Wednesday, September 21, 2022

Mee Rebus/Kari Bukit China

 22 SEPTEMBER 2022, 12:40


Mee Rebus/Kari Bukit China


Orang berduit, dia punya 'pergi' lain macam saja jika dibandingkan dengan mereka yang kekurangan. Hal ini rasanya semua kita sudah sedia maklum. Pelbagai alasan yang diberi buat mengelak. Berjimat cermat adalah 'hidden' motif dari diketahui orang.


Awalnya hendak buat walk-in sahaja tapi bila dinyatakan oleh staf service counter-nya yang slot minggu ini semuanya sudah penuh dan pantas pula mencadangkan agar booking untuk minggu hadapan pula, maka hajat hendak 'service' Alza hari ini tertangguhkan. Tidak pula aku menjangkakan yang ramainya pula orang melaka hendak buat pemeriksaan di Perodua Malim ini. 


Orang rumah yang melepak depan tv layan u-tube aku arahkan agar segera buat sarapan selepas aku keluar dari bilik mandi. Kemudiannya aku buat 'drop call' ke Perodua untuk pemeriksaan berkala buat si-Alza. Bila diberitakan sudah fully book, aku tukar ke plan B bersarapankan mee rebus di bukit china. Bersiap bergeraklah ke destinasi berdua. Dalam pemanduan terlihatkan banyak warung, kedai makan dipenuhi orang yang 'regular' berkunjungan sedang menikmati juadah sarapan pilihan memasing.

Favourite sejak dulu lagi...


Selalu aku nukilkan yang perjalanan kehidupan seseorang tidak bersamaan walau sedaya upaya cuba mencari. Momen yang dilalui adalah pengalaman yang tidak mungkin dapat diulangi. Faktor usia, masa dan kesempatan yang dihadirkan olehNya pada certain 'point' itu punyai ertinya yang tersendiri. Begitupun, amat jarang dikalangan kita yang benar benar mensyukuri nikmat yang diberi. Malah kerap terjadi kita berlebihan sehingga ketahap melampaui batasan. 


Setiap kita punyai impian dan harapan yang ingin dikecapi. Pun begitu, hanyalah kesungguhan serta kegigihan dan berusaha mencari jalan yang bertepatan sahajalah yang bakal menemui hajat yang dicitakan. Hal dan perlakuan sedemikianlah yang membezakan antara sesama, samaada cepat ataupun lambat memperolehinya atau barangkali gagal terus dari mengapainya. Impian sekadar impian. Salah strategi, silap langkahan atau mungkin juga sambil lewa. Setiap apa yang diinginkan sepatutnya harus menyedari yang amat banyak sekali 'rintangan' yang perlu ditempuhi. Normal juga dalam kehidupan, impian yang mahu dikecapi sememangnya orang lainpun turut sama mengingininya. Sengit berebut, saling cantas mencantas. Namun hanya yang gigih sahajalah yang bakal berjaya. Kemanisan yang hadir bersama capaian impian hanya empunya dirilah yang lebih layak menikmatinya. 


Merenung kedalam diri, rasanya aku tidak cukup gigih, tidak cukup kesungguhan dan masih jauh lagi dalam mengejar keinginan. Memang malu hendak menyatakan tapi harus malu pada diri jika membandingkan dengan mereka yang serba kekurangan boleh berjaya. Banyak contoh untuk dijadikan rujukan. Orang Melaka, orang Masjid Tanah iaitu Mohd Sukur Ibrahim dengan deformed hand and leg amat berjaya dalam karier hidupnya sebagai usahawan berjaya dan lebih pedih pukulan dirasai bila dirinya turut diiktiraf pakar motivasi dan 'terkenal' pula. Kalau hendak dilistkan akan mereka yang berjaya dalam pelbagai bidang samada duniawi mahupun ukhrawi, maka makin terduduklah aku akan jauh berjarak tertinggal dibelakang.

Malu sesangat andai dibandingkan

Untuk lebih jelas memahami situasi, adalah elok untuk ulangbaca...kisah-mohd-sukur-ibrahim-oku-berjaya

Apapun perjuangan perlu diteruskan kepenghujung hayat.


No comments: