Situasi yang pernah dilihat setahun yang lalu, kini muncul kembali. Kerap dan saban hari berpergian ke tempat kerja sejak pemakluman hari penamaan calon dan tarikh pembuangan undi maka terpampanglah wajah mereka yang berhajat terpampang jelas dilihat.
Rasanya sebaik sahaja penyerahan borang pencalonan pada 05/11/2022, maka pekerja dan petugas 'parti' yang bertanding segeralah melakukan apa yang saban kali pilihan raya perlu dilakukan, seperti suatu 'routine'.
Bagi akulah, sesiapapun yang menawarkan diri untuk bertanding kali ini yang hanya khusus untuk 'Parlimen' tentulah mengharapkan kemenangan. Namun apa yang pasti, ianya datang bersama 'package' iaitu kalau tidak menang, yang paling pasti adalah kekalahan.
|
Tersergam pada 07/11... |
|
Ini pula pada 14/11...
|
Berselang seminggu cuma, 2 contender untuk Parlimen P.137-Hang Tuah Jaya akan berentap bersaing. Dua lagi calon walaupun ada peluang tapi hanya mereka berdua sahajalah yang mendapat centerstage. Dahulunya ianya adalah kawasan selamat. Tapi setelah kalah akibat kesombongan yang melampau pada PRU-13(2014) dan dikalahkan sekali lagi pada PRU-14(2018), 19/11 nanti adalah peluang untuk 'balas dendam' yang diwariskan pada anaknya pula. Mampu tidaknya bergantunganlah pada 'aura' dan kesungguhan.
Tidaklah aku pepandai untuk tentukan samada terlepas buat kali ketiga atau berjaya merampas balik bagi mengembalikan 'legasi' ayah tercintanya. Segalanya berkemungkinan. Terserah.
Ini pula halnya setahun yang lalu.
|
Lokasi sama pada 11/11/2021,DUN N.17-Bkt Katil |
Ada aku buat komen selari di facebook sejurus aku snap photo ini. Result-nya boleh diketahui dari banyak sumber. Lebih berwibawa rujuk keputusan PRU-14 untuk P.137 & N.17 untuk pilihan negeri tahun lalu...kalah di Parlimen... dan...kalah juga di DUN
|
Setahun nan lalu...apakah sejarah mungkin berulang...20/11/2021 |
Apa apapun, menjelang tengah malam esok(19/11/2022) keputusannya akan kita semua ketahui. Nasib siapakah yang lebih beruntung.Bukankah segalanya berkemungkinan.
Sekali lagi terserah, terpulanglah.
No comments:
Post a Comment