28 SEPTEMBER 2022, 11:18
Siapa gerangannya
Bilamana ada sahaja sesuatu yang ingin diketahui tapi masih tidak menemuikan jawapan maka banyak hal yang dirasakan disembunyikan dari pengetahuan. Ini akan membuatkan serba salah dan tertanya tanya. Selagi pertanyaan tidak berjawab mana mungkin dapat merungkai segala pertalian yang terbelit. Akan bertubi tubilah pertanyaan. Akan makin mendesak mahukan jawaban pasti dan segera, kalau boleh. Namun selagi tidak fokus dan menjuruskan kearah 'pencarian' tentulah akan berpanjangan masa yang harus diambil.
Putus Terpaksa - seolah merungkai teka teki
Aku sebelum ini ada terbaca tulisan seorang blogger yang hebat yang memberi panduan berguna untuk menjadi penulis. Banyaklah langkah langkah yang dicadangkannya dan diperturunkan didalam blog buat sesiapa yang mahu berkarya secara serius mungkin. Jadinya, mana yang aku mampu lakukan maka aku turutilah. Antaranya banyakkan membaca dan terus membaca pelbagai genre penulisan. Nampak mudah tapi sukar untuk consistent. Pun begitu, amalan culas membaca masih melekat pada diri. Anihnya seleksi buku yang dibaca makin bertambah. Bukannya selesai satu buku beralih kebuku lainnya tetapi terpandangkan koleksi buku yang ada dan ada juga yang terbeli online lagi membuatkan aku rambang untuk membaca. Walaupun meminati genre 'autobiography' dan berpuluh buah buku berada dalam simpanan dari pelbagai 'walk of life', buku keagamaan, motivasi serta kewangan masih juga tetap dibaca.
Terkini, aku rotate pembacaan antara 6 buah buku. Berselang tanpa mengikut mana dahulu tapi ikut keselesaan. Terkadang beberapa muka sahaja dan ada juga sekadar semuka lalu berhenti dan mana bahagian yang dirasakan menarik, pernah ambil masa berjam jugalah. Namun sehingga kini belum ada satupun antara ke-enam enam-nya yang sudah melepasi separuh kecualilah tentang 'Nana' ini yang sedang dibaca.
Bermula dari 'Game Seven' oleh Paul Volponi 20/11/2019, diikuti 'Exposing Myself' oleh Geraldo Rivera pada pertengahan 2020, dan 'Second Best' nukilan anak George Best(keeper England) iaitu Calum Best pada 15/10/2021. Ketiga tiganya adalah kisah kehidupan memasing yang ditempuhi dalam time-line mereka berada. Bacapun sekejap sekejap, bilanya hendak habis. Ditambah lagi dengan peranan 'marketing online', maka beberapa buku yang menarik untuk dibaca telah aku beli. Dalam suasana covid-19 masih berlanjutan, orang politik turut sama sibuk meluahkan kebimbangan dengan mengajak orang awam bersimpati dengan 'survival' politik memasing. Maka apa sahaja yang berligar dengan kisah mereka dalam pengekalan kuasa menjadi sesuatu yang menarik untuk diketahui ramai. Makanya, 'Mengapa Anwar belum jadi PM?' dari penulis politik M.S.O. aku pesan dan mulai membaca sebaik menerimanya pada penghujung Februari 2022.
Kemudian dan masih lagi secara santai membacanya, 'Life goes on' adalah kisah penceritaan Siti Nordiana pula turut aku masukkan dalam slot pembacaan. Bermula dari 11/6/2022 sehinggalah pada hari ini baru sampai ke 'Demi Rayyan'. Sesampai ke halaman ini, timbul pertanyaan demi pertanyaan akan siapa arwah suaminya. Pada awalnya tidak fokuspun sekadar membaca dan aku lebih berminat akan kesungguhan 'survival' dirinya. Mana pergi ahli keluarganya. Begitu jugalah kemana menghilangnya rakan rapat lagi akrab dan takkanlah tiada sesiapapun yang sudi membantunya.
Buku terakhir memasuki koleksi 'mesti baca' adalah 'Nota Pasca Haji'. Dua minggu sebelum Raya Haji 1443H, ianya melintasi pandangan. Kerap ter-view di facebook dan turut di-upload-kan pula dalam grup WhatApps membuatkan aku terpana untuk mengetahuinya. Terjebak dan tersihir, langsung order online dan berselang cuma 2 hari sahaja, ianya sampai kepangkuan betul betul 2 hari sebelum Raya Haji. Buku inipun alami nasib yang hampir sama. Awal teruja hendak membaca dan tidak sabar mahu mengetahui isikandungannya tapi disebabkan keperluan lain yang lebih mendesak.
Bila nak habis...dah |
Berbalik kepada Nana, sememangnya tiada sesiapapun yang mampu meneka dengan tepat niat dan impian bersuamikan 'F' yang misteri awalnya pada diri aku. Kita cuma mengagak-agak sahaja tapi hanya dirinya sahajalah yang lebih maklum. Namun dari olahan kata-kata didalam buku 'memoirs'-nya ini, sedikit sebanyak shed light akan keinginan dan impian yang begitu didambakan olehnya. Bak kata 'ohang putih' --- read between the line, dan hanya pembaca yang benar benar kritis sahajalah yang dapat merasai degup jantung hati dan perasaan yang cuba didedahkannya.
Tapi dalam kesibukan yang dihadapi, aku rasa macam tidak sabar pula dan ingin mengetahuinya sesegera yang mungkin. Aku tolak ketepi debaran dalam pencarian berkias yang dibuat Nana dan aku suka 'permainan' begini, terus sahaja aku 'google' keyword....siapa suami siti nordiana. Sesegera pertanyaan, maka sekelipan mata jugalah jawabannya aku ketahui. Oh...dia ni gerangan yang dimaksudkan. Sejujurnya, baru inilah harinya arwah suami Nana aku ketahui. Mati mati aku ingatkan Acik yang meninggal kemalangan di Seremban adalah suaminya. Rupanya aku tersalah orang.
As to satisfy my inquisitive, aku selak...Siapa 'F' - musykil aku
Patutlah berkias kias. Rupanya, si 'F' tu adalah salah seorang penggiat seni yang boleh dikatakan popular jugalah pada sekitar awal 2000-an di tanahair kita. Mungkin demi untuk menjaga 'reputasi' pihak yang terkait maka tidaklah dimaklumkan secara terus akan identiti arwah lakinya itu. Hasil carian di internet, insan yang menjadi peneman hidupnya bukanlah 'kaleng kaleng' orangnya. Begitupun perancangan yang kita mahukan tidak mungkin akan sesempurna dengan perancangan yang telah diaturkan olehNya. Malah kita, tentunya sebagai hamba, perlu pasrah dan tabah mengharungi ujian rintangan yang tertakdirkan. Ketentuan masing masing yang sememangnya telah dikhususkan haruslah rela dan redha menerimanya.
Apa yang terzahirkan kepada Nana, buat mereka yang mampu menghadamkan setiap hal yang melingkungi Nana, adalah suatu renungan penuh keinsafan akan apa yang patut dan perlu terjadi menurut pemerhatian kita sebagai seorang manusia dengan 'takdir' yang buat semua kita yang tidak tersangkakan boleh berlaku dan tidak terfikirkan untuk ianya berlaku. Even, kematian sekalipun walaupun ianya sesuatu yang paling pasti, kita secara sedar akan seboleh bolehnya tidak mahukan ianya 'hadir' terlalu awal dalam kehidupan. Semua kita menginginkannya datang diusia paling lanjut andai dibenarkan memilih.
Kita 'rancak' ulas dan pertikai hal yang menimpa orang lain seolah kita rasakan yang diri amat beruntung. Belum tentu lagi sedemikian. Masing masing ada skrip tersendiri seiring dengan lingkungan waktu yang diperuntukkan. Bagaimana nantinya andai orang lain pula yang membuat ulasan keatas kita. Apakah kita sanggup terima akan apa yang diperkatakan tentang kita. Kesedaran milik masing masing untuk berani berbuat sesuatu dan kalau bolehlah harus serapat mungkin mengikut akan apa yang telah dipertunjukkan oleh Junjungan Besar kita akan sunnahnya.
Ringkasnya, biarlah hari ini lebih baik dari semalam dan esok diharapkan akan lebih dipertingkatkan dari hari ini.
Sekadar mengingatkan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment