23 SEPTEMBER 2022, 14:36
Khalwat masuk khutbah
Jumaat hari ini berpeluang berjamaah di Raudhatu Al-Jannah. Dipimpin oleh imam muda. Alhamdu-lillah, skuad pelapis pula menggalas tugas. Memang telah sekian tahun lagi, ramai budak budak tahfiz yang dikelola oleh pihak JAIM di-groom dan dibentuk untuk menjadi pentadbir agama beriltizam, penceramah berilmu dan terpenting sekali mampu memikul tugas sebagai imam bergaji bagi setiap masjid kendalian dan jagaan JAIM diseluruh negeri.
Konotasi hanya mereka yang tertentu dari 'parti' yang memerintah sahaja yang mendapat keutamaan untuk dilantik tidak lagi relevan. Era sedemikian telahpun ditinggal pergi demi kebaikan bersama dan atas kesedaran pihak yang lebih maklum dan punyai kuasa. Adalah diharapkan pihak yang faham akan hal ini dapat mempertahankan 'kesucian' agama Islam dan meletakkan institusi keagamaan dikedudukan yang tinggi. Tidak tergugat dan jauh sekalilah untuk dipertikaikan lebih lebih lagilah dari mereka yang berkepentingan. Malah keceluparan mereka yang sudahlah cetek pengetahuan agamanya tapi acah acah hebat persoalkan setiap dan apa sahaja 'sebaran' yang diwartakan oleh pihak majlis agama negeri mahupun diperingkat persekutuan.
Kali ini tajuk yang diangkat untuk dikhutbahkan adalah pasal hal khalwat. In split second jugalah aku terfikirkan yang isu ini telah menjadi sesuatu yang penting untuk dibanteras sesama. Bagi aku-lah, berseorangan tentu sahaja amat payah untuk atasinya. Bilamana ianya dikhutbahkan serentak ke seluruh negeri maka setidak tidaknya semua yang hadir berjumaat hari ini telah dimaklumkan 'first hand' lagi. Faham atau tidak faham akan perkara yang hendak disampaikan pastinya bukanlah imam yang menyampaikan yang perlu membuat 'survey'. Secara implicitly, hadir berjumaat ini tentulah mereka yang normal, baligh dan tahu akan syarat-syarat sah bersembahyang. Bila kata sudah mengetahui akan hal yang wajib, sunat ,makruh dan yang membatalkan sembahyang, tentu sahajalah seseorang itu waras serta faham akan khutbah yang didengari saban minggu.
Even, untuk hari inipun rasanya tidak sesukar manapun dalam memahami isi kandungan khutbah yang disampaikan. Perkataan 'khalwat' walaupun ianya berasal dari bahasa arab, dengan katakerja(verb - فغل - خلوات) ianya telah lama membudaya dalam masyarakat. Semua kita amat faham benar akan maksudnya, iaitu berdua-duaan ditempat yang mencurigakan, disamping beberapa maksud lain mengikut 'konteks'.
|
Enakmen Kesalahan Syariah @ 26/2/2015 |
Anehnya dan seolah apa yang diingatkan saban minggu dipermulaan dan diakhir khutbah akan perlunya kita semua ber-takwa dengan sebenar benar takwa semacam tidak 'sampai' ke benak para makmum. Apakah ianya sekadar satu rukun dalam khutbah sahaja dan sampai sekelumitpun tidak masuk kedalam kotak pemikiran. Kalau lelaki tidak mengajak, tak kan lah yang perempuannya yang beria-ia menggoda. Setiap lelaki muslim tentu sahaja saban minggu pastinya akan mendengar imam menyuruhi para makmum untuk melakukan perkara yang baik serta menjauhi hal yang buruk. Terlepas dengar awalnya disebabkan lewat sampai tapi bukankah diulang ingatkan pada pengakhiran khutbah. Mustahil boleh terlepas kedua duanya. Apakah kehadiran berjumaat sekadar hendak berjemaah sahaja tanpa mahu mendengar khutbah. Pelik sungguh jika ada yang berpendirian sebegini.
Tapi harus kita maklum yang boleh membuka pintu hati manusia adalah hanyalah Dia sahaja. Kita sesama sekadar memohon izinanNya dan memohon ampunanNya. Tidak mampu mempengaruhi tanpa pertolonganNya jua.
Disertakan ulasan berilmiah dari sudut perundangan Islam...
Khalwat: Keperluan kepada Hukuman Sebat dan Alternatif
(Close Proximity: The Need for Whipping and Alternative
Sentencing)
NURUL ‘IZZATI MOHAMAD
Pelatih Dalam Kamar
Zufaidi & Associates Bilik 2,
Tingkat 1 Bangunan KAAK BP Bhd.
Jalan Pegawai,
83000 Batu Pahat, Johor
Emel: nizzatimohamad@yahoo.com
DEFINISI KHALWAT
Khalwat dalam bahasa Arab berasal daripada kata kerja iaitu
berseorangan atau sunyi. Menurut hukum Islam pula, melalui ulama terdahulu
seperti Imam Syafie, Maliki, Hanbali dan juga Hanafi , khalwat telah dirujuk
sebagai perhubungan suami yang bersekedudukan dengan isterinya sama ada hingga
berlakunya persetubuhan atau tidak.
Definisi khalwat iaitu bersunyi-sunyian pada zaman
Rasulullah SAW ternyata berbeza dengan defi nisi yang diguna pakai pada zaman
kini. Pada zaman Rasulullah SAW, khalwat bermaksud bersunyi-sunyi seorang diri
seperti yang dilakukan Rasulullah SAW di Gua Hira’ sebelum Baginda diangkat
menjadi Rasul. Namun, istilah pada masa kini, khalwat membawa erti yang negatif
iaitu berdua-duaan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang tiada
ikatan yang sah di tempat sunyi atau tertutup dalam keadaan syak. Definisi
khalwat pada masa kini telah dinyatakan dengan jelas di dalam enakmen-enakmen
negeri-negeri di Malaysia sebagai perbuatan bersekedudukan dengan mana-mana
pasangan yang bukan isteri atau muhrimnya di tempat sunyi dan boleh menimbulkan
syak bahawa mereka telah melakukan perbuatan tidak bermoral.
HUKUM KHALWAT MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sememangnya
dilarang oleh Allah SWT kecuali terdapat keperluan dan apabila berada dalam
keadaan darurat. Larangan ini telah dinyatakan oleh Allah SWT sebagaimana fi
rman-Nya dalam surah An-Nur ayat 30.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orangorang
lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang
yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.”
Allah SWT berfi rman lagi dalam Surah An-Nur ayat 31:
Maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang
beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa
mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri
mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudarasaudara mereka yang
lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari
orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan.”
Berdasarkan potongan ayat Al-Quran di atas, Allah melarang
lelaki dan perempuan yang bukan mahram melihat aurat masing-masing dan bergaul
bebas di antara satu sama lain. Larangan ini sekaligus menunjukkan Allah
melarang perlakuan khalwat kerana ianya melibatkan lelaki dan perempuan yang
bukan mahram bersendirian di tempat yang sunyi dan boleh menimbulkan syak.
Walaupun khalwat tidak dinyatakan secara langsung dalam Al-Quran, terdapat
dalil Al-Quran yang secara tidak langsung menyentuh mengenai khalwat. Khalwat
merupakan mukadimah kepada berlakunya jenayah zina dan persetubuhan luar
nikah.7 Surah Al-Isra’ ayat 32 jelas menyatakan bahawa;
Maksudnya: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya
zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk.
Selain itu, sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada
Ibnu Abbas r.a:
“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan
wanita kecuali bersama mahramnya. (Riwayat Bukhari & Muslim)
Rasulullah SAW turut bersabda:
“Janganlah salah seorang dari kalian
berduaan-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.”
(Riwayat Ahmad dan Termizi)
Juga ulasan ringkas pertanyaan netizen oleh pendakwah secara capaian online...
Rujuk...keliru istilah khalwat...untuk mengetahuinya lebih lanjut.
Merenung sejenak aku, di verandah sehabis catatan dibuat, penuh kerimasan dengan kipas dinding swinging in full speed sambil menunggui juadah makan tengahari disiapkan. Sukar untuk dapatkan kepastian tapi segalanya berkemungkinan untuk terjadi atas kemahuanNya jua.