Thursday, September 8, 2022

Nasib orang tak sama dengan nasib kita

Rujuk nie...'Airmata Yang Berhormat , yang diangkat oleh 'Merah Jalanan' untuk diulas dan diuploadkan via ruangan pojoknya di Sinar Harian pada pagi 08/09/2022 @ 7:50am.





Pagi ini bercuti dan about hendak berpergian ke Pengkalan Samak mendapatkan ikan baru lagi segar. Konon dikatakan yang ikan yang diperagakan digerai adalah baru didaratkan oleh nelayan tempatan. Aktiviti mingguan ini telah menjadi kelaziman sejak Covid-19 melanda. Beralih aku ke sinipun  berpunca dari faktor penolakan yang tanpa disedari dihadirkan oleh pihak MBMB dalam membendung penularan wabak covid-19. Kelonggaran bergerak kesana kemari tapi tetap berpelitup muka membuatkan lama sesangat tidak berpergian ke pasar besar Melaka menjadi keutamaan destinasi yang hendak dituju. Bukan sekadar hendak merancakkan lagi ekonomi orang orang kita, juga buat diri mendapatkan ikan mengikut pilihan hati. 

Kecewanya diri bilamana hanya seorang sahaja yang dibenarkan masuk berdasarkan hanya satu pas sahaja diserahkan kepada yang berkunjungan berpasangan mahupun bekerluarga. Sekali tu mungkin okay jugalah. Serah duit pada orang rumah sementara menunggui dibahagian luar bangunan sesambil membelek belek smartphone ditangan. Tapi bila beberapa kali pergi, peraturan masih tidak berubah sedangkan ditempat lain sudah dibolehkan berkunjungan maka lokasi baru yang dicadangkan mendapatkan ikan aku terokai. Sehinggalah kehari ini, acara mingguan mendapatkan stok ikan untuk seminggu telah tetap hanyalah ke Pengkalan Samak di Merlimau Pantai sahaja.

Menunggui orang rumah bersiap, errrmmm, aku update-kan diri intai facebook. Muncullah page informasi yang aku ikuti(Sinar Harian) dengan tajuk 'Air mata Yang Berhormat apabila melihat rakyat hidup susah'. Segera sahaja aku click article lalu membacanya sehingga habis. Aku associate-kan dengan diri. Bukanlah hendak banding bandingkan tapi sekadar berita yang dibacai hari ini menyedarkan diri akan betapa sukarnya menempuhi rintangan kehidupan dan perlu dirempuh oleh setiap insan. Mungkin kita merasakan yang keperitan hidup tidak tertanggungkan sehingga dirasakan adalah teramat berat bebanannya. Segeralah aku downloadkan link-nya itu untuk aku ulas kemudian nanti sekitar 11:20am.

Difikiran seketika selesai membacanya tetiba datang pula kerungsingan. Jadi buntu memikirkan tanpa dipaksa. Semua orang pastinya merasakan permasalahan yang sekian lama terbelenggu adalah teramat perit untuk melaluinya. Namun bilamana kita disuakan dengan berita yang antara benar tidaknya tentu sahaja akan meruntun hati. Maklumlah, hanya mereka yang telah dan sedang merasainya dapat mengerti memahaminya.

Sebolehnya bagi diri ini, amat risau hendak memperkatakan perihal yang menimpa orang lain secara berlebih lebih. Takut nantinya timbul riak penuh berbangga. Setiap apa yang kita zahirkan malah yang tidak kita zahirkan tapi andainya ditafsirkan orang secara bersalahan dengan apa yang ingin kita maklumkan dan kecenderungan kearah itu sememangnya amat berkemungkinan tentulah akan memakan diri. Dizaman yang segalanya 'instant' kini, begitu mudah hendak pertikai, mencela, menfitnah dan mengelirukan dan sesegera itu jugalah ianya akan berbalik kepada diri. Memang mengerunkan. 'Karma' adalah istilah yang digunapakai. Bukan sahaja dinusantara malah ianya bersifat 'universal'.

Allah swt didalam banyak ayat al-quran dipenghujungnya selepas setiap peristiwa yang dimaklumkan kepada Nabi besar kita mengingatkan akan apa yang kita lafazkan dan apa yang terpendam didalam hati adalah didalam pengetahuanNya jua. Untuk senantiasa jujur kepada diri adalah sesuatu yang  'ideal'. Namun dalam kehidupan yang dinamik sifatnya yang saban hari dilalui adalah 'takdir' yang perlu dihadapi penuh ketabahan lebih lebih lagi bila berdepan dengan situasi yang tidak dimahukan. Kekadang dan sejujurnya amat sukar hendak berlapang dada.

Tapi lain pula perspektif dan tafsiran kepada orang lain yang membaca lalu menghadamkan berita ini. Terpulanglah. Interpretasi memasing tentu sahaja bergantung berpandukan pengalaman yang telah dilalui. Betul salahnya menurut pandangan kita sebenarnya mencerminkan 'pendirian' individu. Apa hak kita hendak pertikaikan. Membaca sambil cuba merasai andai diri ini pula yang terpalit, biarpun antara benar dengan tidaknya laporan yang dibuat ini tanpa penokok-tambahan menyedapkan cerita, memang amat sukar hendak 'move on'. Pun begitu bilamana gambar diri dipaparkan buat tatapan umum penuh kesedihan menarik perhatian orang awam untuk sesama menginsafi diri. Tidak diuji bukanlah kita bernasib baik. Ianya perlu dijadikan ikhtibar untuk bersiap siaga dan seharusnya tabah harungi kehidupan dimasa mendatang walau apapun yang mungkin tertakdirkan kepada diri.

Bertabahlah Muadz. Ujian hidup perlu ditempuhi.

No comments: