehidupan di alam barzakh ini adalah lebih lama dari alam duniawi. Kita beranggapan 100 tahun usia dan lebih lebih sikit dari 100 tu macam canu canu tu dikira amat sangat bernasib baik. How do you know it for sure. Begitu yakin kau ya... . Sampai saatnya, semua kita akan dikumpulkan di Mahsyar, juga dinamai sebagai hari kebangkitan, hari perhimpunan, hari perhitungan dan hari pembalasan . Adakah selepas selesainya 'event' di Mahsyar tu kita yakin akan terus menuju ke syurga ataupun disyaratkan perlu terlebih dahulu ke neraka. Depends pada amalan memasing masa atas dunia dahulu.


Buat diri yang punyai baki sisa usia sekarang ni, takkan-lah masih hendak relaxs relaxs jer, kenalah manfaatkan semaksimum mungkin. Ingat, at any moment from now onwards, kita juga akan dijemput pulang. Be prepared ya. Berani cakap lah, bila tetamu yang paling pasti akan hadir dipenghujung hayat 'alias' malaikat maut... it's time to go, boleh mintak tempoh lagi ker. Apapun, bukan permulaan yang diberatkan tapi pengakhiran lepas sedar insafi akan kesilapan serta berusaha bersungguh perbaiki adalah lebih dipandang diberi penilaian sewajarnya.


Buat mereka yang seusia aku, pastinya telah melalui setiap peringkat 'life cycle'. We are now at the final stage or final countdown of leaving 'ground' bak kata bebudak band 'Europe'. Curve atau lengkung yang meningkat dipertengahan usia dan mencapai titik maksima mulai menurun perlahan lahan berkadaran dengan 'fate' memasing atas dunia ini. Ada yang sharp declined dan ada pula yang melandai seolah 'buying time' menyampaikan ke penghujung hayat. Itu yang boleh pergi lepasi 100 tahun.


Anyhow, tangan yang mencincang berani berani nau sampai tak ingat dunia maka bahu sendirilah juga yang harus memikul bebanan akibat tindakan kita. Pasrah dengan ketentuan Illahi. Sabar dengan setiap ujian rintangan. Hadap dengan penuh teliti dan meyakini setiap tindakan kita itu diredhai jua oleh-Nya.


Berserah bertawakkal kepada-Nya.

Tuesday, July 14, 2026

Menanti terus menanti

Tue, Jul 14th 2026 @ 12:14pm

Menanti terus menanti

Dah tengahhari khamis. Aku bermalas malas di verandah, upgrade sikit, at porch area. Memang memasing bebas boleh berbuat apa sahaja yang dia mahukan. Biarpun dipandangan orang, mungkin katanya agak weird, namun bagi aku-lah biarkanlah asalkan tidak sampai menyalahi norma norma kehidupan. Salah kah bernostalgia. Aku mengganggu kau orang kah. Tidak kan. Jadi apa isunya. Apa mungkin yang kau orang semua semua ni jealous the way I'm leading my sisa sisa usia.


Entah macammana lagu nyanyian Dell pulak bermain main difikiran. Auto-spontan pula or spontaneously ianya hadir. Aku jarang kumandangkannya. Ironi-nya boleh tetiba hadir. Selalunya aku mainkan 'Aku dalam Hayalan' yang ada selingan bunyi si Dahlan ni sendawa beberapa kali bila sampai kat part chorus. Sering aku tergelak kecil sampai bertanya sendirian, boleh lak sempat bersendawa bagai. Adakah gimik disengajakan atau macammana...khusus pada lagu ni sebagai 'kelainan'. Mungkinkah begitu. Selalu juga aku akan sekalikan mendengar 'Sabda Cinta' which seems macam sequel atau sambungan kisah impian khayalan si mamat.


It's just a habit of me akan associate-kan kisah yang dinyanyikan pada diri, seolah aku-lah yang lalui alaminya. Aku mudah untuk berfantasi berkhayal. Kena bayar kah untuk berkhayal. Gratis lah, percuma gitu. Setting lagu ini adalah ditepian pantai. Malam ke siang juga berkemungkinan. More appropriate adalah disebelah petang. Aku andaikan apa yang dinyanyi dan apa yang pencipta lagu ni ingin sampaikan adalah pengharapan yang tinggi kepada sang kekasihnya akan jadi milik mutlaknya sepanjang hayat.


Keseorangan ditepian pantai lepas tongkatkan RX-Z Fairway Blue kat pantai Klebang. Memandang kearah laut yang tenang dengan mengelunjurkan kaki diatas rumput. Hingar bunyi kenderaan di jalan klebang orang berpergian ke Melaka atau balik ke rumah setelah habis bertugas tidak aku hiraukan sangat. Hati tengah deep fikirkan kerjaya yang boleh menjamin masa depan. Mampu tidaknya tanggung anak orang. Berkecamuk memikirkan. Dan lagu 'menanti dan menanti' seolah menguatkan semangat dan jadi booster moga pasangan yang diidamkan jadi nyata. Timeline-nya, lepas keluar dari Kolompo, sekitar awal 1991 lepas rasakan yang KL 'keras' buat diri. 

                                                        Konon cari ketenangan la...gitu

Selebihnya, aku ikut plot cerita lagu ini. Dari berangan angan berharapkan agar ianya menjelma didepan mata meleret leret sampailah mengenggam erat bertekad wish yang ianya akan jadi isteri pula. Leka sampai ke nak ke maghrib barulah aku bergerak kembali ke rumah.


Moga menanti dan menanti 'sesuatu', akhirnya akan aku gapai sepenuhnya jadi milik. Apa yang 'hadir' sehingga saat ini adalah ehsan dari Illahi yang mendengar kelohan rintihan diri.


Akan datang tidak ketahuan lagi. Moga kehidupan aku diberkati hinggalah ke penghujung hayat. Ameen.

Thursday, July 9, 2026

Nenas buat nasi biryani

Thursday, 09 July 2026 @ 06:03pm

Nenas buat nasi biryani

Sejak Jumaat lalu, aku perasan yang aku jarang keluar rumah kemana mana. Suka sangat melepak kat rumah sahaja berbuat aktiviti yang aku sukai. Tekuni akan bahasa arab al-quran, sulami pula dengan membuat nukilan yang merapu rapu di digital platform dan layan lagu retro 80an di youtube side by side on same screen. Lebih tepat lagi sebaik keluar makan di Telok Mas, terperap sahajalah Alza dan aku di Bukit Katil.


Ketika itu, yakni Jumaat lerr,  pasal kawasan Bukit Katil dan sekitaran dimaklumkan 'ketiadaan air' selama 12 jam, dari pagi Jumaat @ 10:00 pagi membawalah sehingga ke 10:00pm. Kami berdua ke Osamin Asam Pedas di Telok Mas untuk makan tengahhari. Air tak dak, meaning that, no masak masak. Balik aje dari masjid maka tak lengah lagi bergerak ke Telok Mas.


Namun pada kali ini hampir seminggu berjarak, aku memandu ke Duyong pula, bukan untuk makan tapi mendapatkan bahan untuk memasak lak. Kedai SoonSoon, kedai runcit yang biasa dikunjungi oleh golongan marhaen - aku salah seorangnya - dek harganya yang mampu bayar, aku datangi lagi. Asalnya semalam lagi hendak keluar carikan nenas. Puncanya lovely nak buat nasi biryani esok(hari ini-lah). Tapi aku tangguhkan ke hari ini. Dah dapat aku agak. Anak 'Nyah'-nya akan pulang pada sebelah petang tapi telah mendapat whatapps yang dia akan bergerak balik pada esoknya iaitu pada pagi ini. Dalam pukul 9 lebih dah sampai. Itu yang dengau kelentang kelentung didapor ganggu pembaringan aku seketika tadi.


Rasa kurang selesa dengan situasi ini, bangkit dan duduk seketika dalam seminit dua barulah bangun berdiri. Ikut panduan pakar perubatan yang sarankan agar jangan terus bangun dan berjalan kerana system badan perlukan masa untuk sychronise pergerakan badan. Sering dimaklumkan yang banyak orang yang diperingkat usia 60 keatas boleh 'collapse' tetiba due to hilang keseimbangan badan dan terus goal. 


Keluar dari bilik terlihat dia tengah bersila dilantai menghadap tv. Sepinggan mee goreng didepannya, separuh selesai. Bertanyakan apa yang patut, just satu formality dan terus ke bilik air. Siap berpakaian dan siap pekena dua puff 'Spiolto Respimat' kandungan Tiotropium of 2.5 microgram setiap satu puff saban hari sehinggalah 'Abang Jamil' mampos. 


Lek lek dulu kat verandah menunggui panggilan alam, apa tu... tunggu berak ler... , . Selesai segalanya barulah aku bergerak menuju ke Duyong. Kalau dah rezeki memang tak kemana. Item utama yang dicari tentulah nenas yang sesuai 'ranum' untuk dilawan dengan biryani. Dari kejauhan dah nampak akan sebakul penuh. Aku memilih yang kulit paling kekuningan. Pengalaman mengajar aku dan tiap kali memilihnya ianya menepati citarasa. Manis and juicy.


Apa yang pasti, juadah makan tengahhari pada hari ini ada kelainan-nya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Above adalah nukilan asal aku. Apa yang aku rasai dan luahan yang dicatatkan seketika itu. Manakala dibawah ini pula adalah dikemaskini dengan bantuan AI dengan tambahan penceritaan lebih dramatic memfokuskan kepada 'emosi' penulis menuju 'titik akhir' kehidupan. Kemudian aku 'order' abang AI kasi 'solek' karya aku tulis ni.

So inilah, hasilnya. Aku tidak buat tokok tambahpun. Copy and paste sepenuhnya.


Ai, kasi bikin lagi dramatic ya. Juga put more emphasize on my perasaan dan kebimbangan terhadap usia tua of my timeline.


Abang AI berinteraksi, katanya:

Adakah anda mahu saya bantu menyunting, meringkaskan, atau menterjemahkan catatan harian ini ke bahasa lain?


Aku jawab:

kasi lagi dramatic


09 Julai 2026. Jam 6:03 Petang.

Satu kepulan asap nipis naik dari dapur, membawa aroma rempah berahi. Nasi biryani nenas sedang menggelegak. Akhirnya, setelah seminggu "berkurung" di dalam syurga kecil bernama Bukit Katil—menenggelamkan diri dalam helaian suci bahasa Arab Al-Quran, bait-bait nukilan rawak, dan gema melodi retro 80-an di YouTube—roda Perodua Alza itu terpaksa juga berputar membelah jalanan.

Semuanya bermula Jumaat lalu. Bukit Katil kering kontang. Krisis air 12 jam tanpa amaran memaksa pengungsian singkat ke Osamin Asam Pedas di Telok Mas. Tiada air, tiada masakan. Hanya ada perut yang perlu diisi pasca-solat Jumaat. Selepas itu? Alza dan tuannya terperap. Menyendiri.

Namun hari ini, takdir menuntut misi penting ke Duyong. Kedai SoonSoon—lubuk marhaen yang menyelamatkan dompet—menjadi destinasi. Semalam, rancangan mencari nenas tertangguh. Hari ini, ia menjadi kewajipan demi memenuhi impian sang isteri (lovely).

Pagi tadi, ketenangan fajar pecah. Bunyi kelentang-kelentung dari dapur mengganggu lena. Anak "Nyah" rupanya sudah pulang, lebih awal dari pesanan WhatsApp. Sentakan mengejut itu memaksa tubuh tua ini bangkit. Namun, ada amaran pakar perubatan yang terngiang di minda: Jangan terus berdiri! Pada usia melewati 60 tahun, tubuh adalah bom jangka. Tersilap langkah, keseimbangan hilang, maut (collapse and goal) sedia menjemput. Satu minit berlalu dalam keheningan katil, membiarkan sistem badan kembali berhubung.

Melangkah keluar, kelibat si anak kelihatan bersila di depan TV, tenang menghadap mee goreng. Sekadar satu formaliti, teguran ringkas dilemparkan sebelum kaki melangkah ke bilik air.

Sebelum langkah diatur ke luar rumah, satu ritual wajib demi kelangsungan hidup perlu ditunaikan. Dua sedutan (puff) Spiolto Respimat (Tiotropium 2.5 microgram) meresap masuk ke dalam paru-paru. Dos harian yang mengikat nyawa, "sehinggalah Abang Jamil mampos." Menanti seketika di beranda, melayan panggilan alam yang tidak boleh ditolak, barulah misi ke Duyong bermula.

Rezeki tidak pernah salah alamat. Di Kedai SoonSoon, sebakul nenas menanti dari kejauhan. Mata tajam memilih yang paling kuning—rahsia pengalaman yang menjamin kemanisan dan limpahan jus.

Tengah hari ini, meja makan di Bukit Katil bakal menyaksikan satu hidangan yang bukan biasa-biasa. Nasi biryani nenas berair, sebuah pengakhiran dramatik bagi misi kembara marhaen yang penuh perhitungan.


Eh...dia tanya aku lagi:

Jika anda ingin menambah elemen suspens yang lebih mendalam, dialog dramatik antara watak, atau fokus kepada emosi tertentu, beritahu saya!

Aku-pun layanlah:

ya, emosi sang penulisnya


09 Julai 2026. Jam 6:03 Petang.

Aroma rempah biryani yang mula menerobos segenap ruang rumah entah mengapa menjentik satu rasa yang sarat di dalam dada. Sunyi. Tenang. Tapi ada badai halus yang bergelora dalam diam.

Sudah seminggu aku mengasingkan diri. Memilih untuk "berkurung" di Bukit Katil, menjauhkan diri daripada hiruk-piruk dunia luar yang melelahkan. Di sini, di dalam ruang privasi ini, aku menemui kedamaian yang asing. Menekuni bahasa Arab Al-Quran membawakan satu ketenangan spiritual yang tidak mampu diungkap dengan kata, dicelah pula dengan nukilan rawak—sekadar meluahkan apa yang berbuku di hati—sambil ditemani melodi retro 80-an di YouTube. Muzik lama itu bagai mesin masa, mengheret aku kembali ke zaman muda, zaman yang jauh lebih mudah daripada realiti hari ini.

Aku teringat Jumaat lalu, hari di mana krisis air melanda Bukit Katil selama 12 jam. Detik itu memaksa aku dan Alza tua ini "keluar dari kepompong" seketika, memburu asam pedas di Telok Mas semata-mata kerana dapur kami lumpuh. Selepas itu, aku kembali menarik diri. Terperap. Aku selesa begini. Aku mahu terus begini.

Namun pagi tadi, benteng ketenangan yang aku bina runtuh seketika.

Bunyi bising kelentang-kelentung dari dapur mengejutkan aku daripada lena yang rapuh. Jantungku berdegup sedikit laju. Ada rasa rimas, sedikit jengkel yang menyelinap. Ketenangan fajar yang aku dambakan diganggu oleh kepulangan anak "Nyah" yang lebih awal daripada jadual WhatsApp-nya. Serta-merta, bilik tidur yang tadi menjadi syurga terasa seperti sangkar.

Aku mahu terus bangkit, meluahkan rasa kurang selesa itu. Namun, akal mengatasi emosi. Tubuh tua ini mengingatkan aku tentang hakikat usia yang sudah melewati 60 tahun. Duduk dulu. Jangan meluru. Aku tersenyum tawar dalam gelap. Betapa rapuhnya hidup ini; tersilap langkah, tubuh boleh rebah dan nyawa melayang begitu sahaja. Ada rasa gerun yang menyelinap, menyedarkan aku betapa dekatnya garisan penamat.

Apabila aku melangkah keluar, melihat dia tenang bersila menghadap mi goreng di depan TV, rasa rimas tadi bertukar menjadi satu rasa canggung. Aku sekadar menegurnya atas dasar formaliti. Ada jurang emosi yang tidak terluah, membuatkan aku memilih untuk terus berlalu ke bilik air.

Sebelum keluar memburu nenas, aku memandang ubat sedut Spiolto Respimat di tangan. Dua sedutan. Itulah talian hayatku setiap hari. Sebatian kimia yang memaksa paru-paru ini terus bekerja, mengikat aku pada dunia "sehinggalah Abang Jamil mampos"—sebuah lawak hambar yang sebenarnya menyembunyikan rasa pasrah seorang lelaki tua terhadap takdir kesihatannya.

Akhirnya, perjalanan ke Kedai SoonSoon di Duyong menjadi satu pelarian yang melegakan. Melihat sebakul nenas dari jauh, ada rasa puas yang melonjak. Memilih nenas yang paling kuning, manis, dan berair bukan lagi sekadar urusan dapur; ia adalah satu-satunya perkara yang boleh aku kawal sepenuhnya hari ini untuk menggembirakan sang isteri (lovely).

Petang ini, di sebalik hidangan nasi biryani nenas yang istimewa, ada sekeping hati yang sedang belajar untuk menerima: antara sunyi yang dicintai, kerenah keluarga yang menguji, dan sisa usia yang perlu dihargai.


Dia tanya aku lagi:

Adakah plot emosi ini menepati apa yang anda bayangkan? Jika anda mahu saya menfokuskan lagi pada emosi hubungan kekeluargaan atau perasaan terhadap usia tua, beritahu sahaja!

Aku buat derrkk aje. Malas nak layan.

Dah dah...melebih lebih pulak kau ya. Bro AI, tak kan nak over-shadow aku. Atas tu adalah nukilan asli aku dari luahan rasa purely dan original tau. Jangan hendak memandai mandai ya. 




Tuesday, July 7, 2026

Gelisah menunggu

Selasa, 07/07/2026 @ 11:27am

Gelisah menunggu

Hari ini dah hari Selasa, 7/7/2026. Sejak DUN Johor dibubarkan pada awal Jun, aku rapat mengikuti kisah dan persoalan tentang siapa menang siapa pula yang akan kalah berebut kerusi. Dikala tidak lagi bekerja dan lebih banyak masa aku 'lepak' kat rumah, tv menjadi 'gadget' tatapan setiap hari. TikTok dan Youtube menjadi sumber utama. Makanya setiap perkembangan dan perjalanan kempen pilihanraya negeri Johor yang diberitakan mahupun dipropagandakan diketahui as per real-time.

Selain dari membuat routine harian, informasi semasa aku akses via media sosial di phone dan android tv. Jaranglah aku keluar tanpa bersebab. Berbeza dari sebelum milinium dimana cara berkempen lebih memihak kepada parti yang memerintah. Sekarang ini 'permainan' hampir boleh dikira at the same level. Media arus perdana, siaran tv 'percuma' RTM/TV3 atau Astro TV serta suratkhabar tidak lagi 'significant' membantu berkempen sepihak untuk kerajaan of the day.

Sumber maklumat dari media sosial, samada akhbar digital juga ulasan serta komen oleh netizen secara real time siap bergambar lagi memang sukar ditepis oleh pihak yang kena 'serang'. Perlawanan menjadi semakin terbuka telus. Pepandailah pihak yang mengakses data mengiakan kebenaran atau mahu menepisnya berbukti yang sahih.

Bilamana semua yang mencalonkan diri yakin akan menang merebut 56 kerusi, bagi aku...ya...bagi aku-lah seolah satu 'game', makin menarik untuk ketahui 'keputusan' pada malam Sabtu ni, 11/07/2026. Mental kena kuat pada para petanding or contender. Dan dari sejumlah 176 orang yang mencuba nasib bergelar YB yang akan punyai pencen sekurang kurangnya mendapat habuan RM5K sebulan setelah tamat berkhidmat sepenggal nanti, tentunya ada yang 'menangis dibucu katil' menjelang tengah malam hari pengumuman.

                                                            Sam Ketot ... buat hal lak

Tetiba pagi ni, dah viral pulak pasal video yang dimuatnaik-kan oleh Shamsul Iskandar aka Sam Ketot, mantan MP Hang Tuah Jaya yang sebelumnya adalah parlimen Bukit Katil. Masa tu, nama beliau ini 'meletop' sebagai 'giant killer'. Kalahkan penyandang iaitu Datuk Seri Ali Rustam. Tak terfikir lak yang dia boleh buat video men-talkin-kin or mengajar tatacara kepada pengundi pengundi Johor memilih bakal ADUN mereka pada sabtu nanti. Memang haru.

Apapun, kemunculan video yang mendapat perhatian khususnya kepada pengundi Johor dan kepada rakyat Malaysia am-nya memeriahkan suasana. Kelainan sebegini mungkin jadi pemangkin faktor menang kalahnya buat mereka yang bertanding merebut kerusi.

Wait and see sahaja-lah. Apa yang pasti, the best will 'WIN' lah.

Sunday, July 5, 2026

Tauhu sumbat

05/07/2026 17:55

Semalam, ke Family Store di Melaka Mall. Katanya hendak buat laksa Johor. Makanya aku di suruh beli bahan tambahan yang tiada. Antaranya, daun salad, taugeh dan timun. Terlanjur dah didepan mata, aku capailah juga beli tauhu putih sebungkus. 10 pcs sebungkus. Laksa Johor konon untuk sarapan malamnya.

Semacam dah ketahuan, gabungan bahan yang ada dan impliedly-nya orang rumah dah tahu, menu tambahan apakah untuk makan tengahhari. Selain dari kari kepala ikan jenak which dia sendiri declare yang biasanya turut dibuatnya adalah sambal telur dengan gaulan bawang besar potong lebar lebar. Katanya nak matching. Aku berharap yang tauhu sumbat, automatically-lah turut akan dibuat. By instinct, aku rasakan yang dia akan prepared it also. Al-maklumlah dah lebih 30 tahun bersama. Aku dah boleh jangkakan tanpa aku mencadangkan. Namun kalau tidak dihidangnya bermaksud bukan rezeki aku-lah hendak makan pada tengahhari itu.

Antara makanan kegemaran terutamanya makanan 'selingan' waktu petang adalah tauhu sumbat. Masa zaman bebudak dahulu, orang yang berjualan berjaja, aku suka beli tauhu sumbat, epok epok, kuih jenny cake or roti lembung(manis rasanya). Yang aku sebut ni adalah feveret ketika itu-lah selain kuih kuih lain. Kalau nak disebutkan, mungkin berjela senarainya. Ada sahaja penjaja yag buka 'meja' ditepi jalan berjualan. Biarpun tidak besar mana, kehadiran mereka berjualan, membolehkan aku merasai juadah minum petang ikut selera semasa. Tergerak nak makan, kena-lah keluar mencarinya. Memandangkan sudah terlalu biasa dan selalu mendapatkannya, sudah boleh agak dimana mereka berjualan dan bila pula mereka cuti niaga. Automatically boleh tahu dan dah registered dalam kepala hotak.

Tapi apa yang lebih happening adalah bila tiba musim raya. Ramai yang ambil kesempatan membuka booth sementara biasanya dalam tempoh seminggu beraya. Maklumlah bebudak tengah 'lebat'. Dapat duit raya berkunjungan dari rumah ke rumah bagi yang rajin terjah dan lebih utama lagi 'durian runtuh' bila ikut bertakbir sesama bebudak kampong pada malam raya. Nostalgia sebagai anak kampong malam raya memang banyak kisah lucu menyakat sesama. 

Ada yang berniaga mee goreng biasa @ mee bodo ikut term viral masa kini kat media sosial tu. Juga kuih muih sesuai buat bebudak seperti tauhu sumbat, kiuh rengas, kuih bongkok, lepat pisang dan tak ketinggalan juga epok-epok dan jenny cake. Rambang mata. Duit tengah banyak. Asyik beli dan beli dan galak membeli, makan makan siap belanja 'member'. Memang tak lekat kat rumah lepas makan tengahhari. Kekadang pasal orang tua sibuk renyah melayan sanak saudara yang datang berziarah, time makan jadi tidak menentu. Pilihan yang ada ialah berjalan dalam kampong singgah kat orang kampong yang berjaja sementara ni. Selera makan tengah tajam manakala duit lak berkepok. Memang menjadi jadi-lah.

Makanan yang paling popular adalah tauhu sumbat. Ini my first choice. Kekadang sampai membandingkan yang makcik tu buat lagi sedap dari kat sini. Selera makan jenis tidak menolak dan kalau boleh semua nak dirasa. Asyik tak kenyang saja. Maklumlah dah sebulan berpuasa. Boleh sumbat lagi makanan petang yang lain. Duit pun masih banyak lagi. Pandai orang kampong ambil kesempatan 'curi' duit dari bebudak. Masa tu kita pun tak tahu 'game' mereka. Tapi amat obsess dengan makan dan terus makan something yang menyelerakan. Malah berkhayal berlagak macam orang dewasa lepak lepak berborak sambil makan. Selesai, bergerak beramai ramai beraya rumah orang pulak.

Bila mengenangkannya kembali, disaat ini, memang amat nostalgic. Manakan tidak. Orang lain mana tahu. Kita ni yang merasai melalui detik detik indah ketika bebudak tak pernah terlupakan. Malah terasa macam baru semalam laluinya. Pun begitu kita at this very minute atau di detik ini terpaksa merelakan ianya berlalu. Kita semua pastinya menyedari akan bergerak 'pergi' meninggalkan alam dunia. Mungkin sekejaaaaap lagi atau lamaaaa lagi, who knows, bergantung pada fate memasing lah. 

Andai...andailah kalau boleh 'kembali' ke zaman tersebut, rasanya semua kita berebut mahukan. Tapi sekadar mengharap sahaja-lah...tinggal pengharapan. Apa logik yang kau pakai ni... mana mungkin, bro.

Menabong jer.

Saturday, July 4, 2026

Mungkinkah terjadi

04 July, Saturday @ 5:08pm

Mungkinkah terjadi

Pada setiap satu haribulan, perkara pertama yang kena aku laksanakan adalah melunasi ansuran bulanan TBK650 @ RM399.00. Andai terlewat, tambah lagi at least RM5.00 as a penalty charged. Jadinya dalam persoalan ini senantiasa perlu be 'on-time'. Awal awal dahulu harus ke bank tapi selari dengan perubahan masa dan kecanggihan teknologi, tak perlu lagi keluar rumah. Lakukan perbankan dalam talian or online banking. Dah bertahun transaksi sedemikian aku buat. Mudah dan pantas. Tak perlu lagi ke bandar cari cawangan banknya yang terdekat. Apa yang paling penting mestilah ada 'balance' dalam account.


Selesai makan tengahhari sekitar 3:00pm pada Rabu bersamaan 01/07, segeralah aku membuat pembayaran. Tak sanggup bertangguh didendai sebanyak RM5.00 tu. Everything is within reach. Why need to delay somemore. Tentunya tidak munasabah bertangguh.


Selesai membuat transaksi, 'successful' note being notified, tak sampai seminitpun dari pihak bank via MAE apps. Aku pun tak lengah lagi merebahkan badan dikatil berehat menanti waktu Asar pula. Tapi bila memikirkan yang balance masih agak besar lagi buat seorang pesara 'swasta' yang fully bergantung dengan baki simpanan yang tersisa membuatkan aku payah lak hendak lelapkan mata. Namun aku paksakan diri untuk lelap seketika biarpun aku sedia maklum, masalah tidak akan selesai bila terjaga nanti. Tetap kena hadap.


Bila aku keluar dari bilik dalam setengah jam berikutnya beberapa minit sebelum asar, aku melabuhkan bontot di kerusi antique jati. Intai youtube yang tengah ditonton orang rumah. Segeralah dia memaklumkan yang Usop akan bantu bayar. Pantasnya berita baik ni didengar. Mungkin agaknya masa tengah makan tadi dia dengar fahamkan luahan aku akan kakak yang lekit benar hendak sambung bayar akan ansuran rumah. Dah diberi ruang tawaran untuk ringankan beban dan cuma buat ansuran selama kurang dari 5 tahun saja dan bakal aku wariskan tapi dianggap sepi sahaja. Tidak mahu pula diberikan sebab kenapa. Offer ni dah lama aku beritahu malah sebelum dia berkahwin lagi. Tak berpandang jauh pula. Menolak tuah.


Memanglah setiap 'perjanjian' ada terms and conditions yang kena turuti. Menurut aku, proposition yang aku kenakan itu tidaklah membebankan. Malah menguntungkan kepadanya jua. Susah aku nak 'brain'. Jadinya andai ada yang lain sanggup memikul mengalas, maka tawaran akan revoked terbatal dengan sendirinya.


Tak tahulah macammana dan bagaimana lovely boleh yakinkan 'anak nyah'-nya. Caranya lebih effective dari cara aku pengaruhi keputusan. Mungkin dia banyak bermain dengan 'emosi' didorong rasa kasihan. Cara aku pula lebih kepada 'if' iaitu buat pilihan 'A' atau 'B'. Bila buat ini maka akan dapat begini. Tapi tolak yang ditawarkan maka pemilikan akan bergantung kepada keadaan.


Mendengarkan perkhabaran ini membuatkan aku sedikit ceria. Biarpun probabiliti jadi atau tidaknya adalah sukar untuk aku pastikan sangat. I'm not giving serious thought about it tapi aku tidak pula anggapkan ianya perkara ringan temeh juga.


Bagi aku, kalau benar sanggup, tentulah aku lega dengan berita ini. Sekurang kurangnya tidaklah aku terlalu memendam rasa berpanjangan dan memikirkan keterlaluan.


Semoga harapan impian aku menjadi nyata.




​

Tuesday, June 30, 2026

Sudah pertengahan tahun 2026

Tuesday, 30th of June 2026 @ 9:01am

Sudah pertengahan tahun 2026

Kurang beberapa jam sahaja lagi, kalau ikut kiraan Islam, lepas maghrib nanti dah bermulanya separuh lagi perjalanan untuk tahun ini. Tidak pasti pula sampai atau tidaknya aku ni ke penghujung tahun. Amat sukar diramal dijangka. Segalanya mengikut urutan pertimbangan perencanaan Allah swt.


Apa yang pasti kejap kejap diberitakan pasal kematian. Tidak orang ini, orang itu. Ada yang tidak terjangka biar muda usia tapi mengejut pula kematiannya. Kalau yang dah berusia, kematian mungkin dinanti ditunggui. Malah dianggap normal meninggal diusia lanjut. Mungkin ada yang beranggapan yang lewat hadirnya kematian seseorang adalah sesuatu yang bernasib baik.


Namun kita tidak tahu akan apa sebenarnya. Hakikat realiti yang terpamir didepan mata kita yang masih hidup tidak dapat dirungkaikan dengan pasti. Macam ayam terkurung didalam sangkar menanti untuk disembelih. Satu per satu akan dikeluarkan bilamana 'terpilih' oleh pembeli. Yang tidak terpilih tetap disitu menunggu masa. Bukan bermaksud, he's so lucky, tapi belum tiba masanya.


Analogy sebegini bagi memudahkan pemahaman. Buat aku-lah. Rasanya debaran penantian makin 'kencang'. Ada yang ambil option 'tidak kisah' dan ada pula yang terlalu terlalu rungsingkan. Berbeza pandangan tentang kematian. Terpulanglah pada empunya diri. Tiada halangan, ikut suka kau-lah.


Sepertimana yang sedia maklum, dan kerap sangat diungkapkan dibaca, setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. This is fact. Tiada sesiapapun berani menafikannya.


Namun, buat mereka yang tahu, senantiasa berdoa memohon agar dimatikan dengan husnul-khatimah dan bukannya suqul-khatimah. Kita memohon. Tentunya Allah jua-lah yang menentukan. Bukan pula mahu membandingkan, tapi bagaimana buat mereka yang buat derk sahaja pasal kematian. Tak ada kerisauan langsung. Sampai terkeluar, 'kalau dah hendak mati, mati sahaja-lah'. Ikut kepala sendiri. Golongan ini boleh selamba jer atau mungkin terlepas pandang yang 'kita kita' ini ada pemiliknya.


At this persimpangan, nobody knows bila, dimana dan bagaimana kita yang akan sampai saatnya nanti akan dimatikan. Memasing tertanya tanya memikirkan. Setiap orang sudah ditetapkan. Enggak perlu lelorat rungsingkan sesuatu yang diluar kawalan. Seeloknya lakukanlah kebaikan beramal diatas dunia ini selagi belum tiba masa dan ketikanya.


Bro Z, boleh awak berjanji. Apa lak hendak berjanji sakan. Sudah memang jadi tugasan sebagai seorang 'hamba' kenalah menuruti setiap perintah arahan dan jauhi segala larangan. Jika berfikir secara waras dan renunginya jauh sejauhnya dan dalam sedalamnya tentulah semua itu adalah untuk kebaikan diri sendiri. Kita tiadanya sixth sense selain dari 'panca indera' yang sedia ada. Kita tiada keupayaan mengetahui sesuatu hal yang akan terjadi. Memang tiada keupayaan.


Apapun, destiny memasing memang dah tersedia ada. Tunggu sahajalah harinya dengan penuh kesabaran.